Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tafsir Juz Amma Syaikh Al-'Utsaimin

Tafsir Juz Amma Syaikh Al-'Utsaimin
Tafsir Juz Amma Syaikh Al-'Utsaimin
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah (5(6))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 16.7 x 2.8

ISBN: 9789793036717
Availability: In Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tafsir Juz Amma Syaikh al-'Utsaimin | Judul Asal (‘Arab): Tafsir Juz Amma | Pentafsir: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin rahimahullah | Penyusun: Syaikh Fadh bin Nashir As-Sulaiman | Penerbit: Datul Falah | Berat: 1.0kg | Muka Surat: 521m/s. (Hard cover)


Surah-surah dalam Juz ‘Amma atau Juz yang ke 30 dari Al-Qur’an Al-Karim adalah termasuk rangkaian surah-surah yang sering dan banyak sekali dibaca dan dihafal oleh umat Islam secara umum. Mereka menjadikannya sebagai dzikir dan bacaan dalam solat-solat mereka. Malah ia juga termasuk surah-surah yang mula-mula dan mudah dipelajari bagi anak-anak kecil.

Atas alasan ini, disebabkan keakraban dan kedekatan masyarakat terhadapnya (surah-surah dalam rangkaian Juz ke-30), maka buku ini pun diterbitkan. Ia dikeluarkan dari satu siri rangkaian tafsir ayat-ayat Al-Qur’an susunan atau syarahan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah. Iaitu seorang tokoh ulama kontemporari yang tidak asing lagi dan fatwa-fatwanya pun sering menjadi rujukan dunia Islam pada hari ini.

Antara objektif dari usaha penterjemahan dan penerbitan tafsir ini adalah supaya masyarakat kita tidak hanya sekadar menghafal dan membaca surah-surahnya, tetapi juga turut sama memahami makna-makna, keutamaan, kandungan, maksud, dan tafsiran bagi ayat-ayat yang terkandung dalam rangkaian surah-surah Juz ‘Amma tersebut.

Juz ‘Amma merupakan juz atau bahagian Al-Quran yang mengandungi jumlah surah paling banyak berbanding juz-juz yang lainnya. Ia mengandungi sebanyak 37 surah. Dimulakan dengan Surah An-Naba’ dan diakhiri dengan Surah An-Naas. Sebahagian besar darinya iaitu sejumlah 34 surah adalah termasuk surah Makkiyah, iaitu surah-surah yang diturunkan ketika dakwah fasa Makkah (sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah). Manakala tiga surah lainnya iaitu Al-Bayyinah, Az-Zalzalah, dan An-Nashr adalah termasuk Surah Madaniyah, iaitu surah-surah yang diturunkan selepas fasa hijrah Nabi.

Termasuk ciri istimewa dan kelebihan surah-surah dalam rangkaian Juz ‘Amma ini adalah surahnya yang pendek-pendek, tidak panjang, kalimatnya yang indah dan menyentuh, gaya bahasa yang cukup unik, dan memiliki hujah argumentasi yang kuat khasnya terhadap orang-orang kafir. Kandungannya banyak mengingatkan tentang kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala, kehidupan akhirat, berita-berita masa depan, azab neraka, pertemuan dengan Allah, peristiwa-peristiwa hari kiamat, hari pembalasan, dan tentang kehidupan akhirat.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ كَأَنَّهُ رَأْيُ عَيْنٍ فَلْيَقْرَأْ: إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ، وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ، وَإِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ

“Sesiapa yang mahu melihat hari Kiamat seolah-olah terbentang di hadapan matanya, maka bacalah Surah At-Takwiir, Surah Al-Infithaar, dan Surah Al-Insyiqaaq.” (Musnad Ahmad, no. 4806. At-Tirmidzi, no. 3333)

Bahkan banyak sekali nama-nama surahnya yang menggambarkan perkara tersebut seperti An-Naba’ (berita gempar), An-Naazi’aat (Malaikat-malaikat yang Mencabut), Al-Ghaasyiyah (Hari Pembalasan), Az-Zalzalah (Kegoncangan), Al-Qari’ah (Hari Kiamat)...

