Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Jami' At-Tirmidzi atau Sunan At-Tirmidzi (Edisi Terjemahan Lengkap)

Jami' At-Tirmidzi atau Sunan At-Tirmidzi (Edisi Terjemahan Lengkap)
Jami' At-Tirmidzi atau Sunan At-Tirmidzi (Edisi Terjemahan Lengkap) Jami' At-Tirmidzi atau Sunan At-Tirmidzi (Edisi Terjemahan Lengkap) Jami' At-Tirmidzi atau Sunan At-Tirmidzi (Edisi Terjemahan Lengkap) Jami' At-Tirmidzi atau Sunan At-Tirmidzi (Edisi Terjemahan Lengkap)
Terbitan: Penerbit Al-Mahira
Product Code: Al-Mahira
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 32.2 x 22 x 8.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM350.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Jami’ At-Tirmidzi atau Sunan At-Tirmidzi (Edisi Terjemahan Lengkap) | Judul Asal (‘Arab): Jaami’ At-Tirmidzi | Penulis: Imam Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa At-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) | Penerbit: Al-Mahira | Berat: 3.5kg | Muka Surat: 1292 m/s. [Disediakan oleh Atsar ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Secara ringkasanya, ini adalah edisi terjemahan lengkap salah satu kitab hadis dalam rangkaian kutubus sittah, iaitu kitab Jaami’ At-Tirmidzi atau juga dikenal dengan nama Sunan At-Tirmidzi. Dan ada pula yang menyebutnya dengan nama Al-Jaami’ Ash-Shahiih.

Adapun judul lengkap kitab ini adalah, “Al-Jaami’ Al-Mukhtashar min As-Sunan ‘an Rasulillaahi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam wa Ma’rifah Ash-Shahih wa Al-Ma’lul wa ma ‘alaihi Al-‘Amal.”

Sebahagian ulama meletakkan kedudukan kitab Jaami’ At-Tirmidzi ini pada kedudukan ketiga, dan sebahagian lagi meletakkan pada kedudukan keempat atau kelima dalam rangkaian kutubus sittah.

Imam At-Tirmidzi menyusun kitabnya ini dengan mengikuti urutan metode bab-bab kitab al-jaami’, iaitu mengikuti urutan bab perbahasan hukum-hakam fiqh. Setiap bab di dalamnya memuat judul permasalahan atau hukum-hukum di mana At-Tirmidzi meriwayatkan hadis tersebut berpandukan dengannya.

Beliau mencantumkan dalam setiap bab tersebut satu atau lebih hadis, kemudian beliau iringinya dengan perkataan atau pendapat para fuqaha’ (ulama fiqh) tentangnya dan beliau terangkan juga bentuk pengamalan atau praktik para ulama tersebut terhadap hadis yang beliau kemukakan. Beliau turut mengemukakan perkataan-perkataan ulama hadis sebelum beliau dalam menjelaskan status hadis-hadis tersebut sama ada dalam soal pensahihan, penghasanan, atau pendha’ifan, atau juga cacat-cacat pada hadis sekiranya ada.

Turut diterjemahkan bersama dengan kitab ini adalah penjelasan dan penjabaran Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah berkaitan perbahasan dan kesimpulan-kesimpulan penting ilal al-hadits di akhir kitab, iaitu perbahasan tentang kecacatan-kecatatan hadis baik yang zahir atau yang tersembunyi.

Dan Imam At-Tirmidzi berkata tentang kitabnya ini:

“Aku tidaklah meriwayatkan dalam kitabku ini melainkan hadis-hadis yang telah diamalkan oleh sebahagian ahli fiqih.”

Edisi ini diterjemahkan dari edisi cetakan ‘Arab terbitan Darussalam dan penomboran (numbering) hadis-hadis di dalamnya menggunakan penomboran standard Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi dan Syaikh Ahmad Syakir yang no. Hadis terakhirnya adalah 3956 pada bab Fii Fadhli Asy-Syaami wal Yaman (Bab Keutamaan Syam dan Yaman).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net