Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tarbiyatul Aulad fil Islam, Pendidikan Anak Dalam Islam

Tarbiyatul Aulad fil Islam, Pendidikan Anak Dalam Islam
Tarbiyatul Aulad fil Islam, Pendidikan Anak Dalam Islam
Terbitan: Insan Kamil
Product Code: Insan Kamil
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 17.7 x 4.6

ISBN: 9789791296755
Availability: In Stock
Price: RM84.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tarbiyatul Aulad fil Islam, Pendidikan Anak Dalam Islam | Judul Asal (‘Arab): Tarbiyatul Aulaad fil Islaam | Penulis: Dr. ‘Abdullah bin Nashih Al-‘Ulwan | Tahqiq: Ihsan Al-‘Utaibi | Tahqiq: Berdasarkan kitab-kitab Syaikh Al-Albani rahimahullah | Penterjemah: Arif Rahman Hakim dan Abdul Halim | Penerbit: Insan Kamil | Berat: 1.5kg | Muka Surat: 906 m/s. (Hard Cover).


Masalah pendidikan boleh dikatakan termasuk masalah yang paling rumit yang dihadapi oleh para ibu dan bapa, institusi pendidikan dan pengajaran, dan pakar-pakar psikologi.

Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan institusi pendidikan dan persekolahan yang diwujudkan untuk anak-anak pada hari ini dipenuhi dengan pelbagai kerosakan dan kecacatan di sana sini. Sistem pendidikan yang dibina oleh mereka bertunjangkan methodologi falsafah barat, mengajak kepada kebebasan berfikir, menyetarakan gender, percampuran lelaki dan perempuan, bersifat fokus kepada materialistik, para pendidiknya pula dari pelbagai latar belakang yang meragukan.

Dari itu, tidak hairan jika kebejatan gejala moral dan akhlak anak-anak semakin meruncing pada zaman ini. Ramai ibu bapa yang semakin bimbang dan risau terhadap persoalan ‘Aqidah, peribadatan, dan akhlak anak-anak. Maka dari itulah, para pakar melihat bahawa kaedah pendidikan anak-anak sebenarnya memainkan peranan yang begitu penting dalam persoalan ini. Pendidikan awal anak-anak oleh ibu bapa merupakan input awal bagi menghasilkan output terbaik pada kemudian hari. Dari sudut itulah, seharusnya kita memikirkan bagaimanakah sebenarnya kaedah atau methode yang terbaik dalam usaha mendidik anak-anak?

Di sini, buku ini tampil sebagai salah satu buku yang berusaha sedaya-upaya memberi garis panduan dalam persoalan mendidik anak-anak berpandukan bimbingan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Buku ini membentangkan susunan perbahasan berpandukan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Dan untuk mencapai hasil yang baik, sudah tentu bukan perkara yang mudah. Ia perlukan ilmu, bimbingan, kesabaran, dan kesungguhan.

Ketahuilah bahawa Ibu dan bapa adalah orang-orang yang paling bertanggung-jawab penuh terhadap pendidikan anak-anak mereka. Mereka perlu konsisten memegang konsep Islam dalam mendidik anak-anak mereka, insyaAllah mereka akan melahirkan anak-anak yang tumbuh dalam keislaman yang diberkahi.

Tetapi sebaliknya, jika dari kedua ibu dan bapanya tidak konsisten, dan tidak sabar serta tidak punya ilmu dalam memberi pendidikan dan penjagaan terhadap anak-anak mengikut didikan Islam yang benar, maka di sana nantilah punca kepada masalah akan berputik lalu berkembang. Kerana guru pertama lagi utama bagi setiap anak-anak adalah kedua ibu dan bapanya. Merekalah yang mencorakkan peribadi, karektor, dan jatidiri seorang anak. Bagaimana ‘aqidahnya, ibadahnya, bicaranya, akhlaknya, dan pendidikan-pendidikan lainnya.

Ini adalah sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ البَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ

“Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah (Islam), lalu ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani (Kristian), atau Majusi, sebagaimana seekor haiwan ternakan melahirkan anaknya yang sempurna sifat, adakah kamu rasa akan ada yang mejadikannya cacat dengan sendirinya?!” (Shahih Al-Bukhari, 1358. Muslim, no. 2658)

Di samping itu, ibu dan bapa jugalah yang menjadi contoh dan idola pertama bagi anak-anak. Mereka perlu menunjukkan akhlak, kasih-sayang, mu’amalah, dan contoh terbaik. Sekiranya mereka gagal memberi contoh dan teladan yang baik, maka anak-anaklah yang bakal menerima dan menyerap kesannya. Kerana, anak-anak yang berjiwa fitrah bersih lagi suci, tidak ada yang akan diikuti dan dijadikan contoh dalam membina pertumbuhan dan perkembangan karektornya melainkan orang-orang di sekitarnya.

