Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Biografi Ali bin Abi Thalib

Biografi Ali bin Abi Thalib
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.5 x 3.7

ISBN: 9789795925989
Availability: In Stock
Price: RM74.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul:  Biografi Ali Bin Abi Thalib | Judul Asal (‘Arab): Siiratu Amiirul Mu’minin ‘Ali ibni Abi Thalib | Penulis/Penyusun: Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Muslih Taman, Akmal Burhanudin dan Ahmad Yaman | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 988g | Muka Surat: 711 m/s (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5 cm (tinggi) x 16.3 cm (lebar) x 3.5 cm (tebal) | ISBN:  978-979-5925-98-9 |


Buku yang ada di tangan Anda ini adalah buku keempat yang membahas dan mengkaji tentang masa pemerintahan khulafaur rasyidin. Sebelumnya telah terbit beberapa buku yang membahaskan biografi dan kisah Abu Bakar, ‘Umar bin Al-Khaththab, serta ‘Utsman  bin ‘Affan (Dzun Nuraini).

Buku yang ada di hadapan anda ini diberi judul Siirah Amiirul Mu’miniin ‘Ali bin Abi Thalib, Syahshiyah wa ‘Ashruhu. Isi buku ini membahaskan secara terperinci biografi khalifah ‘Ali bin Abi Thalib, bermula dari kelahirannya sampai beliau syahid menghadap Allah subhanahu wa Ta’ala.

Perbahasan dimulakan dari penjabaran fakta berkaitan nama, gelaran, tempat dan tarikh kelahirannya, keluarga, kabilah, keislaman, karya-karya terpenting yang digoreskan selama di Makkah, hijrahnya, interaksinya dengan Al-Qur’an Al-Karim dan pengaruh Al-Qur’an terhadap keperibadian dan kehidupannya, pandangannya terhadap Allah dan jagat raya semesta, kehidupan, syurga, neraka, qadha dan qadar, kedudukan Al-Qur’an dalam hidupnya, kisah-kisah dan peristiwa-peristiwa turunya Al-Qur’an.

Kaedah-kaedah dan dasar-dasar yang dijadikan sebagai landasan dalam melakukan istinbat hukum dari Al-Qur’an dan pemahaman terhadap maknanya, tentang tafsirnya yang berhubung dengan beberapa ayat Al-Qur’an, kesetiaannya dalam mendampingi Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Sallam semenjak masa kanak-kanak dan pengetahuannya yang mendalam terhadap kedudukan (maqam) kenabian serta bagaimana beliau berinteraksi dengannya. Bahkan, Khalifah ‘Ali telah menjelaskan keyakinan yang dimilikinya berkaitan maqam kenabian tersebut dengan pelbagai ucapan dan perbuatannya.

‘Ali merupakan khalifah yang memiliki tekad kuat dalam mengajarkan manusia bagaimana meneladani dan mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Sallam dalam ucapan, perbuatan dan ketetapan-ketetapannya. Beliau menjelaskan bagaimana wajibnya mentaati ajaran-ajaran Nabi, bersungguh-sungguh mengikuti sunnahnya dan sentiasa menjaganya. Beliau juga menjelaskan dalil-dalil tentang kenabian Muhammad dan keutamaannya serta kewajiban-kewajiban yang harus dilakukan umat Islam kepada beliau sebagai seorang Nabi.

Kemudian, di antara kitab-kitab utama yang menjadi sumber rujukan penulis dalam huraian perbahasan buku ini adalah seperti:

1)         Kitab-kitab hadis. Dimulai dengan kutub As-Sittah (enam buku hadis utama) yang meliputi; Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan At-Tirmidzi, Sunan An-Nasa’i dan Sunan Ibnu Majah. Kemudian kitab Al-Muwatha’ karya Imam Malik dan kitab Musnad karya Imam Ahmad. Serta banyak lagi yang lainnya dari kitab-kitab hadis seperti Al-Mushannaf karya ‘Abdurrozzaq dan Ibnu Abi Syaibah, Al-Mustadrak karya Al-Hakim, Sunan Al-Kubra karya Al-Baihaqi, Sunan karya Sa’id bin Manshur, Al-Musnad karya Al-Humaidi dan Ath-Thayalisi, Majma’ Az-Zawaid dan Kasyful Asytar Karya Zawaid Al-Bazzar, dan Mawarid Zham’an ila Zawaid Ibni Hibban, serta yang lainnya.

2)         Buku-buku syarah hadis. Di antara yang paling penting adalah Fathul Bari karya Ibnu Hajar, Syarah An-Nawawi atas Shahih Muslim yang pada kedua buku tersebut terdapat maklumat yang sangat penting berkaitan dengan sejarah, selain juga cacatan-cacatan Ibnu Hajar dan An-Nawawi terhadap pelbagai peristiwa sejarah lainnya.

3)         Buku-buku tafsir. Di antaranya buku-buku yang paling penting dalam hal ini adalah Tafsir Ath-Thabari, Tafsir Al-Qurthubi, dan juga Tafsir Ibnu Katsir. Penulis lebih banyak memanfaatkan komentar-komentar mereka daripada riwayat-riwayat hadis yang mereka himpunkan, kerana yang berkaitan dengan hadis telah penulis himpun dari buku-buku hadis yang beliau jadikan secara langsung sebagai rujukan.

