Judul: Syarhus Sunnah karya Imam Al-Baghawi Set Terjemahan Lengkap, 14 Jilid | Judul Asal (‘Arab): Syarh As-Sunnah | Penulis: Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H) | Tahqiq: Syu’aib Al-Arnauth & Muhammad Zuhair Asy-Syawisy | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 20kg | Muka Surat: 851 m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com, dilarang membuat salinan tanpa kebenaran]
Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H), beliau adalah seorang ulama, seorang Mujtahid, juga seorang ahli dalam bidang ilmu tafsir, hadis, dan fiqih. Beliau berasal dari negeri Khurasan.
Nama lengkap beliau pula adalah Abu Muhammad Al-Husayn bin Mas’oud bin Muhammad Al-Farra’ Al-Baghawi. Nisbah Al-Baghawi adalah nisbah kepada nama kota Bagh atau Baghshur, di wilayah sekitar Parsi, iaitu antara Herrat dan Marwarud.
Kata Imam adz Dzahabi rahimahullah dalam Siyar A’lam an-Nubala’:
“Beliau adalah seorang Syaikh, imam, ulama yang dijadikan ikutan, seorang yang hafiz (kuat hafalannya terhadap hadis-hadis Nabi), Syaikh Al-Islam Muhyi As-Sunnah Abu Muhammad Al-Husayn bin Mas’oud bin Muhammad Al-Farra’ Al-Baghawi, seorang ahli tafsir pengikut madzhab Asy-Syafi’i. Dan penulis memiliki banyak kitab seperti Syarh As-Sunnah, Ma’alim At-Tanzil, Al-Mashabih, dan kitab-kitab yang lain. Al-Baghawi digelar dengan gelaran Muhyi As-Sunnah dan Rukh Ad-Din. Beliau adalah orang mulia, imam, ‘alim yang pandai, zuhud, dan orang yang redha walau dengan yang kecil.
Beliau pernah makan roti sendirian, lalu beliau dicela kerana hal tersebut. Kemudian beliau makan dengan lauk yang berminyak. Ayahnya bekerja sebagai pembuat pakaian dari bulu binatang dan menjualnya. Beliau dan usianya diberkahi kerana kitab-kitabnya dan mendapat pengiktirafan yang luar biasa kerana ketulusan niatnya.
Para ulama berlumba-lumba untuk mencapai kedudukan sebagaimana yang dicapai oleh Al-Baghawi. Beliau tidak mengajar kecuali dalam keadaan suci. Beliau berpakaian sederhana. Beliau memiliki pengetahuan yang luas tentang tafsir dan fiqih.”
Di antara karya-karya beliau rahimahullah adalah:
1. Ath-Tahdzib, iaitu At-Tahdzib fii fiqh Al-Imam Asy-Syafi’i dalam bidang fiqih.
2. Syarh As-Sunnah, dalam bidang hadis.
3. Ma’alim At-Tanzil atau Tafsir al-Baghawi, dalam bidang tafsir.
4. Masabil As-Sunnah.
5. Al-Anwar fii Shamai’il An-Nabi Al-Mukhtar.
6. Al-Jaami’ Baina Ash-Shahihayn.
7. Al-Arba’in Haditsan.
8. Majmu’ah min Al-Fatawa.
Dan, inilah edisi terjemahan dari kitab “Syarh As-Sunnah” karya Imam Al-Baghawi rahimahullah. Dalam buku ini, beliau membentangkan hadis-hadis sahih yang beliau cantumkan dari riwayat para Imam pakar hadis yang sangat kompeten di bidangnya seperti Imam Malik, Al-Bukhari, Muslim, dan yang lainnya. Jika ada hadis yang tidak sahih (dha’if) maka beliau jelaskan sebab-sebab kedha’ifannya.
Imam Al-Baghawi juga meriwayatkan hadis-hadis yang berkaitan dengan konteks ‘aqidah, dasar ilmu Islam, as-Sunnah, adab, fiqih, ilmu-ilmu hadis dan di dalamnya beliau sebutkan sama para perawinya, juga ijtihad para Sahabat dan Tabi’in dan para Imam Mujtahid tentang dasar masalah yang ada di dalamnya. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Dengan itu, maka kitab ini pun dipenuhi dengan penjelasan tentang sunnah, mengandungi banyak ilmu-ilmu berkaitan hadis, pelbagai pelajaran dari khabar-khabar yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berserta penjelasan-penjelasan penting dan bernilai. Beliau juga turut jelaskan perkataan-perkataan yang dilihat asing serta kandungan hukum-hakam yang ada di dalamnya.
Dari itu, kitab ini pun memiliki nilai hasil hukum-hakam fiqih di dalamnya, perbezaan pendapat di kalangan para ulama, dan hasil istinbath fiqh. Lebih istimewa, kitab ini membukukan serta merakamkan fiqh (fatwa-fatwa) para salaf dari kalangan tokoh-tokoh seumpama Ibnu ‘Umar, Qabishah bin Dzu’aib, Ibnu Mas’oud, Ibnu ‘Abbas, Ibrahim An-Nakha’i, Hasan Al-Bashri, Sufyan Ats-Tsauri, Atha’, ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, ‘Abdullah bin Al-Mubarak, dan ramai lagi termasuk-lah fiqh Imam yang empat, terutamanya Imam Asy-Syafi’i rahimahullah, kerana beliau memang masyhur dan terkenal bermazhab Asy-Syafi’i.
Beliau mengatakan di awal mukaddimahnya:
“Kitab ini berisi penjelasan terhadap Sunnah yang insyaAllah akan mengandungi banyak ilmu-ilmu hadis, pelbagai pelajaran, dari khabar-khabar yang diriwayatkan daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berserta penjelasan-penjelasan terhadap makna-maknanya yang sukar difahami, kata yang asing serta kandungan hukum yang ada di dalamnya. Di samping itu juga terkandung hukum fiqh, perbezaan pendapat ulama, yang merupakan pengetahuan sebagai sumber rujukan pengambilan hukum dalam agama Islam.
Saya mengisi kitab ini dengan hadis-hadis yang dijadikan pedoman oleh para imam salaf yang merupakan ahli dalam bidang hadis ini. Merekalah yang dijadikan pegangan bagi manusia di masanya dan juga hadis-hadis yang mereka tuliskan dalam kitab-kitab mereka.”
Inilah edisi terjemahan lengkap kitab Syarhus Sunnah karya Imam Al-Baghawi, menjadi 14 jilid lengkap semuanya.
Di dalamnya terhimpun perbahasan hadis-hadis berdasarkan bab-babnya. Setiap hadis yang sukar difahami, penyusun (Imam Al-Baghawi) akan sertakan syarah dan huraiannya. Kemudian penulis jelaskan kandungan hikmah, fiqh, dan hukum-hakam yang terkandung di dalam hadis yang beliau bentangkan.
Di samping itu, edisi ini turut disertakan dengan takhrij dan ta’liq atau komentar ringkas oleh Syu’aib Al-Arnauth pada bahagian nota kakinya.