Judul: Shahih Fikih Sunnah, Fikih Empat Mazhab | Judul Asal (‘Arab): Shahih Fiqhis Sunnah wa Adillatuhu fii Taudhih Madzahib Al-A’immah | Penulis: Syaikh Abu Malik Kamal As-Sayyid Salim | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 5kg | Muka Surat: 4 Jilid lengkap. (Hard cover)
Ilmu Fiqh memiliki kedudukan tersendiri dalam khazanah ilmu Islam. Dari generasi ke generasi, ilmu ini diwariskan untuk menjelaskan ajaran Islam tentang alif-ba-ta kehidupan. Bermula dari bagaimana seorang Muslim memelihara hubungannya dengan Allah dan Rasul-Nya, hingga bagaimana bermu’amalah secara tepat terhadap sesama Muslim mahupun sesama manusia. Ilmu Fiqh menjadi bukti nyata betapa lengkap dan sempurnanya Islam sebagai jalan hidup manusia.
Tapi dalam perkembangannya, fiqh juga mengalami kemerosotan. Itu terjadi disebabkan fenomena taqlid buta dan taksub kepada madzhab mula berkembang pesat. Pendapat-pendapat tokoh lebih diutamakan berbanding nash-nash, manakala dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah dilupakan. Akhirnya, perbezaan pendapat pun berubah menjadi sengketa dan perpecahan. Ikhtilaf (perbezaan pendapat) tidak lagi menyuburkan khazanah intelektual umat ataupun menghiasi kepelbagaian pandangan, tetapi menjadi punca untuk saling berseteru, berselisih, hinggalah berpecah-belah.
Maka, usaha-usaha untuk merapatkan dan mendekatkan semula hubungan di antara sesama mazhab sekaligus membuang sifat taksub dan taqlid membuta tuli pun dilakukan sebaik mungkin. Tidak lain, kaedahnya adalah dengan menyebarkan ilmu yang benar kepada masyarakat dengan berteraskan fiqh dalil dan perbandingan mazhab, lalu dijelaskan mana pandangan yang terbaik dan paling mendekati maksud dalil-dalil.
Set buku yang berjudul Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah ini merupakan sebahagian juzuk dari usaha-usaha besar ini. Penulis berusaha mengumpulkan pelbagai dalil dari Al-Qur’an, As-Sunnah, atsar para sahabat, tabi’in dan pendapat para ulama tentang pelbagai masalah hukum-hakam dalam Islam. Penulis juga turut merangkumkan serta mengemukakan pelbagai bentuk kesepakatan dan perbezaan pendapat di kalangan ulama dan mazhab. Selanjutnya, penulis memilih pendapat yang dipandang rajih (kuat), disertai kesimpulan-kesimpulan dalil yang menguatkannya.
Langkah ini, bukan hanya sekadar dapat memperluaskan wawasan pembaca tentang kepelbagaian sudut pandang dalam fiqh, tetapi juga turut menenteramkan pembaca dalam mengamalkan ibadah dan muamalah dalam Islam sekaligus membuang sifat taksub kepada mana-mana mazhab dan mengajak agar lebih terbuka serta saling hormat-menghormati dalam menyikapi sesebuah perbezaan yang didukung oleh dalil-dalil.
Keistimewaan lain pada buku ini adalah di dalamnya turut dicamtumkan sumber-sumber rujukan yang lengkap dan terperinci, khususnya berkaitan dengan kutipan hadis dan nukilan kepelbagaian pandangan ulama, tokoh, dan mazhab. Komentar dari tiga ulama besar kontemporari juga turut dibawa. Iaitu pandangan dan fatwa-fatwa milik Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz dan Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin rahimahumullaah. Ini sekaligus menjadikan buku ini lebih bermutu dan berkualiti. Tanpa dapat dinafikan, buku ini amat-amat bermanfaat dalam memperkayakan pengetahuan dan mempermudah urusan membuat rujukan serta semakkan antara mazhab dan kepelbagaian pendapat dalam fiqh Islam.
Ia diadun dengan sangat sistematik, ringkas, padat, bermaklumat, dan mudah difahami. Walaupun bagi kalangan awam dan pemula, insyaAllah.
Berikut adalah skop dan bab perbahasan berdasarkan jilid.
Jilid 1, 1034 m/s: (Perbahasan Thaharah & Solat, Tata Cara solat, Adzan, Jama’ dan Qashar Solat, Solat-solat Sunnah, Solat Berjemaah, Solat Jumaat, dan Kitab Jenazah)
Jilid 2, 663 m/s: (Perbahasan Zakat, Puasa, I’tikaf, Haji & Umrah, Sumpah, Nadzar, Makanan & Minuman, Ibadah Korban, ‘Aqiqah, Haiwan buruan, dan Sembelihan)
Jilid 3, 746 m/s: (Perbahasan Pakaian, Perhiasan, Mahram, Menyambut kelahiran, Nikah, Thalak, & Warisan)
Jilid 4, 591 m/s: (Hudud, Jinayat dan Diyat, Jual Beli)
Semoga menjadi rujukan dan bacaan yang bermanfaat.