Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Pendidikan Tauhid Untuk Sekolah Rendah (Madrasah Ibtidaiyyah Kelas 4 hingga 6)

Pendidikan Tauhid Untuk Sekolah Rendah (Madrasah Ibtidaiyyah Kelas 4 hingga 6)
Terbitan: At-Tuqa
Product Code: At-Tuqa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 1.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Pendidikan Tauhid Untuk Sekolah Rendah (Madrasah Ibtidaiyyah Kelas 4 hingga 6) | Penulis: At-Tauhid wa Al-Fiqhi li Ash-Shaf Ar-Raabi’ Al-Ibtidaa’i (Baniin) | Penulis: Al-Mamlakah Al-‘Arabiyyah As-Su’udiyyah wazarah At-Tarbiyyah wa At-Ta’liim | Muraja’ah: Ust. Fathul Mujib | Penerbit: At-Tuqa | Berat: 520gram | Muka Surat: 128 m/s purata (3 jilid).


Sungguh Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan semua hamba-Nya berfitrah di atas tauhid. Akan tetapi, syaitanlah yang telah menghias-hiasi kebatilan di hadapan mereka. Sehingga para syaitan pun memalingkan mereka dari ketaatan kepada Allah.

Lalu Allah mengutus para rasul kepada umat manusia untuk mengajak mereka kembali kepada tauhid. Sebagai penutup para nabi dan rasul adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau adalah seorang Nabi dan Rasul yang tidak meninggal sebelum Islam menyelimuti seluruh penjuru negeri ‘Arab.

Disebabkan jauhnya umat Islam sekarang dari masa ke-rasulan, maka menyebar-lah kebodohan, ajaran-ajaran baru dan pelbagai penyimpangan. Akan tetapi, pada setiap permulaan satu abad, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memunculkan seseorang yang akan memperbaharui (mengembalikan) urusan agama mereka sebagaimana asalnya. Dan itulah dia mujaddid!

Di antara mujaddid yang memiliki pengaruh yang sangat kuat dalam pembaharuan agama dan tauhid terkhusus di jazirah ‘Arab adalah Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahab. Asy-Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab telah meninggalkan sejumlah kitab dan risalah tentang tauhid.

Disebabkan karya-karya beliau memiliki keistimewaan, kandungan yang mudah, sistematik, dan nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan, maka Kementerian Pendidikan dan Pengajaran di Kerajaan Saudi ‘Arabia telah memilih kitab-kitab tersebut untuk dijadikan sebagai kurikulum pendidikan tauhid yang disusun menjadi kurikulum rasmi kerajaan Saudi ‘Arabia.

3 jilid buku ini berisi kurikulum pelajaran tauhid untuk kelas 4 hingga 6 Madrasah Ibtida’iyiah (sekolah rendah). Setelah sebelumnya para pelajar (atau adik-adik) mempelajari tauhid di kelas 1, 2 dan 3 tentang tiga landasan utama yang wajib diketahui oleh manusia dan tiga tingkatan agama, maka pada kurikulum berikutnya ini adik-adik dan para pelajar sekalian akan mempelajari tentang makna ibadah, makna dan pembahagian tauhid, hikmah diutusnya pada rasul, makna iman dan kekafiran, makna dan jenis-jenis thaghut, serta makna Al-urwatul wutsqa.

Kemudian di jilid (atau kelas) lima, para pelajar atau adik-adik akan mengenal pula sebab-sebab kebahagiaan, kewajiban berilmu sebelum beramal, mentaati Rasul Allah dan meninggalkan syirik, cinta dan benci dalam beragama, mengenal Allah, Ar-Raab, jenis-jenis ibadah, memahami hakikat syahadah, rukun Islam dan rukun Iman, ihsan, mengenal Nabi, kesempurnaan risalah Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tugas para Rasul, dan hal-hal setelah kematian.

Kemudian yang terakhir di jilid 6, para pelajar atau adik-adik akan mempelajari pula tentang keutamaan dan pentingnya tauhid, mengimami rububiyyah Allah, mengenal pembatal-pembatal keislaman, mengenal bentuk-bentuk dan bahaya syirik, dan beberapa yang lain lagi berkaitan hal-hal penting dalam ilmu aqidah yang wajib diketahui dan difahami baik-baik.

Buku ini disusun dengan metode yang berbeza berbanding dengan pelajaran sebelumnya. Isi kandungan yang disampaikan adalah pengembangan dari buah karya Al-Mujaddin Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab. Berdasarkan kurikulum Saudi ‘Arabia, maka kurikulum ini disusun sebagaimana berikut:

1, Membagi kandungan yang ada dalam risalah Al-Mujaddid Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab dalam beberapa pelajaran, agar setiap pelajaran dapat diselesaikan dalam satu jam topik.

2, Menyusun kurikulum pelajaran ke dalam beberapa “Bab Pelajaran”. Setiap Bab Pelajaran  akan membahas satu topik.

3, Membawakan secara utuh teks atau perkataan Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab  yang ditulis dalam kotak tersendiri, kemudian diikuti terjemahannya.

4, Membawakan beberapa aktiviti murid yang bervariasi dan ujian kemampuan. Di antara tujuannya adalah agar memudahkan para murid dalam memahami pelajaran, agar mereka mampu menerapkan kandungan yang telah dipelajari dalam kehidupan sehari-hari.

Semoga buku ini bermanfaat untuk semua pihak, terkhusus untuk membantu para pendidik yang ingin merujuk kepada kurikulum pendidikan di Saudi ‘Arabia. Dan untuk mereka yang menginginkan pelajaran tauhid yang benar dan sesuai dengan apa yang diwariskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Semoga bermanfaat juga untuk anak-anak kaum muslimin agar mereka tumbuh di atas fitrahnya yang hanif, dan menjadi generasi yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, serta merasa bangga dan mulia dengan agama Islam.

Akhir kalam, semoga Allah menerima amalan ini, dan menjadikannya sebagai amalan soleh yang dapat dipetik kelak di hari penghisaban dan pembalasan, iaitu hari ketika kita menghadap Allah Ta’ala. Amin...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net