Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hizbi Ngaku Salafi

Hizbi Ngaku Salafi
Terbitan: Too Bagus
Product Code: Too Bagus (11(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.9 x 17.6 x 1.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM45.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hizbi Ngaku Salafi | Penulis: Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidzahullaah | Penerbit: Too Bagus | Berat: 400g | Muka Surat: 219m/s (Soft Cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Buku ini adalah sebuah tulisan berupa bantahan ke atas manhaj dan pemikiran Abul Hasan Al-Mishri Al-Ma’ribi. Seorang yang asalnya termasuk ahlus sunnah, seorang salafi. Namun kemudian menyimpang, cenderung, dan tampil membela tokoh-tokoh bid’ah dari kalangan Ikhwanul Muslimin dan selainnya.

Abul Hasan tampil merosakkan prinsip-prinsip penting ahlus sunnah dalam bersikap dan mengkritik ahli bid’ah dalam rangka membela tokoh-tokoh yang dicenderunginya. Sampai-sampai para ulama yang dulu ia dukung dan bersama-sama mengemban dakwah ahlus sunnah pun kini beliau cela dan belakangkan atas dasar sikap tergesa-gesa dan taksubnya dalam membela tokoh-tokoh yang beliau cenderungi.

Beliau bela Sayyid Quthub yang pemikiran bid’ahnya dikritik para ulama seumpama Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Bazz dan Syaikh Al-‘Utsaimin rahimahumallaah. Kononnya tidak boleh mengkritik dan mencela Sayyid Quthub sedangkan yang dijelaskan para ulama adalah penyimpangannya agar umat Islam bersikap waspada. Bahkan lebih melampau, beliau (Abul Hasan) menuduh kononnya para ulama sunnah telah mengkafirkan Sayyid Quthub, sedangkan itu dusta belaka dan asbab buruknya kefahaman beliau. Dan hakikatnya, pemikiran Sayyiq Quthub memang telah jelas terbukti sesat dan menyimpang. Sayyid Quthub-lah yang mencela sahabat Nabi, Sayyid Quthub jelas membawa fahaman wihdatul wujud dalam tulisan-tulisannya, dan bahkan Sayyid Quthub-lah yang sebenarnya mengkafirkan umat Islam dalam sebahagian kitabnya termasuk di dalam karya terkenalnya Fii Dzilalil Qur’an. Tidak hairan, tetapi sedikit aneh kemudian dalam karyanya yang lain, Sayyid Quthub boleh menyamaratakan kedudukan umat Islam dengan kaum kafir dan menyeru kepada persaudaraan antara kaum kafir dengan muslim.

Bahkan Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi hafidzahullaah sendiri telah tampil menjelaskan banyaknya penyimpangan-penyimpangan Sayyid Quthub dalam banyak tulisan, risalah, dan buku-buku khusus yang kemudiannya mendapat dukungan dan pujian dari ramai ulama sunnah semisal Syaikh Al-Albani, Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan, Ubaid Al-Jabiri, Syaikh Muqbil bin Hadi (guru Abul Hasan Al-Ma’ribi sendiri), dan selainnya. Sehingga mereka yang teguh di atas sunnah pun merasa lega dan berterima kasih atas pencerahan Syaikh dari tipu daya kelompok bid’ah Ikhwanul Muslimin yang licik ini. Namun sebaliknya, para pengikut hawa nafsu pun kepanasan sampai-sampai dari kalangan mereka (pengikut hawa nafsu) yang memakai jubah salafi pun tersingkap kedok dan tembelang kenestaannya.

Kemudian dalam buku bantahan Syaikh Rabi’ ke atas sikap dan manhaj pemikiran Abul Hasan ini, Syaikh Dr. Rabi’ sekali lagi menegaskan jenis-jenis penyimpangan tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin seumpama Hasan Al-Banna, Sayyid Quthub, ‘Umar At-Tilmisani, Hasan At-Turabi, Muhammad Al-Ghazali, Dr. ‘Izzuddin, dan selainnya.

Di dalamnya turut dikemukakan sama hubungan dan seruan taqrib di antara Ikhwanul Muslimin dengan Syi’ah Rofidhoh dan tokoh-tokoh sesat lainnya. Turut dibongkarkan di dalamnya akan hubungan setia Ikhwanul Muslimin dengan orang-orang Syi’ah, Sufi tarekat, serta Nashrani (Kristian) dalam membuat onar terhadap dunia Islam.

Walau bagaimanapun, buku ini memang sukar difahami oleh kebanyakan golongan awam. Bahkan mereka dari kalangan penuntut ilmu di kalangan salafi sendiri pun sukar memahaminya kerana tidak tahu dari mana pangkal mula dan letak duduk permasalahannya secara tepat. Kerana apa yang sedang dibahaskan di dalamnya tidak kurang rumit dan ilmiyah menyangkut isu kontemporari yang dianggap biasa oleh kebanyakan orang, namun tidak bagi ahlus sunnah yang teguh di atas manhaj.

Tulisan ini menuntut kita agar memiliki asas yang baik dan kukuh sebelum boleh naik memahami perbahasan ini, diikuti kefahaman terhadap letak duduknya kesalahan manhaj Abul Hasan Al-Ma’ribi ini. Maka di sinilah letak pentingnya mempelajarai dan menguasai asas-asas utama dalam bab ‘aqidah dan manhaj ahlus sunnah yang kian banyak diabaikan dan dianggap enteng, sekaligus tidak mustahil ramai penuntut ilmu gagal memahami isu ini dengan baik dan akhirnya menjadikan mereka turut terjerumus ke lembah syubhat dan penyimpangan. Na’uudzubillaah.

Namun, bagi mereka yang mampu mengambil manfaat darinya, sungguh padanya terdapat sejumlah manfaat yang banyak. Sehingga diharapkan mampu menjadi benteng ilmu yang membimbing dari terjerumus dan terperangkap ke dalam jerangkap fanatik dan ketaksuban semata-mata atas dasar sentimen kelompok dan tokoh pujaan atau disebut sebagai hizbi!

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net