Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah Shahih & Mitos Tentang Nabi, Rasul, dan Sahabat Sepanjang Masa

Kisah Shahih & Mitos Tentang Nabi, Rasul, dan Sahabat Sepanjang Masa
Terbitan: Pustaka Elba
Product Code: Pustaka Elba
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.4 x 16.1 x 1.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM35.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah Shahih & Mitos Tentang Nabi, Rasul, dan Sahabat Sepanjang Masa | Judul Asal (‘Arab): Aaraa’a Khaatha’ah wa Riwayaati Baathilah fii Siyar Al-Anbiyaa’ wal Mursaliin ‘alaihim Ash-Sholaatu was Salaam | Penulis: Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad As-Sadhan | Penerbit: Pustaka Elba | Berat: 510g | Muka Surat: 418 m/s. (Soft cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kepada para hambah-Nya yang mempunyai akal pengajaran di dalam kisah-kisah yang Dia khabarkan di dalam Kitab-Nya. Selawat dan salam semoga sentiasa terlimpah atas teladan seluruh manusia dan pemimpin anak-anak Adam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Demikian pula selawat dan salam semoga terlimpah atas Ahli Bayt beliau, para Sahabat dan pengikut beliau hingga hari kiamat.

Kalau anda mencermati kedai-kedai buku maka akan anda temukan ribuan judul buku cerita fiktif dari pelbagai genre, seperti misalnya cerita komik, kartun, dan novel-novel yang mengedepankan kisah-kisah khayalan. Kedai-kedai seperti inilah yang dibanjiri para pembeli sama ada anak-anak mahupun dewasa. Ini memberikan petunjuk yang kuat bahawa media berkuasa menanamkan pengaruh pemikiran mahupun gaya hidup kepada suatu masyarakat dengan melakukan menerapan budaya melalui buku-buku bacaan.

Dalam dunia global seperti hari ini pelbagai bacaan akan bebas masuk ke dalam kehidupan umat Islam. Bahkan buku-buku yang berkonsepkan imaginasi dan fantasi pengarang juga akan memenuhi rak-rak, kamar-kamar, dan bahkan di sekolah-sekolah tempat pembinaan jati diri anak-anak. Padahal banyak dari kalangan para pengarang ini benar-benar jauh dari kehidupan sebagai seorang muslim, bahkan sebahagian besar juga adalah orang-orang kafir.

Dengan kemasan yang demikian menarik, buku-buku tersebut dipasarkan dalam jumlah yang luar biasa besarnya. Dengan usaya besar-besaran seperti itu, wajar jika bacaan-bacaan tersebut menguasai waktu-waktu anak-anak dan generasi muslim. Pada akhirnya, mereka lebih dekat dan lekat dengan nilai-nilai dan tokoh-tokoh yang ingin meruntuhkan keperibadian generasi umat Islam itu. Mereka tidak banyak tahu keutamaan dan perjuangan tokoh-tokoh sejarah yang telah dipilihkan Allah untuk mereka.

Dari buku-buku kisah atau cerita muslim yang juga banyak tersebar, tidak sedikit yang lemah sumbernya. Sebahagian lagi bahkan termasuk riwayat-riwayat yang palsu (maudhu’). Kisah-kisah seringkali bukan hanya menjadi bacaan pengisi waktu, tetapi menjadi inspirasi, dan lebih dari itu menjadi dalil hukum dalam beramal. Bolehkah dibayangkan kemudian jika kisah-kisah dengan sumber yang lemah bahkan palsu menjadi pijakan dalam beramal dan berakidah? Sudah tentu akhirnya akan banyak umat Islam yang berislam dengan dasar-dasar yang palsu.

Hal ini menguatkan kepedulian para ulama untuk menulis karya berupa himpunan kisah yang didasarkan kepada sumber yang terjaga dan terpecaya. Buku tentang Kisah-kisah Shahih adalah salah satu manifestasi keprihatinan terhadap beredarnya bacaan yang tidak Islami atau berpijak kepada sumber-sumber yang tidak dapat dipertanggungjawabkan. Dengan harapan selain menyediakan bacaan-bacaan bermakna, juga dengan harapan dapat membantu melindungi umat dari amal-amal yang tidak punya sumber.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net