Judul: Perbandingan Pendapat Lama & Pendapat Baru Imam Asy-Syafi’i | Judul Asal (‘Arab): Al-Qodiim wal Jadiid min Aqwal Al-Imam Asy-Syafi’i | Penulis: Dr. Muhammad Suma’i Sayyid Ar-Rastaqi | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.4kg | Muka Surat: 791 m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Buku ini adalah dari hasil thesis penulis yang menghimpunkan pendapat lama (qaul qadim) dan pendapat baru (qaul jadid) imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) berdasarkan kitab Minhaj Ath-Thalibin karya Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H), diikuti pula dengan analisa dari kitab-kitab fiqh mazhab Asy-Syafi’i yang lainnya.
Pendapat-pendapat tersebut terdapat pada bab-bab perbahasan dan kesimpulan hukum-hakam fiqh yang akan dikemukakan oleh penulis.
Padanya penulis melakukan analisa kajian dan perbandingan antara mazhab baru Imam Asy-Syafi’i dengan mazhab beliau yang lama, iaitu antara pendapat-pendapat beliau ketika berada di Baghdad dan pendapat-pendapat beliau yang diubah sebaik tinggal di Mesir, sebab-sebabnya, metode pendalilannya, dan pendapat yang rajih (terkuat) di sisi pengkaji diikuti perbandingan dengan pendapat-pendapat dari para ulama mazhab yang lain.
Antara lain yang termuat dalam hasil thesis ini adalah pengenalan terhadap biografi Imam Asy-Syafi’i, biografi penyusun kitab Minhaj Ath-Thalibin (Imam An-Nawawi), rujukan dan kitab-kitab penting dalam mazhab Asy-Syafi’i, asal penulisan kitab Minhaj Ath-Thalibin dan pujian para ulama terhadapnya, silsilah Imam An-Nawawi dalam bidang fiqh, pengenalan istilah-istilah fiqh dalam mazhab Asy-Syafi’i dan penggunaannya, definisi istilah “qaul qadim” dan “qaul jadid” serta pendapat mana yang digunakan di sisi ulama dalam mazhab Asy-Syafi’i.
Kemudian barulah penulis memasuki fokus perbahasannya, iaitu analisis perbandingan antara pendapat baru dengan pendapat lama Imam Asy-Syafi’i dalam bab-babnya bermula dari bab thaharah, adzan, solat, zakat, puasa, haji, jual-beli, nikah, nafkah, pinjaman dan penjamin, hamba, qasamah, gadaian, dan seterusnya.
Dalam perbahasan seperti ini, insyaAllah sudah tentu banyak sekali faedah dan manfaat ilmu yang dapat kita telusuri dan ambil. Khasnya dalam menekuni rincian-rincian ilmiyah di balik ilmu fiqh Islam yang luas seluas samudera alam.