Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mendulang Faidah Dari Kisah Perjanjian Hudaibiyyah

Mendulang Faidah Dari Kisah Perjanjian Hudaibiyyah
Terbitan: Maktabah Mu'awiyah
Product Code: Maktabah Mu'awiyah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.5 x 1.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM39.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mendulang Faidah Dari Kisah Perjanjian Hudaibiyyah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abdul Hakim bin Amir Abdat | Penerbit: Maktabah Mu’awiyah bin Abi Sufyan | Berat: 0.55kg | Muka Surat: 263m/s (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Pada hakikatnya, pada perjalanan kali ini, kaum muslimin tengah menjalankan satu siasat politik sangat jitu sekali, hal itu disebabkan bahawa kaum muslimin akan memberikan kepada kaum musyrik Quraisy Makkah dua pilihan; yang kedua-duanya sama-sama akan menekan dan menjatuhkan citra mereka (kafir Quraisy) di mata bangsa ‘Arab.

Dua pilihan tersebut adalah:

Pertama, membolehkan atau mengizinkan kaum muslimin untuk memasuki kota Makkah untuk berthawaf melaksanakan umrah di Masjidil Haram.

Kedua, mencegah atau melarang kaum muslimin untuk memasuki kota Makkah unutk berthawaf di Masjidil Haram.

Seandainya kaum musryik Quraisy memilih pilihan yang pertama; untuk membolehkan kaum muslimin memasuki Masjidil Haram, maka bangsa ‘Arab akan mengatakan bahawa kaum muslimin telah berjaya memaksa kaum musryikin untuk mengalah.

Namun, apablia mereka memilih untuk mencegah kaum muslimin dari memasuki Masjidil Haram, maka bangsa ‘Arab akan mengatakan bahawa kaum musyrik telah melarang orang-orang yang telah berniat suci untuk menziarahi dan mengagungkan Ka’bah yang telah menjadi tempat suci bagi bangsa ‘Arab tersebut.

Nescaya akan hilanglah isu yang beredar dan ditujukan kepada kaum muslimin selama ini, bahawa kononnya kaum muslimin telah mempersendakan kehormatan tempat suci Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Pada saat keberangkatan beliau ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah jelas-jelas mengumumkan kepada seluruh manusia bahawa kedatangan beliau bersama para Sahabatnya ke kota Makkah adalah hanya untuk mengunjungi Baitullah (Ka’bah) dan sama sekali tidak untuk berperang.

Ini merupakan suatu kesempatan bagi kaum muslimin untuk mengambil simpati bangsa ‘Arab, oleh sebab itulah, maka setelah Perjanjian Hudaibiyah, banyak dari bangsa ‘Arab yang masuk ke dalam Islam dengan berbondong-bondong.

Inilah yang disebut dengan Politik Islam (Siyasah Syar’iyyah). Sebuah kebijaksanaan dalam berpolitik di atas landasan tauhid lagi berprinsip.

Semaklah dengan baik perjalanan politik jitu lainnya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menghadapi makar-makar licik musuh-musuh Allah dalam buku yang ada di tangan pembaca ini ... Selamat menela’ah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net