Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Adabuz-Zifaf, Panduan Pernikahan Islami

Adabuz-Zifaf, Panduan Pernikahan Islami
Terbitan: Ash-Shaf Media
Product Code: Ash-Shaf Media (12/5)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.7 x 14 x 1.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM23.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Adabuz-Zifaf, Panduan Pernikahan Islami | Judul Asal: Adaabuz Zifaaf fiis Sunnatil Muthahharah | Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Media Hidayah | Berat: 550g | Muka Surat: 279 m/s.


Buku ini adalah di antara karya hebat Syaikh Al-Albani rahimahullah. Seorang ahli hadis abad ini. Buku ini adalah buah karya hebat beliau dalam bab pernikahan dan walimah. Beliau menghimpunkan dan membicarakan sekitar adab-adab pernikahan menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Antara yang beliau bahaskan adalah sekitar persoalan adab-adab pernikahan, adab suami isteri saat pertama kali bersama, doa-doa pernikahan, solat malam pertama, adab bersama, adab mandi, hukum ‘azl, adab dan tuntutan walimah (kenduri kahwin), sunnah-sunnah walimah, adab-adab menggauli isteri, adab memenuhi undangan, ucapan pernikahan yang syar’i, nyanyian dan pukulan duff di majlis perkahwinan, serta beberapa bantahan terhadap kemungkaran dan bid’ah-bid’ah (tokok-tambah) yang pada hari ini semakin banyak berlaku dalam majlis-majlis perkahwinan atau pernikahan.

Methode perbahasan yang dibawa oleh penulis lebih menjurus kepada methode penyampaian ulama hadis berbanding buku-buku lainnya. Inilah di antara keistimewaan yang tidak dimiliki oleh buku-buku pernikahan yang lain.

Selain menyampaikan perbahasan berkaitan, setiap dalil-dalil hadis yang beliau utarakan beliau berikan takhrij dan penjelasan kesahihan atau kelemahannya pada nota kaki. Methode yang beliau gunakan ini amat-amat membantu para pembaca kritis serta bagi mereka yang mementingkan nilai kesahihan dalam penyampaian dalil. Sehingga akhirnya para pembaca tidak lagi merasa ragu dan was-was untuk mengamalkannya kerana setiap dalil dijelaskan status kesahihannya secara teliti dan memuaskan.

Dengan itu, semoga penjelasan yang dikemukakan oleh penulis (Syaikh Al-Albani) ini menjadi pembuka pintu dan laluan kepad apara pembaca mengenal sekaligus mengamalkan sunnah-sunnah pernikahan terutamanya bagi mereka yang telah memasang niat mendirikannya. Tidak lupa juga buat para ibu dan bapa para pasangan mempelai agar turut sama-sama mempelajari, memahaminya, sekaligus membantu mempermudahkannya agar pernikahan dan rumah-tangga yang dibina menjadi medan menyemai barakah dari Allah Taala. Bukan sebaliknya malah menyemai dosa dan kemurkaan Allah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net