Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Pelajaran Fiqih Ibadah Untuk Anak Islam

Pelajaran Fiqih Ibadah Untuk Anak Islam
Terbitan: Hikmah Anak Sholih
Product Code: Hikmah Anak Sholih
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.7 x 10.5 x 0.3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM7.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Pelajaran Fiqih Ibadah Untuk Anak Islam | Penulis: Abu ‘Umar Ibrahim & Ummu ‘Umar Nabila | Penerbit: Hikmah Anak Sholih | Berat: 110g | Muka Surat: 64 m/s. (Soft cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Buku ini sengaja disusun untuk anak-anak kerana kami melihat masih sangat kurangnya buku-buku pelajaran fiqih untuk mereka. Kebanyakan buku-buku fiqih yang ada diperuntukkan untuk dewasa. Sehingga anak-anak sedikit terpinggir dalam memahami permasalahan fiqih. Sedangkan agama Islam sangat memperhatikan sekali tentang pendidikan anak. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مُرُوا أَبْنَاءَكُمْ بِالصَّلَاةِ لِسَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

“Perintahlah anak-anak kamu bersolat pada usia 7 tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka.” (Musnad Ahmad, no. 6756. Dinilai hasan oleh An-Nawawi, Al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth)

Lihatlah bagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Sallam memerintahkan untuk mengajari anak-anak kita solat. Bahkan boleh sehingga memukul mereka (dengan pukulan kasih-sayang untuk pengajaran) pada umur 10 tahun jika mereka enggan solat. Dari sini membuktikan bahawa mengajari anak-anak tentang perkara agama; sama ada ia terkait dengan masalah aqidah, ibadah, akhlak, atau mu’amalah, ia adalah perkara yang sangat penting.

Dan ketahuilah bahawa perkara inilah yang akan membawa kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Adalah sangat menyedihkan, di mana kebanyakan ibu bapa dan kaum muslimin lalai dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Ditambah lagi, kebanyakan mereka jahil (tidak mengerti) tentang perkara agamanya, lalu bagaimana untuk mengajarkannya? Kalau seperti itu keadaan majoriti kaum muslimin, bagaimana mungkin mereka akan mampu memberikan pendidikan agama yang benar bersesuaian dengan tuntunan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alahi wa Sallam. Sedangkan tanggungjawab mendidik anak-anak yang paling pertama adalah terletak di bahu-bahu mereka. Mereka adalah teladan dan guru pertama bagi anak-anak.

Sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ البَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ

“Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah (Islam), lalu ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani (Kristian), atau Majusi, sebagaimana seekor haiwan ternakan melahirkan anaknya yang sempurna sifat, adakah kamu rasa akan ada yang mejadikannya cacat dengan sendirinya?!” (Shahih al-Bukhari, 1358. Muslim, no. 2658)

Melihat fenomena tersebut, kami tergerak (dengan pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala) untuk memberikan sumbangan bagi bakal-bakal generasi muda kaum muslimin dengan sebuah pelajaran fiqih.

Pelajaran ini kami ambil dengan merujuk pada karya-karya ulama Ahlussunnah yang berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dengan mengemukakan kandungan-kandungan tentang fiqih ibadah dalam bentuk penyampaian yang mudah yang sering dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari seperti permasalahan najis, buang air, wudhu’, tayammum; begitu pula pendidikan yang termasuk rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji; semoga ia dapat membantu mendidik anak-anak untuk mampu mengamalkan ibadah dengan cara yang benar bersesuaian dengan tuntunan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alahi wa Sallam.

Semoga dengan hadirnya buku ini, kaum muslimin mampu mengambil manfaat darinya terkhusus untuk anak-anak kita; bakal generasi muda Islam. Dan semoga kita semakin bersemangat dalam mempelajari ilmu agama, mengamalkannya, mendakwahnya, dan bersabar di atas jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Tak lupa kami mohon ampun kepada Allah apabila ada kesalahan dalam buku ini. Kami juga berharap kepada yang menemukan kesalahan untuk menghubungi kami dalam rangka saranan dan pembaikan.

Mudah-mudahan Allah Ta’ala menjadikan amalan ini ikhlas, semata-mata untuk mengharapkan wajah-Nya, dan menjadi timbangan kebaikan di akhirat kelak. Amin.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net