Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kaidah-kaidah Penting Mengamalkan Sunnah

Kaidah-kaidah Penting Mengamalkan Sunnah
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14.5 x 0.6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM12.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kaidah-kaidah Penting Mengamalkan Sunnah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Mizan Qudsiyah | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 0.2kg | Muka Surat: 110 m/s. (soft cover). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Tidak dapat disangkal lagi bahawa termasuk perkara yang paling penting yang wajib diperhatikan oleh setiap muslim adalah agar sentiasa berusaha mengikuti jejak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mengamalkan sunnah-sunnah beliau bila dan di mana pun ia berada.

Hal ini dilakukan semata-mata agar ia mendapatkan hidayah yang akan menghantarkannya pada kebahagian hakiki, iaitu Syurga.

Perintah agar setiap muslim mengikuti sunnah Rasulullah disebutkan dalam banyak ayat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

“... ikutilah dia, supaya kalian beroleh petunjuk.” (Surah Al-A’raaf, 7: 158)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

“Katakanlah: “Taat kepada Allah dan taatlah kepada rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul (Muhammad) itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu semua adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (Surah An-Nuur, 24: 54)

Di ayat yang lain lagi, Allah Ta’ala mengingatkan:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingat Allah.” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 21)

Ayat-ayat ini adalah ayat-ayat yang agung dalam menjelaskan perintah agar mengikuti dan meneladani Rasulullah dalam setiap ucapan, perbuatan, dan sikap beliau.

Kemuliaan seorang mukmin ditinjau dari ittiba’-nya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu sejauh mana usaha dan perbuatannya dalam mengikuti dan mencontohi Rasulullah. Semakin ia gigih mengikuti sunnah, maka semakin mulia-lah kedudukannya.

Oleh kerana itu, para ulama salaf menjadikan keteguhan dalam berpegang kepada sunnah sebagai parameter untuk menilai adakah seorang ulama dapat dijadikan rujukan atau tidak, sebagaimana dikatakan oleh seorang ulama tabi’in, Ibrahim An-Nakha’i rahimahullah (Wafat: 96H):

كَانُوا إِذَا أَتَوْا الرَّجُلَ يَأْخُذُونَ عَنْهُ الْعِلْمَ، نَظَرُوا إِلَى صَلَاتِهِ، وَإِلَى سَمْتِهِ، وَإِلَى هَيْئَتِهِ، ثُمَّ يَأْخُذُونَ عَنْهُ

“Dahulu ketika kami mendatangi seseorang untuk mengambil ilmu darinya, kami perhatikan dulu solatnya, kemudian karektor atau tingkah-lakunya, dan gaya hidupnya, kemudian barulah kami mengambil darinya.” (Sunan Ad-Darimi, no. 435)

Demikian juga yang diungkapkan oleh Abul ‘Aaliyah rahimahullah:

كُنَّا نَأْتِي الرَّجُلَ، لِنَأْخُذَ عَنْهُ، فَنَنْظُرُ إِذَا صَلَّى، فَإِنْ أَحْسَنَهَا، جَلَسْنَا إِلَيْهِ، وَقُلْنَا: هُوَ لِغَيْرِهَا أَحْسَنُ. وَإِنْ أَسَاءَهَا، قُمْنَا عَنْهُ، وَقُلْنَا: هُوَ لِغَيْرِهَا أسْوأُ

“Dahulu kami ketika memilih seseorang guru untuk mengambil ilmu darinya, kami perhatikan solatnya terlebih dahulu. Apabila solatnya baik (bersesuaian sunnah), barulah kami duduk menimba ilmu darinya. Kami meyakini apabila seseorang solatnya baik, tentu yang lainnya akan lebih baik. Akan tetapi apabila solatnya buruk (jauh dari tuntunan sunnah), kami pun segera bangkit (untuk meninggalkannya). Kerana kami yakin (apabila solat seseorang buruk), tentu urusannya yang lain lebih buruk lagi.” (Sunan Ad-Darimi, no. 437)

Melihat keprihatinan para salaf ini, maka hendaklah kita juga bersungguh-sungguh mengikuti sunnah dalam rangka mencontohi teladan yang mereka tunjukkan. Bahkan dari kalangan mereka juga pernah berkata; iaitu Muhammad B. Sirin rahimahullah (Wafat: 110H):

سَمُّوا لَنَا رِجَالَكُمْ، فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّنَّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ، وَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ الْبِدَعِ فَلَا يُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ

“Mereka (ahlus sunnah) sebelum itu tidak bertanya tentang sanad, tetapi ketika terjadi fitnah, mereka pun berkata, “Sebutkanlah kepada kami nama para perawimu.” Apabila dilihat yang menyampaikannya adalah ahlus sunnah maka hadisnya diterima, tetapi bila yang menyampaikannya adalah ahli bid’ah maka hadisnya ditolak.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)

Demikianlah contoh keteguhan mereka dalam mengikuti sunnah, sampai-sampai hendak mengambil sunnah itu sendiri pun diperhatikan mestilah dari orang yang teguh di atas sunnah dan mengamalkan sunnah, iaitu dari kalangan ahlus sunnah juga.

Demikianlah antara yang dibahaskan dan difokuskan melalui buku ini. Tatkala orang berlumba-lumba menyeru agar kembali kepada As-Sunnah, maka perlu kita perhatikan dan fahami baik-baik, apakah dia Sunnah itu, apa maksudnya, apakah definisinya?

InsyaAllah buku ini akan membimbing kita dalam mengenali maksud sunnah, siapakah yang dikatakan sebagai ahlus sunnah, siapakah al-jama’ah, apa ciri-ciri dan karektor ahlus sunnah, bilakah seseorang boleh dikatakan sebagai ahlus sunnah, siapakah jama’atul muslimin, dan juga istilah-istilah untuk menyebutkan orang-orang yang berpegang kepada as-sunnah. Kemudian penulis jabarkan pula lawan kepada sunnah dan kelompok yang menyelisihi sunnah; iaitu kelompok ahli bid’ah, pengertiannya, ciri-cirinya, jenis-jenisnya, sebab-sebab munculnya mereka, bilakah mereka boleh dikatakan sebagai ahli bid’ah, dan bagaimana kita bersikap terhadap ahli bid’ah.

Kemudian yang terakhir, penulis jelaskan pula bentuk-bentuk dan pembahagian sunnah; iaitu seperti sunnah sharihah dan sunnah dhimniyah, sunnah fi’liyah dan sunnah tarkiyah, dan seterusnya. Kemudian dijelaskan pula keutamaan mengikuti sunnah, dan kaedah-kaedah atau prinsip dalam mengamalkan, mendakwahkan, dan berpegang-teguh di atas sunnah.

Semoga bermanfaat. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net