Judul: Sunan Ibnu Majah (Edisi Terjemahan Lengkap) | Judul Asal (‘Arab): As-Sunan li Ibnu Majah | Penulis: Imam Abu ‘Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majah rahimahullah (Wafat: 272H) | Penerbit: Al-Mahira | Berat: 2.5kg | Muka Surat: 791 m/s. (Hard cover) [Disediakan oleh Atsar ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Kata Imam Adz-Dzahabi rahimahullah:
“Ibnu Majah adalah penulis kitab As-Sunan, At-Tarikh, At-Tafsir, dan selainnya. Beliau seorang hafiz (pakar hadis) di daerah Qazzwin di zamannya.” (lihat: Siyar A’lam An-Nubala’, 13/277)
Kitab hadis beliau ini dikenal di kalangan manusia dengan nama Sunan Ibnu Majah.
Orang pertama yang memasukkan Sunan Ibnu Majah dalam jajaran atau rangkaian kutubus sittah adalah Abu Al-Fadhl Muhammad bin Thahir (Wafat: 507H), iaitu penulis kitab Syuruth Al-A’immah As-Sittah. Manakala ulama yang lainnya menjadikan Al-Muwaththa’ karya Imam Malik rahimahullah menempati tempatnya yang keenam dalam rangkaian kutubus sittah.
Ibnu Majah menyusun kitabnya berdasarkan bab-bab yang memuat sunnah-sunnah dan hukum-hakam fiqh sebagaimana kitab-kitab sunan yang lainnya. Beliau merangkum di dalam kitabnya ini hadis-hadis yang sahih, hasan, dan dha’if. Di dalamnya juga terdapat beberapa hadis mungkar dan maudhu’ (palsu), akan tetapi dengan jumlah yang sedikit. Atas sebab inilah kedudukannya di bawah 5 kitab yang lainnya dalam jajaran kutubus sittah.
Bagi edisi terjemahan ini, ianya diterjemahkan dari edisi kitab ‘Arab tahqiq/cetakan penerbit Darussalam dengan penomboran (numbering) hadis-hadisnya mengikuti penomboran standard oleh Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi.
Semoga bermanfaat.