Setelah itu, ibu dan bapa juga wajib mengetahui hak-hak dan kewajiban anak-anak, kemudian melaksanakannya bersesuaian dengan perintah Allah Ta‘ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan cara bertahap dan konsisten, dengan kesabaran, dengan ilmu yang benar, sehinggalah mereka membesar menjadi pemuda dan pemudi yang matang.

Ditambah lagi dengan suasana hari ini yang begitu mencabar dalam membina peribadi anak-anak disebabkan banyaknya pengaruh dan faktor persekitaran yang kurang kondusif dan jauh dari nilai-nilai Islam, maka ibu dan bapa perlu lebih tegas dan prihatin. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain, sebaliknya ibu dan bapalah yang perlu lebih dahulu berusaha memperbaiki diri dan menekuni ilmu-ilmu yang benar sebagai bekal pengajaran. Jangan bermudah-mudah menyerahkan anak-anak kepada orang lain seperti ke pusat-pusat asuhan, kepada para amah atau orang gaji, ke taska-taska atau seumpamanya.

Sebaliknya, pastikanlah anak-anak anda dididik oleh orang-orang yang berilmu dan berkarektor baik lagi melazimi sunnah-sunnah Rasulullah. Iaitu yang mampu memberi contoh tauladan yang baik. Dan tidak lain, ibu dan bapanyalah yang perlu berusaha ke arah itu.

Sebagaimana kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ

“Seseorang lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas keluarganya, manakala seseorang isteri menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan rumah suami dan anak-anaknya.” (Shahih Al-Bukhari, Bab: Wanita Adalah Pemimpin Di Rumah Suaminya, no. 5200)

Hadis ini adalah bimbingan sekaligus menjelaskan posisi dan kedudukan seorang suami dan isteri dalam mengatur rumah tangga mereka. Jadi, hendaklah posisi ini dijaga dengan baik agar sistem dan keberlangsungan sesebuah rumah tangga itu dapat berlaku dengan baik lagi tersusun. Dan hendaklah anda tidak memilih suami atau isteri, melainkan yang boleh memenuhi posisi ini. Yang memiliki ilmu, sikap kasih-sayang, serta hikmah dalam mengendalikan hal-hal rumah tangga anda.

Maka, insyaAllah buku ini bakal membimbing para ibu dan bapa sekalian.

Buku yang kami ketengahkan ini adalah salah satu di antara beberapa buku lain dalam bab ini yang turut kami ketengahkan di Galeri buku Atsar. InsyaAllah ia mampu membantu anda untuk tujuan tersebut dan bakal membuka lembaran corak berfikir yang mungkin selama ini jarang diambil berat atau belum diketahui oleh kebanyakan ibu dan bapa. Dan mungkin ada sebahagian perkara penting di dalamnya namun atas sebab tertentu, kita pula terlupakan atau terlalai darinya. Maka di sini, sama-sama kita merenung, membuat telahan, penelitian, lalu sekaligus berusaha memperbaikinya. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Di antara fokus utama perbahasan buku ini adalah seperti:

1, Pernikahan Sebagai fitrah Manusia.

2, Pernikahan Sebagai Kemaslahatan Sosial.

3, Kasih-sayang dan Pendidikan Psikologis atau Perasaan Terhadap Anak-anak.

4, Hukum-hakam berkaitan kelahiran; seperti saat menyambut kelahiran, pemberian nama, perbahasan aqiqah, khitan dan seumpamanya.

5, Sebab-sebab Kenakalan Anak-anak dan solusinya.

6, Tanggungjawan Pendidik dan ibu bapa.

7, Pendidikan dan Pembinaan Iman.

8, Penerapan karektor.

9, Penerapan sifat tanggungjawab.

10, Adab pergaulan.

11, Pendidikan seks.

12, Pendidikan di usia remaja.

13, Pentingnya Mendapatkan Suasana Pendidikan yang Baik.

14, Menerapkan fokus dan cita-cita.

Serta banyak lagi cakupan kandungan-kandungan lainnya.

Pada buku ini pada sebahagian tempat turut memuatkan hadis-hadis dha’if (lemah) sebagai penguat dan pendukung, namun alhamdulillah pada hadis-hadis tersebut telah pun diberi catatan dan nota kaki oleh pentahqiq, iaitu Syaikh Ihsan Al-‘Utaibi berdasarkan takhrij atau kitab-kitab Syaikh Al-Albani rahimahullah agar para pembaca tidak terkeliru.

Ini dilakukan kerana memandangkan buku ini termasuk buku yang baik, mendapat perhatian ramai, dan bermanfaat, maka sebahagian kelemahan dan kekuarangan yang wujud padanya harus-lah diperbaiki dan ditangani dengan cermat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net