Judul: Minhajul Muslim Konsep Hidup Ideal Dalam Islam | Judul Asal ('Arab): Minhajul Muslim | Penulis: Asy-Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jaza’iri | Takhrij: Asy-Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jaza’iri | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.95kg | Ukuran: 24.5cm (tinggi) x 16cm (lebar) x 5cm (tebal) | Muka Surat: 1195m/s. (Hard cover) | ISBN: 9789793407852
Kesempurnaan Islam tergambar dalam disiplin syari’atnya yang tesusun indah dan lengkap. Ia mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia dari yang kecil sehingga yang besar dan rumit. Islam menyentuh setiap aspek dari aqidah, ibadah, akhlak, mu’amalah, dan banyak lagi yang lainnya. Cuma sedikit mengecewakan, hanya sedikit manusia dan umat Islam sendiri yang mengambil dan mengenali Islam dari sumbernya yang benar, iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Dan setiap satu-satu buku tertentu tentang Islam juga biasanya tidak menyentuh keseluruhan aspek Islam itu sendiri, tetapi hanya menyentuh dan memfokuskan satu bahagian agama Islam sahaja bagi satu masa atau dalam satu buku tertentu. Di sisi yang lain pula, kita boleh menemukan buku yang lengkap membahaskan tentang Islam ini, tetapi ketebalannya pula mencecah berjilid-jilid. Tidak mudah untuk kita temukan sebuah karya tulis yang memberikan gambaran tentang agama Islam ini secara utuh dan menyeluruh tetapi tersusun dalam bentuk yang ringkas dan padat.
Buku yang sedang di hadapan anda ini adalah di antara karya tulis yang sedikit jumlahnya tentang apa yang dimaksudkan. Penulis berusaha menjelaskan ajaran agama ini dari aspek aqidahnya, soal keimanannya, ibadahnya, adab dan akhlaknya, sehinggalah kepada mu’amalah kehidupan dengan begitu menyeluruh tetapi tersusun dalam penjelasan yang padat dan ringkas tanpa mengenepikan aspek ilmiyah pendalilan dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Sehingga setiap pembaca yang memerlukannya akan dapat menela’ah, merujuk dan memahaminya dengan mudah.
Ia disusun oleh seorang ilmuan tersohor yang tinggal di Kota Madinah pada masanya (Saudi Arabia) serta aktif menyampaikan kuliah-kuliah ilmunya di Masjid Nabawi sehingga akhir hayatnya. Buku ini begitu mendapat sambutan di pelbagai belahan negara, tersebar luas, dan telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia. Maka, jadikanlah buku ini sebagai rujukan dan bacaan penting di setiap rumah-rumah kita.
Semoga bermanfaat.