Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hak & Kewajiban Wanita Muslimah Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah

Hak & Kewajiban Wanita Muslimah Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.7 x 14.7 x 0.9

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hak & Kewajiban Wanita Muslimah Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Mas’uuliyatul Mar’ah Al-Muslimah | Penulis: Syaikh ‘Abdullah bin Jarullaah bin Ibrahim Al-Jarullaah | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 250gram | Muka Surat: 157 m/s. (Soft Cover)


Adalah tidak benar jika dikatakan bahawa ajaran Islam menindas dan merendahkan kaum wanita, lebih mengutamakan lelaki, dan tuduhan-tuduhan negatif lainnya. Al-Qur’an dan As-Sunnah telah banyak membantah/menafikan tuduhan tersebut melalui beberapa ayat dan hadis. Malah sebenarnya adalah sebaliknya, Islam telah mengangkat dan menjunjung tinggi kedudukan dan martabat wanita pada posisi yang selayaknya, seiring dengan fitrahnya.

Dalam Islam; wanita diwajibkan untuk menutup aurat seiring dengan kemuliaannya, wanita dibolehkan untuk tidak solat dan berpuasa ketika sedang haidh dan nifas, memiliki ketentuan khusus dalam berkarier (bekerjaya), tidak perlu bersusah-payah keluar berkerja berbanding suami, bila bermusafir wajib berteman dengan mahramnya, mendapat keutamaan agar tinggal di rumah, dan sebagainya. Ketentuan itu semua tidak lain melainkan untuk memuliakan kewujudan wanita dan menjaga fitrahnya.

Tidakkah Anda melihat adanya perbezaan yang nyata pada fizikal wanita dan lelaki? Begitulah Allah membezakan penciptaan wanita dan lelaki sehingga menjadi seimbanglah hak-hak di antara mereka dengan kewajiban masing-masing bersesuaian dengan fitrah kejadiannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, 16: 97)

Buku yang ada di hadapan anda ini berisi bimbingan bagi kaum Muslimah berkaitan masalah-masalah kewanitaan serta hak dan kewajiban wanita bersesuaian dengan fitrahnya, seperti hijab (pakaian lengkap menutup aurat), perbahasan sufur (membuka aurat), khalwah (berduaan di tempat sepi), hukum-hakam tabarruj (bersolek dan berdandan), dan ikhtilath (bercampur-baur antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram). Di samping itu, risalah ini dilengkapi juga dengan fatwa-fatwa berkaitan masalah percampuran lelaki dan wanita dalam proses belajar atau mengajar, aktiviti wanita di luar rumah, hukum haidh, hukum nifas, hukum istihadhah, hukum pengguguran kandungan, dan lainnya. Semua perbahasan di dalam risalah ini diulas berdasarkan dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Semoga buku ini mampu menjadi motivasi ke arah yang lebih baik sekaligus memberi manfaat yang banyak dan dapat membimbing para wanita di luar sana agar menjadi Muslimah sejati, tanpa merasa diri direndahkan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net