Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Iman karya Ibnu Taimiyah

Al-Iman karya Ibnu Taimiyah
Terbitan: Darul Falah
Product Code: Darul Falah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 15.8 x 1.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM26.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Iman karya Ibnu Taimiyah | Judul Asal (‘Arab): Kitabul Iman | Penulis: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Penerbit: Darul Falah | Berat: 600g | Muka Surat: 300m/s.


Penulis, iaitu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) menurunkan bukunya dengan mengkhususkan satu sisi yang paling penting dari perkara-perkara yang penting, iaitu perbahasan tentang iman, dengan membuat perbandingan antara pengertian iman dengan pengertian Islam, sambil mengacu kepada nash-nash Al-Qur’an dan As-Sunnah yang menyentuh tentang permasalahan ini. Penulis juga mengisyaratkan kepada hadis Jibril dan hadis-hadis lain yang menghimpun iman dengan Islam atau yang membezakan pengertian antara keduanya.

Islam mengarah kepada amal, manakala iman mengarah kepada keyakinan. Huraian dari hadis-hadis Nabawi menunjukkan bahawa Islam lebih umum berbanding iman, dan iman lebih khusus dari Islam. Setiap mukmin adalah muslim, namun tidak setiap muslim merupakan mukmin.

Demikianlah Al-Qur’an menunjukkan perbezaan ini, antaranya sebagaimana dalam firman-Nya:

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Orang-orang ‘Arab Badwi itu berkata, “Kami telah beriman.” Katakanlah (kepada mereka), “Kalian belum beriman, tetapi katakanlah, “Kami telah tunduk.”.” Kerana iman itu belum masuk ke dalam hati kalian.” (Surah Al-Hujurat, 49: 14)

Dengan kekhususan ini penulis pun menjabarkan dan mengaitkan pula perbahasan kepada beberapa pendapat ulama dari kalangan tabi’in dan ulama setelah mereka. Di antara mereka ada yang sependapat dengan pengertian ini dan di antara mereka ada yang menganggap iman dan Islam merupakan satu paduan. Mereka mengacu kepada firman Allah:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 19)

Hujah mereka, kerana agama itu mencakupi iman dengan berdasarkan kepada hadis Jibril. Pertimbangan lain, kerana jika seseorang beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para rasul-Nya dan Hari Akhirat, namun dia tidak mengenakan rukun-rukun Islam, maka imannya itu tidak bermanfaat sedikit pun.

Setelah menyebutkan sisi pandang bagi setiap golongan, maka penulis kembali menegaskan perbezaan antara pengertian iman dan Islam, dengan menyajikan ayat di atas dan hadis yang memang membezakan pengertian di antara keduanya serta dalil-dalil yang menguatkan hal ini.

Perbezaan Pendapat Berkaitan Iman

Setelah itu penulis kembali menyebutkan pelbagai pendapat berkitan makna iman, adakah ia hanya sekadar kata-kata (pengucapan syahadatain) ataukah hanya pembenaran (atau ikrar) hati saja, ataukah merupakan pengucapan kata-kata dan juga pembenaran hati secara bersamaan? Ataukah keduanya secara bersama-sama dan juga disertai perlaksanaan amal ke dalam iman? Adakah iman boleh bertambah dan berkurang? Adakah orang yang derhaka masih dianggap orang Mukmin atau bahkan bukan termasuk Muslim sama sekali? Adakah orang munafiq termasuk orang Muslim ataukah bukan orang Muslim? Apa bentuk-bentuk kemunafikan yang dapat mengeluarkan dari Islam? Apa pula yang dimaksudkan sebagai kemunafikan amal dan apa pula kemunafikan i’tiqad?

Patutkah seorang Muslim berkata, “Aku adalah orang Mukmin?” Ataukah harus ditambahi kata-kata, “In-sya-Allah?” Masih banyak pendapat lain dan juga perbezaan pendapat yang in-sya-Allah rinciannya akan diperolehi oleh pembaca melalui buku ini.

Sistimatika penulisan yang diambil penulis menuntut perhatian kita. Beliau mengungkapkan pelbagai pendapat yang berbeza-beza tersebut dengan merincikan antara yang benar dan bathil, lalu beliau menanggapi pula kepelbagaian macam pertanyaan yang beraneka-ragam, lalu menjelaskan pendapat setiap golongan dan sisi pandangan. Dalil-dalil, penjelasan, menyusul yang satu dengan lain, memperlihatkan setiap pendapat yang berseberangan dengan pelbagai nash Al-Kitab dan As-Sunnah, atau pendapat-perndapat salaf dari kalangan sahabat dan tabi’in.

Antara Topik-topik utama yang termuat dalam buku ini adalah seperti:

1, Perbezaan antara iman dan Islam berserta pengertian keduanya.

2, Amal tanpa iman tidak akan bermanfaat.

3, Amal termasuk dalam cakupan iman.

4, Peringkat-peringkat Ke-Islaman.

5, Bukti-bukti dan tanda iman.

6, Pengaruh amal terhadap iman.

7, Menyelami makna khusyu’.

8, Pengaruh dosa terhadap iman.

9, Ijma’ sebagai hujah dan perbezaan ijma’ dengan as-Sunnah.

10, Bagaimana hal yang mubah boleh menjadi ibadah?

11, Metode penafsiran al-qur’an.

12, Bantahan terhadap kelompok yang menyimpang dalam perbahasan iman.

13, Pendapat Al-Asya’irah tentang iman.

14, Bantahan ahlus sunnah terhadap Al-Asya’irah.

15, Imam mewajibkan amal.

16, Penjelasan tentang kesesatan Murji’ah.

17, Jenis-jenis murji’ah.

18, Hujah dan syubhat golongan murji’ah berserta sanggahannya.

19, Perbahasan tentang orang munafiq dan sikap umat Islam terhadap mereka.

20, Penyimpangan khawarij dalam permasalahan iman.

21, dan banyak lagi lainnya yang jika mahu disebutkan di sini, nescaya akan menjadi panjang.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net