Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sunan Abu Dawud (Edisi Terjemahan Lengkap)

Sunan Abu Dawud (Edisi Terjemahan Lengkap)
Sunan Abu Dawud (Edisi Terjemahan Lengkap) Sunan Abu Dawud (Edisi Terjemahan Lengkap) Sunan Abu Dawud (Edisi Terjemahan Lengkap)
Terbitan: Penerbit Al-Mahira
Product Code: Al-Mahira
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 32.2 x 22.1 x 7.2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM330.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sunan Abu Dawud | Judul Asal (‘Arab): Sunan Abu Dawud | Penulis: Imam Abu Dauwd (Sulaiman bin Al-Asy’ats Al-Azdi As-Sijistani rahimahullah (Wafat: 275H) | Penerbit: Al-Mahira | Berat: 3kg | Muka Surat: 1096 m/s. (Hard cover) [Disediakan oleh Atsar ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Ini adalah terjemahan salah satu kitab hadis yang paling utama dalam jajaran kutubus sittah (6 kitab hadis yang utama), iaitu kitab Sunan Abu Dawud. Kitab ini adalah susunan Imam Abu Dawud Sulaiman bin Al-Asy’ats Al-Azdi As-Sijistani rahimahullah (202H-275H). Beliau termasuk ulama hadis terkemuka pada zamannya.

Sunan Abu Dawud memiliki keutamaannya yang tersendiri dan kedudukan istimewa setelah dua kitab Shahih (Shahih Al-Bukhari dan Muslim). Ia termasuk salah satu rujukan penting dan utama dalam dunia periwayatan hadis dan sebagai sumber utama rujukan dalil-dalil dalam Islam.

Sunan Abu Dawud adalah salah satu kitab penting yang membukukan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Allah Ta’ala berfirman:

وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَمَا أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنَ الْكِتَابِ وَالْحِكْمَةِ يَعِظُكُمْ بِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan ingatlah akan nikmat Allah atas kalian dan apa yang telah Allah turunkan atas kalian berupa Al-Kitab (Al-Qur’an) dan Al-Hikmah yang memberi peringatan atas kalian dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah Al-Baqarah, 2: 231)

Dan yang dimaksudkan dengan Al-Hikmah dalam ayat tersebut adalah As-Sunnah sebagaimana dikemukakan oleh para salaf termasuk Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) di kitabnya, Ar-Risalah.

Dan termasuk rangka memahami As-Sunnah adalah dengan mempelajari dan menekuni hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana yang telah direkodkan oleh para ulama hadis ke dalam kitab-kitab mereka. Dan termasuk kitab yang paling utama yang mengambil bahagian dalam perkara ini adalah dua kitab Shahih (Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim), Sunan Abu Dawud, Sunan atau Jaami’ At-Tirmidzi, Sunan An-Nasaa’i, dan Sunan Ibnu Majah. Inilah barisan enam kitab antara yang paling utama dalam bidang rujukan hadis. Dan sudah tentu ada banyak lagi yang lain seperti Musnad Ahmad, Sunan Ad-Darimi, dan Al-Muwaththa’ karya Imam Malik, yang mana termasuk dalam rangkain kutubut tis’ah (kitab hadis yang sembilan), dan banyak lagi yang lainnya.

Kata Imam An-Nawawi rahimahullah, “Seharusnya bagi sesiapa yang terlibat dengan ilmu fiqh dan bidang ilmu yang lainnya agar memberi perhatian kepada Sunan Abi Dawud dan menelitinya dengan sebaik-baiknya, kerana kebanyakan hadis-hadis hukum yang diperlukan terdapat di dalamnya dan akan diperolehi dengan mudah.”

Sunan Abu Dawud disusun berdasarkan bab-bab fiqh dan mencakupi dalil-dalil mendasar dan tema utama perbahasan pokok-pokok fiqhiyyah antara mazhab-mazhab.

Dalam kitabnya ini, terkadang Imam Abu Dawud turut menyebutkan status sesebuah hadis, dan terkadang beliau mendiamkannya.  Terkadang juga beliau turut menyebutkan status kedudukan sanad, status perawi, dan penjelasan tertentu terhadap riwayat, lafaz, dan hadis yang dibawa. Terkadang juga beliau turut menjelaskan faedah-faedah yang terkandung dalam hadis.

Baik, bagi edisi terjemahan ini ia diterjemahkan dari edisi kitab ‘Arab terbitan Darussalam dan penomboran (numbering) hadis-hadis yang yang digunakan di dalamnya adalah berdasarkan penomboran standard tahqiq Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi yang hadis terakhirnya bernombor 5274 pada bab fii Ar-Rajuli yasubbu Ad-Dahr (bab pada seseorang yang mencela masa).

Selamat menela’ah, membaca, dan merujuk. [Disediakan oleh Atsar ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net