Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Saku Akidah, (Kompilasi 4 Matan Aqidah Islam)

Buku Saku Akidah, (Kompilasi 4 Matan Aqidah Islam)
Terbitan: Daar Ibnu 'Abbas
Product Code: Daar Ibnu 'Abbas
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14.5 x 10.3 x 0.85

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM9.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Saku Akidah, (Kompilasi 4 Matan Aqidah Islam) | Judul Asal (‘Arab): Ats-Tsalatsatul Ushul, Al-Qawa’idul Arba’, Al-Ushulus Sittah, Nawaqidhul Islaam | Penulis: Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H) | Penerbit: Daar Ibnu ‘Abbas | Berat: 150gram | Muka Surat: 164 m/s. (soft cover)


Telah dimaklumi, bahawa bagi para pemula dalam mempelajarinya ilmu syar’i tidak seharusnya dia menyibukkan diri dan langsung bergelut dengan pelbagai khilaf (perbezaan) yang terjadi di kalangan para ulama, atau menceburkan dirinya ke dalam samudera ilmu yang luas tak berbatas. Namun, jalan yang awal sekali harus ditempuhnya adalah dengan menekuni, mempelajari, memahami, dan menghafal matan/teks (berkaitan kesimpulan-kesimpulan mudah) dari setiap bidang ilmu (khasnya ayat-ayat dari Kitab Allah).

Setelah itu, barulah mereka beranjak sedikit demi sedikit (secara bertahap) menuju perbahasan yang sedikit meluas dari penjelasan dan penjabaran matan-matan tersebut, dan demikianlah seterusnya.

Kalau dalam bidang hadis, kita ada kitab Al-Arba’in An-Nawawiyyah, atau Matan Al-Baiquniyyah. Dalam fiqh kita ada ‘Umdatul Ahkam, atau mungkin Bulughul Maram yang menghimpunkan hadis-hadis penting mengikuti bab-bab fiqh atau ahkam, atau juga Matan Abu Syuja’ yang menghimpunkan kesimpulan-kesimpulan pendapat feqah berdasarkan mazhab Asy-Syafi’i.

Maka demikian jugalah dalam pelajaran ‘aqidah. Kita punya matan-matan ringkas yang baik untuk dihafal oleh para penuntut ilmu di kalangan pemula. Agar mereka lebih mudah dan ringan untuk mula mendalami Islam, seterusnya akan lebih mudah untuk konsisten, lebih bertahap dan sistematik, tidak tergesa-gesa, lalu sekaligus mampu membentuk teras dan gambaran umum yang manpan dalam tunjang perjalanan keilmuannya.

Metode pendidikan bertahap seperti ini amat penting untuk diterap dan diamalkan sebelum kita mampu pergi lebih jauh meredah samudera ilmu yang luas tidak berbatas di hadapan sana, di samping kepelbagaian syubhat-syubhat yang sedia menghadang perjalanan.

Setelah asas yang baik telah terpasak, maka akan lebih mudahlah perjalanan ilmu seterusnya, sama ada untuk mengikuti syarahan (penjelasan) dan huraian matan/teks tersebut, mengikuti perbahasan muqarran (perbandingan), perbahasan dalil-dalilnya, dan seterusnya. Apabila teras telah kuat, maka insyaAllah proses-proses yang semakin rumit seterusnya akan terasa lebih ringan dan tidak membebankan, kefahaman pun lebih mudah ditanamkan.

Maka dari itu, dalam rangka meralisasikan firman Allah Ta’ala:

 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“... dan tolong menolonglah kalian dalam kebajikan dan taqwa, dan jangalah kalian tolong-menolong dalam rangka dosa dan pemusuhan.” (Surah Al-Maidah, 5: 2)

Dengan mengharap redha Allah Ta’ala, kami menghadirkan kepada saudaraku para pembaca hafidzakumullaah (semoga Allah menjaga kalian) di mana pun anda berada, satu terjemahan matan/teks berserta matan asalnya (berbahasa ‘Arab) dari 4 karya Imam Al-Mujadid Syaikhul Islam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah Ta’ala, iaitu:

1, Ats-Tsalatsatu Al-Ushul (tiga Landasan Utama).

2, Al-Qawa’idu Al-Arba’ (Empat Kaedah Dasar dalam Tauhid).

3, Al-Ushul As-Sittah (Enam Landasan Utama), dan

4, Nawaqidh Al-Islam (sepuluh Pembatal Keislaman).

Dengan teriring doa, semoga amalan yang kecil ini memberikan faedah dan manfaat yang besar bagi saudara-saudaraku kaum muslimin dalam mengawali langkahnya menuju sejuk dan indahnya rengkuhan ilmu syar’i dan semoga kita semuanya termasuk dalam sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, nescaya Allah akan menjadikannya faqih (faham) dalam agama.” (Shahih Al-Bukhari, no. 71. Muslim, no. 1037)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Sesiapa yang menempuh satu jalan dalam rangka menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju jannah (Syurga).” (Shahih Muslim, no. 2699)

Akhir kata, hanya kepada Allah kita berdoa dan berharap jannah-Nya, dan hanya kepada-Nya pula kita berlindung dari dahsyatnya seksa neraka. Amin Ya Rabbal ‘Alamiin.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net