Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bacaan Untuk Anak Islam (Set Lengkap Aqidah, Ibadah, dan Akhlak)

Bacaan Untuk Anak Islam (Set Lengkap Aqidah, Ibadah, dan Akhlak)
Bacaan Untuk Anak Islam (Set Lengkap Aqidah, Ibadah, dan Akhlak) Bacaan Untuk Anak Islam (Set Lengkap Aqidah, Ibadah, dan Akhlak) Bacaan Untuk Anak Islam (Set Lengkap Aqidah, Ibadah, dan Akhlak) Bacaan Untuk Anak Islam (Set Lengkap Aqidah, Ibadah, dan Akhlak) Bacaan Untuk Anak Islam (Set Lengkap Aqidah, Ibadah, dan Akhlak) Bacaan Untuk Anak Islam (Set Lengkap Aqidah, Ibadah, dan Akhlak)
Terbitan: At-Tuqa
Product Code: At-Tuqa (1(1))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.7 x 13.9 x 1.9

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bacaan Untuk Anak Islam (Set Lengkap Aqidah, Ibadah, dan Akhlak) | Penulis: Abu ‘Umar Ibrahim | Penerbit: At-Tuqa | Berat: 700gram | Muka Surat: 47 m/s. (purata), 6 jilid lengkap. (Soft cover)


Ibu dan ayah..., ajarilah anak-anak membaca, tunjukilah mereka bahan bacaan Islami, dan bacalah bersama-sama mereka. Agar anak-anak minat membaca, hubungan menjadi akrab, dan anak-anak pun beroleh ilmu bermanfaat.

Set buku ini terdiri dari 6 jilid buku kecil lengkap untuk adik-adik merangkumi buku asas aqidah, ibadah, dan akhlak.

Jilid 1, “Pembekalan Akidah”

Alhamdulillah, hanya dengan pertolongan Allah kami dapat menyelesaikan penyusunan buku BUAI (Bacaan untuk Anak Islam) jilid pertama.

Buku ini kami persembahkan terkhusus untuk anak-anak yang baru lulus dari belajar membaca. Ia juga sesuai dijadikan sebagai modul atau silibus pembelajaran anak-anak di rumah bersama-sama ibu dan ayah, atau bersama adik-adik yang lain.

Pada jilid pertama ini kami bawakan bacaan atau pelajaran akidah untuk anak-anak kerana akidah merupakan pelajaran terpenting bagi kehidupan seorang insan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang merupakan manusia teladan, beliau sangat prihatin terhadap pendidikan anak-anak.

Jadi menanamkan akidah perlu dilakukan sejak usia kecil kepada anak-anak. Pelajaran akidah sangat bermanfaat bagi seseorang untuk menapaki kehidupan di masa depan dan dalam membina jati diri muslimnya. Oleh kerana itu kami bawakan kepada anda bacaan ini di jilid yang pertama.

Jilid 2, “Pengenalan Fikih Ibadah”

Alhamdulilah, buku BUAI jilid ke-2 yang dengan judul “Pengenalan Fikih Ibadah”dengan pertolongan Allah Ta’ala telah berhasil diterbitkan. Bersesuaian dengan judulnya, maka buku ini hanyalah sebagai pengantar bagi anak-anak yang telah lulus belajar membaca untuk mengenal asas fikih ibadah yang disyari’atkan oleh Allah Ta’ala. Ia juga sesuai dijadikan sebagai modul atau silibus pembelajaran anak-anak di rumah bersama-sama ibu dan ayah, atau bersama adik-adik yang lain.

Buku ke-2 ini berisi pelajaran fikih asas yang termasuk dalam rukun Islam dari asas-asas solat dan hal-hal yang terkait dengannya seperti wudhu’, tayammum, mengenal najis, istinja’, mengenal air, kemudian pengetahuan asas tentang zakat, puasa dan haji.

Apa yang disampaikan melalui buku ini bukanlah pelajaran yang menyeluruh, lengkap, dan terperinci tentang hukum, syarat, rukun dan tata caranya. Akan tetapi buku ini hanya memperkenalkan secara umum dan ringkas tentang fikih ibadah yang kira-kira sesuai dengan daya kefahaman dan kemampuan anak-anak dalam rangka mendekatkan mereka dengan agama ini. Adapun masalah penerapan dan praktikalnya, maka hal ini sangat memerlukan kepada bimbingan, tunjuk ajar, dan kerjasama ibu bapa dan para pendidik sekalian.

