Judul: Ajaran Sufi dan Tarekat Dalam Timbangan Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Ash-Shufiyyah fii Mizan Al-Kitab was-Sunnah | Penulis: Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu rahimahullah | Penerbit: Darul Haq | Berat: 140gram | Muka Surat: 100 m/s.
Kaum sufi melihat agama Islam dari sisi pandang tersendiri dan tidak terpaku pada syari’at yang bersifat amal zahir, apalagi akhlak dan adab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam semata. Mereka mendakwa lebih tinggi maqamnya berbanding para ulama, ahli hadis, ahli ibadah dan orang-orang soleh.
Mereka mengaku bahawa melalui mukasyafah, mereka mendapatkan petunjuk langsung dari Allah, tanpa melalui perantara, sehingga merekalah yang paling dekat kepada Allah, bahkan sampai pada taraf Wahdah al-Wujud. Mereka beribadah kepada Allah dengan cinta sejati, bukan kerana mahu mendapat Syurga atau takut terhadap ‘azab neraka.
Namun, benarkah Islam itu begitu? Benarkah kedudukan pengamal sufi itu lebih tinggi? Benarkah mereka berada pada puncak ma’rifatullah? Benarkah cinta mereka paling sejati? Benarkah perilaku dan tata cara ibadah mereka? Pelbagai pertanyaan inilah yang dijawab secara tuntas oleh Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu dalam buku ini.
Penulis adalah bekas pengikut tarekat; beliau mengkaji dan membandingkan 24 ajaran sufi dalam kitab-kitab mereka dengan Al-Qur’an dan as-Sunnah. Pandangan dan doktrin kaum sufi dikutip langsung dari buku mereka, seperti; buku-buku Ibnu ‘Arabi (Wafat: 638H) berjudul Fushush Al-Hikam, dari buku Asy-Sya’rani (Wafat: 973H) berjudul Ath-Thabaqat Al-Kubra, dari buku Muhammad bin Sulaiman Al-Jazuli (Wafat: 870H) berjudul Dala’il al-Khairat, dari buku Ibnu Al-Faridh (Wafat: 632H) tentang Wahdah al-Wujud berjudul Qashidah At-Ta’iyah, dan dari kitab sya’ir-sya’ir karya Muhammad bin Sa’id Al-Bushiri (Wafat: 697H) berjudul Qashidah Al-Burdah.
Inilah kelebihan buku ini, informasi dan faktanya bersumber dari buku sufi dan tarekat yang asli, lalu ditimbang dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, kemudian dinilai secara adil dan saksama. Selamat menela’ah.