Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Wanita Berpakaian Tetapi Telanjang

Wanita Berpakaian Tetapi Telanjang
Terbitan: Khazanah Islamiah
Product Code: Kiswah Media
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.7 x 14.2 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Wanita Berpakaian Tetapi Telanjang | Judul Asal (‘Arab): Dikumpulkan dari 3 risalah berbahasa ‘Arab | Penulis: Naurah binti Muhammad Sa’id | Penterjemah: Arif Munandar | Penerbit: Kiswah Media | Berat: 180g | Muka Surat: 121 m/s. (Soft Cover). [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Kalau kita perhatikan saat ini, ramai wanita mula tampil mengambil tempat di khalayak umum. Ada yang memenuhi keperluan, ada yang bekerja, bahkan ada yang semata-mata berpeleseran. Ada di kalangan mereka yang baik dengan tetap menjaga batas-batas pergaulan mereka dan batas-batas berpakaian mereka.

Namun sebahagian dari mereka, masih ramai yang tidak mengambil endah tentang adab-adab yang harus mereka kenakan tatkala keluar rumah. Ini seperti adab pergaulan, adab berpakaian, adab berbicara, dan seumpamanya. Bahkan sampai-sampai ada di antara mereka yang berpakaian namun seakan-akan tidak berpakaian; pakaiannya ketat seperti pembalut nangka, pakaiannya jarang menampakkan warna kulit, pakaiannya singkat terbuka sebahagian tubuh yang seharusnya ditutup dengan rapi.

Apakah lantaran kemiskinan dan kefaqiran mereka terpaksa berkelakukan demkian? Atau kerana kejahilan? Wallahu A’lam, tentunya tidak. Kerana pakaian yang dikenakan saja kalau dinilai harganya jauh lebih mahal dari kelengkapan pakaian seorang muslimah sejati.

Bahkan tidak dinafikan ada di antara mereka yang sengaja berbuat demikian kerana mahu dipandang anggun dan kelihatan cantik di mata sebahagian manusia.

Sebuah pertanyaan; Tidakkah mereka mahu dipandang anggun oleh Yang Maha Melihat, Yang Maha Memerhatikan?

Benarlah kata sebahagian orang, mereka ini bukan faqir pakaian, sebaliknya mereka faqir iman...

Ketahuilah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah memberikan peringatan yang menggerunkan tentang sesuatu yang akan berlaku namun belum pernah beliau lihat di masanya. Iaitu katanya:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ، رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ، وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Ada dua kelompok penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat. (Iaitu) kaum lelaki yang membawa penyebat seperti ekor lembu di mana mereka memukul manusia dengannya. Dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, selalu melakukan maksiat dan mengajarkan kemaksiatannya kepada orang lain, kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang senget, mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium aromanya. Padahal aroma Syurga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.” (Shahih Muslim, no. 2128)

InsyaAllah, buku kecil ini akan membahaskan perkara tersebut, membentangkan nasihat-nasihat, dan merincikannya buat mereka yang masih punya hati.

Semoga Allah memberi taufiq dan petunjuk-Nya buat kita semua.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net