Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Apa Itu Sunnah?

Buku Poket Apa Itu Sunnah?
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15.4 x 10.5 x 0.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM7.50
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Apa Itu Sunnah? | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 170gram | Muka Surat: 68 m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com; tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]


Sebahagian orang beranggapan yang dimaksudkan dengan “sunnah” itu adalah merujuk kepada perkara-perkara sunat (mustahab). Sehingga apabila dikatakan, “Mari ikutilah sunnah...” maka mereka menyangka maksudnya adalah mari memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Namun hakikatnya, pemaknaan seperti itu tidaklah tepat. Kerana makna “sunnah” yang difahami oleh para ulama khasnya ulama aqidah itu adalah jalan hidup Islam, iaitu jalan hidup (agama) yang ditempuh, diamalkan, dan dicontohkan oleh Nabi dan para sahabatnya.

Para ulama ahlus sunnah menyebutkan bahawa Islam adalah As-Sunnah, dan As-Sunnah itu adalah Islam. Dan As-Sunnah adalah jalan hidup yang telah ditempuh dan ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya agar diikuti.

Ini adalah sebagaimana kata Imam Ahmad rahimahullah (Wafat: 241H):

وَالسُّنَّةُ عِنْدَنَا آثَارُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالسُّنَّةُ تُفَسِّرُ الْقُرْآنَ، وَهِيَ دَلَائِلُ الْقُرْآنِ

“Dan As-Sunnah di sisi kami adalah a-tsar (jalan hidup) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan As-Sunnah adalah penjelas kepada Al-Qur’an, sebagai petunjuk yang menjelaskan kandungan Al-Qur’an.”

Demikian pula kata Imam Al-Barbahari rahimahullaah (Wafat: 329H):

اعلم أن الإسلام هو السنة والسنة هي الإسلام ولا يقوم أحدهما إلا بالآخر فمن السنة لزوم الجماعة و من رغب غير الجماعة وفارقها فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه وكان ضالا مضلا

“Ketahuilah bahawasanya Islam adalah As-Sunnah dan As-Sunnah adalah Islam, dan salah satunya tidak dapat berdiri dengan sendiri melainkan dengan yang lainnya. Maka sesiapa yang berpegang dengan As-Sunnah dialah yang melazimi Al-Jama’ah. Dan sesiapa yang cenderung kepada selain Al-Jama’ah dan menyelisihinya, maka dia telah melepaskan tali Islam dari bahunya sehingga dia menjadi sesat dan menyesatkan.” (lihat: Syarh As-Sunnah oleh Al-Barbahari)

Tidak diragukan lagi bahawa As-Sunnah merupakan kehidupan dan cahaya. As-Sunnah adalah jalan dan petunjuk. Dengan kehidupan dan cahaya itulah seseorang akan mendapatkan kebahagiaan dan petunjuk. Sekalipun amal-amal mereka sederhana, akan tetapi apabila mengikuti As-Sunnah, mereka akan diperteguhkan kedudukannya dan diselamatkan keberadaannya di dunia dan akhirat.

Disebutkan dalam sebuah firman Allah Ta’ala:

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ

“Pada hari wajah-wajah putih berseri dan wajah-wajah (lainnya) menghitam kelam.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 106)

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

“Wajah orang-orang yang bersatu dalam As-Sunnah itulah yang putih berseri, manakala wajah orang-orang yang tercerai-berai dalam bid’ah akan menghitam.”

Para pengikut As-Sunnah memiliki hati yang hidup dan bercahaya. Ia menjunjung tinggi perintah-perintah Allah Ta’ala dan mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam zahir dan bathin. Hidup tenteram bersama Sunnah.

Maka, sama-samalah kita fahami dengan lebih terperinci tentang As-Sunnah melalui buku ini. Sebuah buku yang kecil, namun besar manfaatnya, insyaAllah. Dapatkannya, fahami, dan amalkan. Dan sebar-sebarkanlah kepada yang lain agar lebih ramai lagi dapat mengenal maksud As-Sunnah sekaligus mengamalkannya dengan benar. Agar kebahagian dan keberkahan itu dapat dinikmati secara bersama dan tersebar luas.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net