Semoga buku ini mampu menjadi satu medium yang bermanfaat bagi anak-anak Islam dan menjadikan mereka cinta kepada agama ini serta cinta untuk beribadah kepada Allah bersesuaian apa yang disyari’atkan Allah Ta’ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Jilid 3 & 4, “Akhlak-akhlak Terpuji 1 & 2”

Alhamdulillah, hanya dengan pertolongan Allah buku jilid 3 dan 4 berjudul “Akhlak-akhlak Terpuji” dapat kami terbitkan. Sesuai dengan judulnya maka buku ini berisikan pelajaran yang terkait dengan akhlak-akhlak terpuji yang seharusnya seorang muslim berhias dengannya.

Merupakan fenomena yang menyedihkan di mana anak-anak kaum muslimin banyak mengalami kemerosotan nilai-nilai akhlak dan moral akibat pendidikan yang salah. Ditambah lagi pelbagai media dengan sangat aktif mempromosikan hal-hal yang merosak akidah dan akhlak mereka. Belum lagi para orang tuanya yang tidak ambil peduli, cuai, atau bahkan tidak mampu membimbing putra-putri mereka serta memilihkan media yang tepat untuk buah hati mereka. Sungguh, inilah musibah di atas musibah... tatkala para orang tua dan para pendidik tidak berusaha untuk menyelamatkan anak-anak yang meneruskan perjuangan agama ini.

Muncul satu harapan, di tengah derasnya kepelbagaian media yang merosak, semoga karya kecil ini mampu menjadi media yang akan mendidik anak-anak Islam menjadi generasi yang memiliki akidah yang kuat dan akhlak yang karimah (mulia).

Duhai kiranya sejak dini anak-anak diperkenalkan dan dididik dengan akhlak karimah tentunya akan sangat bermanfaat bagi anak-anak. Ya sejak dini, sejak mereka dalam buaian, sejak mereka sudah pandai bicara dan menangkap kata-kata, dan sejak mereka belajar membaca dan mula menulis, terus kita usahakan agar mereka bersama kasih-sayang dan pendidikan orang tua dan para pendidik yang baik. Dan terus kita usahakan pula agar yang menemani mereka adalah media yang tepat dan baik yang akan menunjukkan mereka menjadi anak yang soleh dan bermanfaat bagi agama, bangsa, dan negara.

Jilid 5 & 6, “Akhlak-akhlak Tercela 1 & 2”

Alhamdulillah, hanya dengan pertolongan Allah buku jilid 5 dan 6 yang berjudul “Akhlak-akhlak Tercela” dapat kami terbitkan. Sesuai dengan judulnya maka buku ini memuatkan pelajaran yang terkait dengan akhlak-akhlak tercela untuk dijauhi setiap muslim.

Merupakan kesempurnaan, seseorang itu selain mengetahui perkara yang baik, dia juga perlu mengetahui perkara yang buruk. Kerana seseorang yang tidak mampu membezakan antara yang baik dengan yang buruk, maka dia akan terjatuh dalam perkara yang buruk tanpa dia sedari. Kita di sini mempelajari perkara yang buruk bukanlah dengan tujuan untuk melakukannya, akan tetapi agar kita terhindar darinya.

Buku untuk adik-adik seterusnya dan terakhir dalam set ini berisi pelajaran tentang akhlak-akhlak tercela yang harus dijauhi. Terkandang di sela-sela pelajaran ditampilkan kisah-kisah menarik yang boleh diambil pelajaran akan buruknya akibat seseorang yang memiliki perilaku tercela. Dari itu, diharapkan ianya menyentuh qalbu dan menjadikan anak-anak lebih termotivasi dalam menjauhi akhlak-akhlak tercela.

Dengan ini, kami berharap agar Bacaan Untuk Anak Islam (BUAI) dari jilid 1-6 ini dapat memberi manfaat untuk anak-anak kaum muslimin sekaligus membantu mereka menjadi generasi Islam yang berakidah kuat, cinta kepada agama, cinta untuk beribadah kepada Allah dengan cara yang benar sesuai dengan apa yang disyari’atkan oleh Allah Ta’ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, serta memiliki akhlak karimah yang akan menghiasi kehidupan mereka, sehingga mereka dicintai Allah dan dicintai pula oleh hamba-hamba-Nya.

Akhir kata, kebenaran itu datang dari Allah dan kesalahan itu datang dari syaitan serta dari sisi peribadi kami yang dha’if dan faqir kepada Allah Al-Ghoffar atas segala kekurangan dan kesalahan kami. Dan segala kesempurnaan itu hanyalah milik Allah Ta’ala.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net