Judul: Bunga Rampai Aqidah Para Imam Salaf | Judul Asal (‘Arab): ‘Aqaid A’immatus Salaf | Penulis: Fawwaz Ahmad Zamarli | Penerbit: Pustaka As-Sunnah (Makassar) | Berat: 160gram | Muka Surat: 79 m/s.
Ini adalah rangkaian intisari aqidah yang diiqrarkan oleh 3 imam salaf (ahlus sunnah wal-jama’ah generasi awal) terkemuka iaitu Imam Sufyan Ats-Tsauri (Wafat: 161H), Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani (Wafat: 386H), dan Al-Hafiz Abu Bakar ‘Abdullah bin Az-Zubair Al-Humaidi (Wafat: 219H) rahimahumullaah.
Kalau kita pernah mendengar rangkaian intisari aqidah Imam Ahmad (Wafat: 241H) melalui kitab/risalah Ushulus Sunnahnya, Imam Al-Barbahari (Wafat: 329H) dengan Syarhus Sunnahnya, Imam Abu ‘Utsman Ash-Shabuni (Wafat: 440H) dengan ‘Aqidatus Salaf wa Ash-habul Hadits-nya, Imam Ismail bin Yahya Al-Muzani (Wafat: 264H) murid imam Asy-Syafi’i dengan Syahus Sunnahnya, Imam Abu Ja’far Ath-Thahawi (Wafat: 321H) dengan ‘Aqidah Ath-Thahawiyahnya, Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari (Wafat: 324H) dengan Al-Ibanahnya, maka inilah 3 lagi rangkaian aqidah Imam Salaf dapat kita temui dan terjemahkan:
1, I’tiqad Imam Sufyan Ats-Tsauri.
2, Muqaddimah Risalah Ibn Abi Zaid Al-Qairawani. Dan
3, Ushulus Sunnah li Al-Haafidz Abi Bakr ‘Abdullah bin Az-Zubair Al-Humaidi.
Semoga bermanfaat dan dijadikan sebagai ikutan, pegangan, serta rujukan dalam hal manhaj dan beraqidah.