Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Pembatal Keislaman

Pembatal Keislaman
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 16.7 x 4.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Pembatal Keislaman | Judul Asal (‘Arab): Nawaqidhul Iman Al-Qawliyyah wal ‘Amaliyyah | Penulis: Dr. ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin ‘Ali Al-‘Abdul Lathif | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.4kg | Muka Surat: 792m/s. [Disediakan oleh Galeri Buku Atsar, www.atsar.ilmusunnah.com]


Setiap kaum muslimin insyaAllah faham dengan apa-apa yang membatalkan wudhu’, solat, dan puasa mereka. Dan ini suatu yang baik kerana sampai kepada mereka ilmu dan kejelasan hal, walhamdulillah.

Akan tetapi ada perkara yang lebih penting dan wajib diketahui oleh setiap muslim yang menyentuh tentang aqidah dan tauhid. Iaitu kewajiban mengetahui apa-apa yang boleh membatalkan iman dan keislaman yang menyebabkan pelakunya keluar dari Islam atau terjatuh ke lembah kekafiran.

Dan hal-hal ini sudah tentu sangat bahaya jika tidak difahami dengan benar dan teliti kerana dengan hal tersebut menjadikan amal-amal yang lainnya tidak akan berguna sama sekali, sekaligus menjadikan pelakunya terhumban kekal di Neraka, na'udzubillaah

Hal-hal yang membatalkan iman boleh berupa i’tiqad (keyakinan atau kepercayaan) yang terdapat di dalam hati, boleh juga dengan ucapan atau perkataan, dan boleh dengan perbuatan serta banyak bentuknya; boleh jadi berupa syirik yang memang jelas, boleh jadi juga kerana berdoa kepada selain Allah atau berdoa kepada Allah sambil berdoa kepada selain-Nya, mungkin juga kerana mencaci Allah, mengingkari sesuatu dari syari’at, menghina kitab Allah, menghina Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mengingkari hari kebangkitan, mengaku sebagai nabi, meninggalkan solat, membela orang-orang musyrik, melakukan atau mengamalkan syirik, memperolok-olok atau mempersendakan agama, dan ada lagi yang lainnya dan insyaAllah akan dipaparkan secara ilmiah melalui buku ini.

Buku ini asalnya adalah sebuah thesis kedoktoran yang mengupas dan membahas permasalahan tersebut secara akademik, ilmiyah, menyeluruh, di atas disiplin ilmu, dan bertunjangkan dalil-dalil Al-Qur’an, As-Sunnah, dan ijma’ ahlus sunnah wal-jama’ah. Padanya turut dilengkapi dengan fatwa-fatwa para ulama generasi awal dan masa kini.

InsyaAllah sama-sama kita teliti dan pelajari buku ini agar kita benar-benar faham dengan hal-hal yang boleh membahayakan aqidah kita sekaligus agar kita pun dapat menghindar dan waspada terhadapnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net