Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid'ah

Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid'ah
Terbitan: Pustaka Qobail
Product Code: Pustaka Qoba'il
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14.7 x 0.5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah | Judul Asal (‘Arab): Al-Hats-tsu ‘ala At-Tiba’i As-Sunnah wa At-Tahdziru min Al-Bida’i wa Bayanu Khatharaha | Penulis: Syaikh ‘Abdul Muhsin bin Hammad Al-‘Abbad Al-Badr hafidzahullaah | Penerbit: Pustaka Qoba’il | Berat: 200g | Muka Surat: 92 m/s (Soft cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Segala puji hanya milik Allah Rabb seluruh alam. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah mengutus Nabi Muhammad dengan membawa petunjuk dan agama yang benar. Allah ‘Azza wa Jalla telah menyempurnakan agama ini untuk beliau dan umatnya serta Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan kepada hamba-Nya untuk mengembalikan sesuatu yang mereka perselisihkan dalam urusan agama mereka kepada apa yang dibawa oleh Nabi yang diutus. Sesiapa yang berpegang teguh dengan al-Kitab dan as-Sunnah, maka ia tergolong wali Allah yang bertaqwa, golongan-Nya yang beruntung dan tentera-Nya yang pasti menang. Ulama salaf (generasi terdahulu) seperti Imam Malik dan selainnya menyatakan bahawa as-Sunnah itu seperti bahtera Nabi Nuh. Orang yang menaikinya akan selamat, manakala orang yang tertinggal akan tenggelam...

Adapun yang dimaksudkan dengan sunnah di sini adalah ajaran atau jalan hidup yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, iaitu ajaran Islam yang tulen sebagaimana yang difahami oleh para sahabat beliau ridhwanullaahi ‘alaihim ajmain. Sebagaimana kata Imam Ahmad rahimahullah (Wafat: 241H):

As-Sunnah di sisi kami adalah a-tsaar Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam.

Demikian pula kata Imam Al-Barbahari rahimahullaah (Wafat: 329H),

Al-Islam adalah As-Sunnah dan As-Sunnah adalah Al-Islam.

Dalam sebuah hadis daripada Al-‘Irbadh bin Saariyah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Sunan Abu Daud, no. 4607. At-Tirmidzi, no. 2676. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi dan Al-Albani)

Dalam hadis ini kita dapat lihat di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mewasiatkan (atau memerintahkan) kepada kita agar berpegang teguh dengan sunnah beliau dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin, kemudian beliau mewasiatkan pula agar menjauhi perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama kerana ia adalah bid’ah, dan setiap bidah itu adalah kesesatan.

Secara tak langsung dari hadis ini dapat kita perhatikan bahawa sunnah itu lawannya adalah bid’ah. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan hakikat Sunnah, dan apa pula bid’ah itu? Bagaimana pula cara untuk kita menekuni dan berpegang teguh dengan Sunnah, serta bagaimana pula untuk kita menjauhi segala hal-hal yang baru dalam agama atau yang disebut sebagai bid’ah yang dinyatakan sendiri oleh Nabi sebagai kesesatan?

Sama-sama kita temukan dalam risalah penting oleh Syaikh ‘Abdul Muhsin bin Hammad Al-‘Abbad Al-Badr hafidzahullaah ini. Agar dapat kita tekuni, lazimi, dan mengikuti sunnah yang dimaksudkan, sekaligus menjauhi dan berwaspada terhadap bidah yang telah diberikan amarannya oleh Nabi. [Disediakan oleh Atsar ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net