Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

DVD MP3 Syarah Umdatul Fiqh karya Ibnu Qudamah

DVD MP3 Syarah Umdatul Fiqh karya Ibnu Qudamah
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah (Makassar)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19.1 x 13.5 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM58.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: DVD MP3 Syarah ‘Umdatul Fiqh karya Ibnu Qudamah | Perbahasan Kitab: Kitab ‘Umdatul Fiqh karya Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy rahimahullah (Wafat: 620H) | Pembahas: Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah | Penerbit: Pustaka As-Sunnah (Makassar) | Berat: 180g | Muka Surat: 2 DVD Mp3. (Lebih dari 125 jam)


Ini adalah hasil rakaman daurah/seminar membahas kitab ‘Umdatul Fiqh karya Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy rahimahullah (Wafat: 620H). Dibahas, disyarah, dan dihuraikan oleh Ustaz Dzulqarnain hafidzahullah.

Kitab ‘Umdatul Fiqh ini adalah termasuk kitab berkaitan fiqh untuk para pemula dalam mazhab Hanbali. Kemudian pensyarah (Ust. Dzulqarnain) menyampai dan menjabarkannya sesuai dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah. Jadi, dari hasil seminar ini kita pun akan dapat mempelajari fiqh mazhab hanbali dan cakupan fiqh Islam secara umum, sekaligus mengetahui pendapat-pendapat yang terkuat atau yang lemah darinya berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Perbahasan kitab ‘Umdatul fiqh ini mencakupi perbahasan thaharah, solat, jenazah, zakat, puasa, haji dan ‘umrah, kitab jual beli, al-ijaarah (sewa-menyewa), kitab wakaf, wasiat, perwarisan, kitab nikah, kitab ar-radhaa’ (penyusuan), kitab mahar, talaq, zhihar, li’an, kitab makanan dan minuman, kitab haiwan buruan, kitab sumpah, kitab jinaayah, kitab ad-diyah, kitab hudud, kitab jihad, kitab qadha (pengadilan), dan diakhiri dengan perbahasan kitab persaksian.

Semua perbahasan daurah selama 12 hari berturut-turut ini dimuatkan dalam dua DVD dalam bentuk (format) audio MP3.

Dalam DVD ini turut dimuatkan set daurah kitab Al-‘Ubudiyyah (Hakikat Penghambaan) karya Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) sebagai bonus. Disyarah pula oleh Ustaz Khaidir M. Sunusi hafidzahullah.

Semoga kita semua dapat sama-sama mengambil manfaat darinya.

Biografi Pensyarah atau Pembentang Secara Ringkas

Beliau adalah Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi, lahir di Makassar pada 17 Sya’ban 1396 H (12 Ogos 1976M). Setelah mula menuntut ilmu agama di pulau Jawa pada 1994, pada 1995 beliau meneruskan pelajaran di pelbagai bidang ilmu syari’at kepada ulama hadis terkemuka, iaitu Syaikh Muqbil bin Haadi Al-Wadi’iy rahimahullaah di Ma’had Dar Al-Hadits (Yaman), sampailah ke pertengahan tahun 1999 lalu menghafal Al-Qur’an 30 juz di sana.

Kemudian pada tahun 2004, beliau talaqqi pula kepada sejumlah ulama besar ‘Arab Saudi, di antaranya Syaikh Soleh bin Fauzaan Al-Fauzaan, Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmiy, Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Aqiil, Syaikh ‘Abdullah Al-Ghudayyaan, Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbaad, Syaikh Rabii’ bin Haadi Al-Madkhali, Syaikh Zaid bin Muhammad Al-Madkhali, Syaikh ‘Ubaid bin ‘Abdillah Al-Jaabiriy, Syaikh ‘Abdul Karim Al-Khudhair, serta beberapa ulama lainnya, semoga Allah merahmati dan menjaga mereka.

Selain mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak dua kali dari hafalan dengan membaca riwayat Hafsh dari ‘Aashim melalui jalan Asy-Syaathibiyyah dan Thayyibah An-Nasyr dari dua ahli Qira’ah; di Saudi beliau juga lebih menekuni dan mendalami pelbagai cabang ilmu agama kepada ulama-ulama tersebut dan mengambil sanad-sanad periwayatan kitab-kitab Salaf. Beliau juga sempat menghadiri beberapa majlis Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz dan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahumaallaah pada musim haji tahun 1998. Dikhabarkan beliau turut menghafal kitab-kitab matan penting dalam bidang ilmu dan juga menghafal kitab Shahih Muslim.

Saat ini, kebanyakan aktiviti beliau adalah mengajar dan berdakwah di jalan Allah, di Ma’had As-Sunnah (Makassar), pelbagai daerah di Indonesia, dan beberapa tempat di luar negeri. Beliau juga turut aktif menulis dan menerjemahkan buku-buku dan artikel serta menjawab pertanyaan di beberapa media cetak dan beberapa website.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net