Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Permata Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Putranya

Permata Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Putranya
Terbitan: Daar Ibnu 'Abbas
Product Code: Daar Ibnu 'Abbas
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 18 x 12 x 0.7

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM11.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Permata Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Putranya | Judul Asal (‘Arab): Syarh Washaayaa Luqman Al-Hakim libnihi | Penulis: Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali | Tahqiq: - | Penterjemah: Ummu ‘Abdillah | Penerbit: Daar Ibnu ‘Abbas | Berat: 150g | Muka Surat: 116 m/s. (Soft Cover). [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Ayat-ayat di Surah Luqman yang memuatkan nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya termasuk ayat-ayat yang padanya terkumpul penekanan terhadap aqidah, ibadah, akhlak, dan perintah amar ma’ruf nahi mungkar.

Ayat-ayat tersebut memiliki keutamaannya tersendiri yang harus kita renungi, teliti baik-baik, pelajari, fahami, dan amalkan. Padanya terdapat sejumlah faedah dan manfaat yang besar. Padanya juga terdapat gambaran hikmah yang seharusnya dimiliki oleh seorang ayah terhadap anaknya.

Allah menyebutkan kenikmatan yang besar yang telah Dia limpahkan buat Luqman Al-Hakim. Seorang individu yang diberi hikmah atau kebijaksanaan oleh Allah Ta’ala sehingga dijuluki gelaran Al-Hakim.

Dengan kebijaksanaan dan sifat hikmahnya ini, beliau mewasiatkan kepada anaknya dengan nasihat-nasihat yang sungguh bermanfaat dan sangat penting, menurut keutamaan nasihat, dengan hikmah terhadap sang anak, dan mengikuti turutan demi turutan. Lalu Allah rakamkan nasihat-nasihat tersebut di dalam Al-Qur’an di Surah Luqman.

Padanya memuatkan nasihat agar bertauhid, tidak mensyirikkan Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersyukur, melaksanakan solat, melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, sabar, jangan sombong, dan beberapa yang lain.

Faedah, manfaat, dan huraian dari ayat-ayat ini kemudian dikumpulkan dan dibentangkan oleh Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali ke dalam buku ini sehingga menjadi jelas dan mudah dicerna oleh setiap pembaca.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net