Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

5 Wasiat Berharga Bagi Yang Baru Mengenal Salafi

5 Wasiat Berharga Bagi Yang Baru Mengenal Salafi
Terbitan: Maktabah al-Huda
Product Code: Maktabah Al-Huda
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 15.5 x 0.2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: 5 Wasiat Berharga Bagi Yang Baru Mengenal Salafi | Judul Asal (‘Arab): Al-Washaayaa As-Saniyyah lit Ta’ibiina ilaa As-Salafiyyah | Penulis: Abu ‘Abdillah Ahmad bin Muhammad Asy-Syihhi | Muraja’ah oleh: Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali & Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani Al-Jaza’iri | Penerbit: Maktabah Al-Huda | Berat: 180gram | Muka Surat: 41m/s. (Soft Cover)


Buku ini adalah sebuah risalah ringkas, padat, dan tegas untuk para salafiyyun khasnya bagi kalangan pemula, iaitu buat mereka yang baru bangkit dan sedar dari jalan-jalan suram kebid’ahan lalu berusaha berdiri dan menongkah menuju ke jalan yang satu dan terang, iaitu jalan ahlus sunnah wal-jama’ah.

Jiwa para pemula ini penuh dengan semangat dan hati mereka jernih mahukan ilmu dan kebenaran. Namun, di sekeliling mereka tidak pernah luput dari syubhat yang ditebarkan oleh ahlul bathil dan tokoh-tokoh kesesatan tanpa mereka sedari. Iaitu dari orang-orang yang menjadikan agama mereka untuk bersenda-gurau, untuk berdebat, berbantah-bantah, mencari kedudukan, berparti-parti, dan untuk mencari dunia.

Dalam tak sedar, banyaklah dari kalangan pemula ini menjadi goyah, goncang, dan tertimpa keragu-raguan. Jadi, di sinilah letak pentingnya bimbingan dan nasihat dari para ulama buat mereka. Maka, buku ini adalah di antara nasihat dan wasiat berharga buat para pemula serta para penuntut ilmu yang ikhlas mencari kebenaran, yang sungguh-sungguh mahu kembali ke jalan yang murni dan lurus, yang dapat membawa mereka kepada Allah.

Semoga kita semua terus teguh dan istiqomah menuju Allah dengan berjalan di jalan yang benar lagi lurus. Iaitu jalan ilmu dan jalan yang jauh dari kegoyahan dan keragu-raguan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net