Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

DVD Audio Daurah Memurnikan Ibadah Kepada Allah (Syarah Kitab Tauhid & Al-Mulakhkhash)

DVD Audio Daurah Memurnikan Ibadah Kepada Allah (Syarah Kitab Tauhid & Al-Mulakhkhash)
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah (Makassar)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19.2 x 13.6 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM46.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Rakaman Audio Dawrah Memurnikan Ibadah Kepada Allah (Syarah Kitab Tauhid & Al-Mulakhkhash) | Syarah/pembentang: Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah | Penerbit: Pustaka As-Sunnah (Makassar) | Berat: 180g | Kandungan: 1 DVD rakaman audio (MP3) Syarah Kitab Tauhid | Tarikh Dawrah: 9 - 18 November 2012.


Satu rakaman audio yang baik dan harus didengar oleh umat Islam yang sedang mencari kebenaran dalam bertauhid. Sebuah perbahasan dan seruan yang mengajak kepada kebenaran dalam bertauhid dan memurnikannya, iaitu kiat-kiat penting dalam membenteng dan mempertahankan diri dari syirik. Disampaikan, dirincikan, dan dibentangkan oleh Al-Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah.

Al-Mulakhkhas Syarah Kitab Tauhid

Daurah/seminar ini mengupas dan membahaskan sebuah buku penting berjudul Kitab At-Tauhid karya Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab bersama-sama catatan-catatan penting yang tertuang dalam kitab Al-Mulakhkhash karya Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan.

Iaitu sebuah perbahasan terhadap gejala-gejala syirik dan salah faham dalam beragama yang banyak berleluasa dalam masyarakat pada hari ini, sekaligus penjabaran (huraian) solusi dan jalan penyelesaiannya berdasarkan dalil-dalil Al-Qur’an, As-Sunnah, dan sikap ahlus sunnah wal-jama’ah terhadapnya.

Kandungan DVD ini adalah rakaman audio dalam bentuk audio mp3 terhadap daurah tersebut yang telah berlangsung dari 9 hingga 18 November 2012, iaitu selama 10 hari. Rakaman ini lebih baik jika dapat didengar dan ditekuni bersama-sama buku yang dibahaskan iaitu sama ada Kitab At-Tauhid tersebut, ataupun Kitab Al-Mulakhkhash Syarah Kitab Tauhid.

Topik yang dibahaskan dan dirincikan sangatlah banyak sebagaimana topik-topik yang terkandung dalam buku tersebut. Dan jika mungkin dapat disebutkan, antara yang dibahaskannya adalah sekitar topik:

1, Keutamaan Tauhid dan dosa-dosa yang dapat dihapuskan dengannya.

2, Mentahqiq Tauhid.

3, Bimbang terhadap syirik.

4, Dakwah kepada kalimat Tauhid, Laa ilaaha illallaah.

5, Tafsir kalimat Tauhid, Laa ilaaha illallaah.

6, Memakai gelang, benang, dan sejenisnya sebagai pendinding termasuk kesyirikan.

7, Perbahasan ruqyah (jampi) dan tamimah (tangkal).

8, Perbahasan perbuatan mengambil berkah dari pepohonan, batu, dan sejenisnya.

9, Menyembelih untuk selain Allah.

10, Bernadzar kepada selain Allah.

11, Istigho-tsah dan dan berdoa kepada selain Allah.

12, Perbahasan syafa’at.

13, Sikap ghuluw (berlebih-lebihan) terhadap ulama atau orang soleh.

14, Perbahasan perbuatan beribadah di kuburan dan penyembahan terhadap berhala.

15, Saranan dan usaha menjaga tauhid dalam masyarakat oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

16, Penjelasan bahawa akan ada dari kalangan umat Muhammad yang menyembah berhala.

17, Perbahasan sihir dan jenis-jenisnya.

18, Perbahasan tentang dukun, bomoh, tukang ramal, dan sejenisnya.

19, Perbahasan tentang Nusyrah, tathayyur, dan ilmu nujum.

20, Perbahasan tawakkal.

21, Perbahasan perbuatan mengadakan tandingan dan sekutu terhadap Allah.

22, Perbahasan sabar atas ketentuan Allah.

23, Perbahasan riya’.

24, Perbahasan perbuatan mentaati ulama dan meninggalkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

25, Pengingkaran terhadap nama-nama dan sifat-sifat Allah.

26, Perbahasan sumpah dengan selain nama Allah.

27, Penggunaan gelaran-gelaran yang dilarang.

28, Perbahasan mempersenda dzikir dan ayat-ayat Allah.

29, Meninggalkan orang-orang yang sesat dan menyimpang.

30, Perbahasan doa.

31, Perbahasan kata, “kalau” atau “seandainya..”

32, Pengingkaran terhadap taqdir.

33, Perbahasan membuat gambar dan patung.

34, Perbahasan banyak bersumpah.

35, Perbahasan menjadikan makhluk sebagai perantara dalam berdoa dan memohon kepada Allah.

36, Usaha Nabi dalam menjaga kemurniaan Tauhid.

37, dan beberapa lagi lainnya.

Biografi Pensyarah atau Pembentang Secara Ringkas

Beliau adalah Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi, lahir di Makassar pada 17 Sya’ban 1396 H (12 Ogos 1976M). Setelah mula menuntut ilmu agama di pulau Jawa pada 1994, pada 1995 beliau meneruskan pelajaran di pelbagai bidang ilmu syari’at kepada ulama hadis terkemuka, iaitu Syaikh Muqbil bin Haadi Al-Wadi’iy rahimahullaah di Ma’had Dar Al-Hadits (Yaman), sampailah ke pertengahan tahun 1999 lalu menghafal Al-Qur’an 30 juz di sana.

Kemudian pada tahun 2004, beliau talaqqi pula kepada sejumlah ulama besar ‘Arab Saudi, di antaranya Syaikh Soleh bin Fauzaan Al-Fauzaan, Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmiy, Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Aqiil, Syaikh ‘Abdullah Al-Ghudayyaan, Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbaad, Syaikh Rabii’ bin Haadi Al-Madkhali, Syaikh Zaid bin Muhammad Al-Madkhali, Syaikh ‘Ubaid bin ‘Abdillah Al-Jaabiriy, Syaikh ‘Abdul Karim Al-Khudhair, serta beberapa ulama lainnya, semoga Allah merahmati dan menjaga mereka.

Selain mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak dua kali dari hafalan dengan membaca riwayat Hafsh dari ‘Aashim melalui jalan Asy-Syaathibiyyah dan Thayyibah An-Nasyr dari dua ahli Qira’ah; di Saudi beliau juga lebih menekuni dan mendalami pelbagai cabang ilmu agama kepada ulama-ulama tersebut dan mengambil sanad-sanad periwayatan kitab-kitab Salaf. Beliau juga sempat menghadiri beberapa majlis Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz dan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahumaallaah pada musim haji tahun 1998.

Saat ini, kebanyakan aktiviti beliau adalah mengajar dan berdakwah di jalan Allah, di Ma’had As-Sunnah (Makassar), pelbagai daerah di Indonesia, dan beberapa tempat di luar negeri. Beliau juga turut aktif menulis dan menerjemahkan buku-buku dan artikel serta menjawab pertanyaan di beberapa media cetak dan beberapa website.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net