Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Hadits Bukhari Muslim, Syarah Umdatul Ahkam

Fikih Hadits Bukhari Muslim, Syarah Umdatul Ahkam
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 18.2 x 5.3

ISBN: 9786027637115
Availability: In Stock
Price: RM110.00

5 or more RM88.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Hadits Bukhari Muslim, Syarah ‘Umdatul Ahkam | Judul Asal (‘Arab): Taisiirul ‘Allaam Syarh ‘Umdatil Ahkaam | Penulis asal: Imam ‘Abdul Ghani bin ‘Abdul Wahid Al-Maqdisiy rahimahullah (Wafat: 600H) | Disyarah oleh: Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman Alu Bassam rahimahullah | Penerbit: Ummu Qura | Berat: 1.7kg | Muka Surat: 1173 m/s. (Hard cover)


Kitab Al-‘Umdah ini adalah himpunan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang paling sahih yang dipilih dari dua kitab Shahih yang agung, iaitu Shahih Al-Bukhari dan Muslim.

Penulis (Imam ‘Abdul Ghani Al-Maqdisiy) memilih hadis-hadis (berkaitan fiqh hukum-hakam) untuk kitab ini dari dua sumber tersebut. Beliau susun di dalamnya mengikuti bab-bab fiqh sebagaimana para ulama fiqh menyusunnya (khasnya dari kalangan fuqaha hanbali) bagi mempermudahkan sesiapa yang berhajat untuk menghafal dan mempelajarinya. Ini adalah kerana hadis-hadis tersebut termasuk hadis-hadis utama yang mencakup ushul dan qowa’id (kaedah) dalam fiqh, menjadi rujukan penting dalam babnya, sekaligus tangga bagi para pemula dalam berjalan menunju kitab-kitab Islam yang lebih besar dan luas dalam membahaskan hadis-hadis Nabi yang mulia.

Sebenarnya kitab ini (‘Umdatul Ahkam) telah pun disyarah dan diteliti oleh sejumlah ulama terdahulu, hanya cuma (sampai setakat ini), kebanyakan syarah tersebut masih dalam bentuk manuskrip dan belum tersebar ke dalam masyarakat. Namun, antara yang telah tercetak dan tersebar, adalah Syarah oleh Ibnu Daqiq Al-‘Ied rahimahullah dengan judul Ihkamul Ahkam.

Namun perbahasannya memuatkan metode yang cukup ilmiyah dan rumit bagi sebahagian pihak khasnya bagi para penuntut ilmu dari kalangan pemula. Maka, atas sebab itu Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman Al-Bassam pun menyusun syarahnya sendiri atas kitab ‘Umdatul Ahkam ini dengan Judul Taisiirul ‘Allam Syarh ‘Umdatul Ahkaam. Iaitu sebuah kitab syarah yang menghuraikan fiqh hadis kitab ‘Umdatul Ahkam dalam bentuk yang mudah bahasanya, mudah difahami, dan jelas bahagian per bahagian yang perlu difahami agar permasalahan-permasalahan yang ada dapat dikuasai dengan baik.

Syaikh ‘Abdullah Al-Bassam membahaskannya menjadi beberapa bahagian bagi setiap hadis atau bab. Di bahagian awalnya beliau membahas makna-makna hadis secara global, menjelaskan hikmah dan hukum yang tertera di sebalik kosa kata hadis atau dengan memberikan pendahuluan dan penjelasan lain yang diisyaratkan oleh rangkaian kalimat dan kosa kata hadis.

Pada sebahagian hadis, Syaikh juga turut menjelaskan tentang jalur-jalur periwayatan hadis yang diperlukan bagi melengkapi keperluan perbahasan.

Penulis juga menjelaskan kewujudan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama (jika ada) bagi fiqh hukum sesebuah hadis yang dibahas dan merajihkan (menjelaskan) pendapat yang terkuat seraya menyebutkan pendapat yang lemah yang tidak bertumpu pada nash yang kuat. Ini dilakukan dalam rangka membantu para pembaca agar lebih mudah memahami keadaan sebenar dan tidak keliru.

Dengan ini, semoga para pembaca dapat membina asas-asas yang baik dan kuat dalam hal ini, iaitu bab fiqh hukum-hakam yang sememangnya wajib diketahui kerana termasuk apa yang menjadi amalan setiap muslim seharian.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net