4)         Buku-buku aqidah. Di antara yang paling utama adalah kitab Minhajus Sunnah An-Nabawiyyah karya Ibnu Tamiyyah, Syarah Ath-Thahawiyah, Al-Ibanah fi Ushul Ad-Diyanah, Al-I’tiqad karya Al-Baihaqi, dan buku-buku lainnya yang berkaitan tentang Aqidah.

5)         Buku-buku fiqih. Di antara yang paling penting adalah Al-Mughni karya Ibnu Qudamah, Al-Majmu’ karya Imam An-Nawawi, Al-Bidayah Al-Mujtahid wa An-Nihayah Al-Muqtashid karya Ibnu Rusyd, dan buku-buku fikih lainnya. Saya mengutip dari buku-buku tersebut berbagai hal yang berkaitan dengan hukum-hukum Islam dan hukum peradilan yang dihasilkan dari ijtihad khulafaur rasyidin.

6)         Buku-buku adab (sastra). Penulis memanfaatkan dari buku-buku ini bermacam-macam bait syair milik para khulafaur rasyidin atau bait-bait syair yang diperdengarkan oleh para ahli syair kepada mereka. Di antara buku-buku Adab yang paling penting yang dimanfaatkan penulis adalah: Uyunul Akhbar karya Ibnu Qutaibah, dan Adab Islami fi Ahadi An-Nubuwah karya Nayif Ma’ruf.

7)         Buku-buku akhlak tentang zuhud dan tazkiyatun nufus. Di antara buku-buku terpenting tentang ini adalah ‘Uddatus Shabirin wa Dzakhiratus Syakirin karya Ibnul Qayyim, Madarijus Salikin karya Ibnul Qayyim, Mukhtashar Minhajul Qashidin karya Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, dan lain-lain.

8)         Buku-buku tentang aliran dan mazhab. Di antara buku-buku yang paling penting tentang ini adalah Al-Fashl fil Milal Wal Ahma’wa Nihal karya Abu Muhammad bin Hazm Azh-Zhahiri, dan Ushulu Madzhab Asy-Syi’ah Al-Imamiyah Al-Itsan Asyariyah karya Dr. Nashir Al-Qafari.

9)         Buku-buku tentang hukum pemerintahan dan kenegaraan. Buku yang paling penting tentang masalah ini adalah: Nizhamul Hukumah Al-Islamiyah karya Al-Kattani, dan Nizhamul Hukmi fi Asy-Syariah wa At-Tarikh Al-islami karya Zhafir Al-Qashimi.

10)       Buku biografi para tokoh. Di antara buku yang paling penting tentang ini adalah: Syadzaratu Adz-Dzahab fii Akhbar min Adz-Dzahab karya ‘Abdu Al-Hayyi Al-Hanbali, Usadul Ghabah karya Ibnul Atsir, dan Siyarus Salaf karya Abul Qashim Al-Asfahani.

11)       Buku-buku tentang Al-jarh wa At-Ta’dil. Di antara buku-buku yang paling penting tentang masalah ini adalah Tahdzib Al-Kamal fi Asma’ Ar-Rijjal karya Al-Hafizh Al-Muzayyi, Al-Jahr wa At-Ta’dil karya Ibnu Abi Hatim, Ats-Tsiqat karya Ibnu Hibban, dan Al-Kamil fi Dhuafati Ar-Rijjal karya Ibnu Adi.

12)       Buku-buku sejarah. Di antara buku-buku yang paling penting tentang hal ini adalah Tarikh karya Ath-Thabari, Al-bidayah wa An-Nihayah karya Ibnu Katsir, dan lain-lain.

Penulis sentiasa berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memberikan gambaran mengenai peristiwa-peristiwa sejarah dengan mengutamakan sumber dari riwayat-riwayat yang sahih dengan tanpa meninggalkan riwayat-riwayat yang hasan yang ada. Bahkan terhadap riwayat-riwayat yang lemah pun  tidak serta merta penulis tinggalkan. Terkandang penulis mengambil manfaat dari riwayat-riwayat lemah yang ada bertujuan melengkapi dan menyempurnakan gambaran mengenai peristiwa-peristiwa sejarah yang tidak ditunjukkan (secara detail) oleh riwayat-riwayat yang sahih atau hasan yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan pada zaman tersebut. Tentu, selama hal tersebut tidak berkaitan dengan masalah aqidah atau syari’ah, hal tersebut masih memiliki ruang.

Dalam buku ini, penulis bahas dan diskusikan sama permasalahan-permasalahan syubhat dan cerita-cerita palsu yang berkait dengan pemahaman Syi’ah Rafidhah, orentalis dan beberapa pandangan sebahagian penulis masa kini.

Penulis berpegang kepada manhaj Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dalam melakukan perbahasan yang berkait dengan masa-masa pemerintahan khulafaur rasyidin dan membuat bantahan sekaligus menjawab sekitar syubhat-syubhat yang berkenaan dengan mereka, terutama dalam kaitannya dengan masa pemerintahan Khalifah ‘Utsman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Thalib.

Di antara perbahasan lain dalam buku ini; Fiqih ‘Ali bin Abi Thalib, Kepolitikan dan pemerintahan, Peristiwa Perang Jamal, Shiffin, dan Tahkim, dan lainnya.

Demikianlah penulis telah mencurahkan segala usaya untuk mendapatkan potret utuh tentang keperibadian ‘Ali bin Abi Thalib dari pelbagai dimensi kehidupannya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net