Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Melangkah Menuju Khusnul Khatimah

Melangkah Menuju Khusnul Khatimah
Terbitan: Media Tabiyah
Product Code: Media Tarbiyah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14.6 x 1.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Melangkah Menuju Khusnul Khatimah | Judul Asal (‘Arab): dikeluarkan dari salah satu bab kitab: Ahkaamul Janaa’iz fii Dhau’il Kitaab was Sunnah | Penulis: Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani | Tahqiq: - | Penterjemah: Team Media Tarbiyah | Penerbit: Media Hidayah | Berat: 0.3kg | Muka Surat: 232 m/s. (Soft Cover).


Setiap insan sentiasa berjalan setahap demi setahap menuju akhir kehidupannya. Dan tidaklah ajal itu datang melainkan setelah selesai ketetapan taqdir atas manusia tersebut; seperti rezekinya, jodohnya, dan bahagia atau sengsaranya di dunia. Dan Allah Ta’ala tidak akan pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Maka, tinggallah hamba tersebut bertanggungjawab atas segala amal perbuatannya kelak di Yaumul Hisab. Jika baik amalnya selama berada di dunia, nescaya dia akan meraih ganjaran yang baik berupa Syurga. Sebaliknya jika buruk amalnya selama berada di dunia, maka dia akan mendapat balasan yang buruk berupa Neraka.

Allah Ta’ala berfirman:

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

“Maka sesiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan amal keburukan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.” (Surah Az-Zalzalah, 99: 7-8)

Setiap insan sangat memerlukan husnul khatimah (akhir kehidupan yang baik). Kerana husnul khatimah adalah petanda baiknya keadaan dirinya di akhirat yang kekal kelak. Sebaliknya su’ul khatimah adalah petanda buruknya keadaan dirinya di akhirat kelak, iaitu dengan dimasukkan ke dalam Neraka, na’uudzubillaah. Meraih husnul khatimah tidaklah mudah. Akan tetapi, semuanya boleh menjadi mudah bagi para hamba yang diberikan taufiq oleh Allah Ta’ala.

Para pembaca yang budiman, buku ini adalah sebuah karya ilmiyah yang di dalamnya membahas 21 tanda seseorang meraih husnul khatimah. Penulis, Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani (hafidzahullaahu Ta’ala) menjelaskannya dengan rinci berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah, disertai banyak nukilan pendapat dari guru beliau, Al-Imam ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah.

Sebelum masuk pada perbahasan tanda-tanda husnul khatimah, penulis memulakan buku ini dengan nasihat-nasihat berharga agar setiap insan memanfaatkan baik-baik kesempatan hidupnya di dunia ini yang pada hakikatnya hanya sesat dibandingkan akhirat yang kekal abadi. Beliau juga menerangkan 8 kaedah bagi setiap hamba agar dapat meraih husnul khatimah.

Dan bagi setiap pelengkap, penulis menghadirkan perbahasan agar sentiasa mewaspadai su’ul khatimah di mana setiap hamba wajib merasa takut dan bimbang darinya. Dilengkapi pula padanya sebab-sebab yang mungkin menghantarkan seorang hamba kepada su’ul khatimah.

Semoga buku ini memberikan manfaat, galakkan, motivasi, rasa harapan, dan semangat yang kuat untuk meraih husnul khatimah. Sekaligus menjadikan kita takut dan bimbang dari terjebak ke su’ul khatimah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net