Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Pendidikan Tauhid Untuk Sekolah Rendah (Madrasah Ibtida’iyyah Kelas 1 hingga 3)

Pendidikan Tauhid Untuk Sekolah Rendah (Madrasah Ibtida’iyyah Kelas 1 hingga 3)
Pendidikan Tauhid Untuk Sekolah Rendah (Madrasah Ibtida’iyyah Kelas 1 hingga 3)
Terbitan: At-Tuqa
Product Code: At-Tuqa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 1.1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Pendidikan Tauhid Untuk Sekolah Rendah (Madrasah Ibtida’iyyah Kelas 1 hingga 3) | Penulis: Disusun berdasarkan Kurikulum Standar Kerajaan ‘Arab Saudi | Muraja’ah oleh: Ust. Qomar Su’aidi & Ust. Abdul Mu’thi | Penerbit: At-Tuqa | Berat: 100gram | Muka Surat: 3 jilid nipis (purata 70m/s/jilid). (soft cover)


Sesungguhnya mentauhidkan Allah adalah perkara yang paling wajib. Ilmu tauhid adalah ilmu yang paling mulia dan paling utama. Tauhid adalah tapak asas yang dibangun di atasnya keabsahan dan diterimanya suatu amalan. Tanpa tauhid, amalan tidak akan diterima Allah Ta’ala.

Keperluan dan kebergantungan seorang hamba terhadap tauhid merupakan keperluan yang paling penting dan di atas segala-segalanya. Kerana tidak akan ada kehidupan pada hati, kebahagiaan, dan ketenangan hidup kecuali dengan mengenal Rabb-nya, Ilah-nya, dan Pencipta-nya serta mengenal nama-nama, sifat-sifat, dan perbuatan-perbuatannya. Oleh kerana begitu pentingnya perkara tauhid, maka kami tergerak untuk dapat turut serta dalam mendakwahkan tauhid melalui sarana yang kami mampu.

Alhamdulillah, hanya dengan pertolongan Allah, kami dapat menyelesaikan buku pertama dari pelajaran tauhid untuk kelas satu rendah. Suatu nikmat yang sangat disyukuri, di mana Allah telah memberikan pelbagai kemudahan sehingga penyusunan buku kurikulum ini dapat dihasilkan dan diterbitkan.

Buku ini disusun berdasarkan kurikulum penyelarasan ibtidaiyah (permulaan) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dan Pelajaran kerajaan ‘Arab Saudi. Satu hal yang mengagumkan kami dari kurikulum ‘Arab Saudi adalah silibus pelajaran yang disampaikan begitu sederhana, ringkas, dan bertahap sehingga memudahkan bagi anak-anak untuk memahaminya. Hal ini dikeranakan yang menyusun buku kurikulum tersebut adalah para pakar pendidikan yang in-sya-Allah telah berpengalaman di bidangnya dan telah teruji keilmuannya. Subhanallah wal-hamdulillah.

Merupakan perkara yang telah diketahui, bahawa kerajaan ‘Arab Saudi merupakan negara yang berhukum dengan syari’at islam dan sangat mengambil berat masalah tauhid. Di negara inilah banyak para ulama yang sangat prihatin dalam mendakwahkan tauhid dan memberantas kesyirikan.

Sungguh besar keterlibatan dan sumbangan para ulama dan negara ‘Arab Saudi dalam menyebarkan tauhid ke seluruh dunia. Hanya dengan pertolongan Allah dakwah tauhid  tersebar ke seluruh dunia, termasuk ke Nusantara ini. Sama ianya melalui dakwah mereka, atau murid-murid mereka, dicetaknya kitab-kitab karya ulama, buku-buku yang diterjemahkan, rakaman-rakaman audio, dll.

Termasuk jasa yang sangat besar juga, di mana di negera tersebut didirikan sekolah-sekolah, bermula dari tingkat sekolah rendah sampai ke universiti yang sangat menekankan terhadap pengajian tauhid. Sebagai contoh, pada tingkat sekolah rendah (ibtidaa’i) di negera ‘Arab Saudi, pelajaran tauhid telah menjadi kurikulum sejak kelas satu. Anak-anak telah ditanamkan dan diperkenalkan dengan perkara tauhid sejak awal.

Kalau kita memerhatikan dakwah dan kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, betapa beliau sangat prihatin terhadap penerapan dan pendidikan tauhid. Sampai-sampai beliau menerapkan tauhid di hati insan yang masih anak kecil. Kisah yang selalu dikenang adalah wasiat berisikan tauhid yang beliau sampaikan kepada anak pakciknya yang masih kecil, yang bernama ‘Abdullah bin Al-‘Abbas. Ini menunjukkan bahawa penerapan tauhid sejak usia kecil kepada anak-anak adalah perkara yang sangat penting sekali.

Merupakan suatu kebahagiaan tersendiri, di mana kami dengan pertolongan Allah dapat menyusun kurikulum dengan merujuk kepada kurikulum yang disediakan oleh kerajaan ‘Arab Saudi.

Edisi buku ini terdiri dari 6 jilid lengkap, tetapi kami bahagikan kepada dua. Iaitu set bahagian pertama mencakupi jilid 1 hingga 3, dan set kedua mencakupi bahagian 4 hingga 6. Adapun bagi yang sedang anda lihat di sini, ia adalah set pertama (jilid 1 hingga 3 untuk kelas 1 sampai 3).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net