Selain itu, surah-surah dalam rangkaian ini juga ada surah yang dijadikan sebagai dzikir yang begitu agung. Iaitulah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas. Dan disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari bahawa surah Al-Ikhlas itu seperti 1/3 Al-Qur’an yang mana di dalamnya mencakupi aspek tauhid yang agung tentang Rububiyyah, Uluhiyah, dan Al-Asma’ wa Shifat. Selain itu, surah ini juga dijadikan sebagai dzikir perlindungan dari gangguan Syaitan yang mengganggu selain sebagai dzikir ruqyah merawat orang sakit. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Kemudian, di dalamnya juga terdapat sebuah surah yang dinyatakan sebagai ayat-ayat awalnya termasuk ayat-ayat Al-Qur’an yang mula-mula dan pertama-tama sekali diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu dari rangkaian awal surah Al-‘Alaq. Kemudian di dalamnya mengandungi surah Al-Qadr, iaitu satu surah yang mengkhabarkan tentang keagungan sebuah malam yang memiliki kemuliaan lebih dari 1000 bulan.

Selain dari apa yang disebutkan ini, masih banyak lagi keutamaan-keutamaan dan maklumat-maklumat penting yang terkandung dalam barisan rangkaian surah-surah Juz ‘Amma ini. Dan ini boleh dilihat sendiri antaranya sebagaimana dinyatakan dalam kitab-kitab tafsir. Dari itu, tidak pernah terfikirkah kita untuk memahami dan mentadabburinya dengan lebih mendalam dan menggali lebih banyak manfaat lagi dari ayat-ayat Allah tersebut? Amat rugilah bagi sesiapa yang mengabaikannya begitu sahaja.

Oleh itu, tetapkanlah tekad, kuatkanlah semangat, dan berusahalah sungguh-sungguh untuk memahami ayat-ayat Allah. Jika tidak mampu semua, maka mulakanlah dengan sedikit demi sedikit dan yang mudah, antaranya dari surah-surah yang pendek ini yang terdapat dalam rangkaian juz Al-Qur’an yang ke-30 ini (Juz ‘Amma). Memang ilmu itu diraih sedikit demi sedikit. Tidak akan ada yang banyak melainkan semuanya bermula dengan sedikit. Apatah lagi usaha itu adalah usaha yang mulia, iaitu usaha memahami ilmu-ilmu Allah. Ilmu yang bakal membuka jalan kita menuju Allah, menuju kebahagian di akhir sana.

Tafsir Juz ‘Amma oleh Syaikh Al-‘Utsaimin

Tafsir Syaikh Ibn 'Utsaimin ini memiliki keistimewaan yang tersendiri, iaitu kejelasan perkataannya, maknanya yang mendalam, corak penafsiran ayat Al-Qur’an dengan Al-Qur’an, kaedah penyampaian yang santai dan tidak berjela-jela perkataannya sehingga menjadi panjang lebar yang menyebabkan lelah membacanya bagi orang awam, dan beliau sentiasa mengiringi setiap penjelasan yang dibuat dengan untaian nasihat dan faedah hikmah dari ayat yang dibahaskan.

Dengan kata lain, beliau menggabungkan di antara penjelasan makna ayat-ayat Al-Qur’an dengan nasihat dan saranan. Semoga Allah membalas jasa beliau bagi dunia Islam dan kaum Muslimin dengan sebaik-baik balasan, mengangkat darjat beliau di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk dan menempatkan beliau dalam Syurga-Nya yang luas, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha memperkenankan doa.

Dengan hadirnya Tafsir Juz ‘Amma ini, yang mana surah-surahnya sering menjadi bacaan kebanyakan umat Islam dalam solat-solat mereka, moga ianya mampu membantu masyarakat membacanya dengan kefahaman yang benar. Semoga masyarakat lebih semangat dalam membacanya dan mampu memahaminya dengan baik. InsyaAllah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net