Judul: Tafsir As-Sa’di | Judul Asal: Taisir Al-Karimir Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah (Wafat: 1376H) | Tahqiq: Asy-Syaikh Sa’ad bin Fawwaz Ash-Shumali | Penerbit: Darul Haq | Berat: 8.4kg | Muka Surat: 7 Jilid lengkap (Hard cover) | ISBN: 9789791254038 |
Tafsir As-Sa’di (atau disebut juga As-Si’di) adalah salah satu di antara sekian banyak kitab-kitab tafsir yang hebat yang merupakan salah satu dari sumber kekayaan ilmiyah dunia Islam. Ia memiliki keunggulan tersendiri apabila muncul sebagai sebuah kitab tafsir yang paling ringkas dan padat bermethodologikan tafsir Salaf Ahli Sunnah wal-Jama’ah. Ia diadun dengan bahasa yang ringkas dan mudah serta fokus terhadap maksud, faedah dan tujuan ayat.
Diberi pula pengiktirafan oleh sekian ramai ulama seperti Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin sebagaimana tertera pada kata pengantar di mukaddimah kitab ini. Juga oleh Syaikh Al-Albani, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Syaikh ‘Abdurrahman Afifi, Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Aqil, dan selainnya.
Tafsir ini disusun oleh Asy-Syaikh ‘Abdur Rahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah yang merupakan salah seorang tokoh ulama tafsir kontemporari terkemuka yang pernah menjadi guru kepada sekian ramai ulama yang muncul zaman ini. Alhamdulillah karya tafsir yang amat berharga ini telah pun lengkap diterjemahkan agar manfaatnya dapat diterima semua pihak, sama ada bagi kalangan awam, penuntut ilmu, mahupun golongan ilmuan di luar sana.
Kata Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah:
“Sesungguhnya tafsir yang disusun oleh Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di yang berjudul Tafsir al-Karimir Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan ini, adalah di antara tafsir-tafsir yang terbaik disebabkan keistimewaannya yang banyak. Untuk itu, saya nasihatkan dan sarankan kepada sesiapa yang hendak memiliki kitab tafsir agar tidak ketinggalan untuk mendapatkannya seraya meletakkannya di perpustakaannya sebagai set tafsir yang berharga.”
Menurut Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Aqil:
“Tafsir yang satu ini termasuk di dalam barisan tafsir yang sangat mendatangkan manfaat dan yang paling mudah difahami kerana gaya bahasanya yang mudah, penyusunan yang sederhana, dan makna yang jelas. Ia terlepas dari kecelaruan, kisah-kisah isra’iliyyat, dan permasalahan-permasalahan i’rab, serta persoalan ikhtilaf.”
Susunan kandungannya:
Jilid Pertama: Tafsir Surah Al-Fatihah hingga Surah Ali ‘Imran,
Jilid Kedua: Tafsir Surah An-Nisaa’ hingga Surah Al-An’am,
Jilid Ketiga: Tafsir Surah Al-A’raaf hingga Surah Yusuf.
Jilid Ke-Empat: Surah Ar-Ra’d hingga surah Al-Hajj.
Jilid Ke-Lima: Surah Al-Mu’minun hingga Surah Saba'.
Jilid Ke-Enam: Surah Fathir hingga Surah Qaaf.
Jilid Ke-Tujuh: Surah Adz-Dzariyyat hingga Surah An-Naas.
Baarakallaahufiikum.