Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bengkoknya Shaf Shalat Membawa Bencana

Bengkoknya Shaf Shalat Membawa Bencana
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19 x 12.1 x 0.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM12.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bengkoknya Shaf Shalat Membawa Bencana | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis (penyusun): Syaikh Husain bin ‘Audah Al-‘Awayisyah | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 180g | Muka Surat: 150 m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Sahabat Nabi, Abu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ مَنَاكِبَنَا فِي الصَّلَاةِ، وَيَقُولُ: اسْتَوُوا، وَلَا تَخْتَلِفُوا، فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ، لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

“Dahulu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa memegang bahu-bahu kami sebelum solat. Beliau bersabda, “Luruskanlah saf, jangan berselisih. Jika tidak, maka hati-hati kamu juga akan saling berselisih...” (Shahih Muslim, no. 432)

Lihatlah apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam hadis ini. Beliau mengatakan:

 “Luruskanlah saf, jangan berselisih. Jika tidak, maka hati-hati kamu juga akan saling berselisih...”

Dalam hadis yang lain dari Nu’man B. Basyir radhiyallahu ‘anhu, kata beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

عِبَادَ اللهِ لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ، أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ

“Wahai hamba-hamba Allah, rapikanlah saf-saf kamu, atau Allah akan menjadikan perselisihan di antara wajah-wajah kamu.” (Shahih Muslim, Bab: Meluruskan saf-saf dan merapikannya, no. 436)

Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menyebutkan tentang hadis ini dengan katanya:

معناه يوقع بينكم العداوة والبغضاء واختلاف القلوب

“Maksudnya, Allah akan menimpakan permusuhan dan kebencian di antara kamu serta menjadikan hati-hati kamu saling berselisih.” (Fathul Bari, 2/207)

Dan lihatlah keadaan kaum muslimin saat ini. Tatkala saf-saf solat jama’ah mereka tidak rapat, tidak lurus, bengkak-bengkok, dan saling menjarak; Allah pun menjadikan sebagaimana apa yang berlaku hari ini. Fenomena perselisihan dan perpecahan di kalangan kaum muslimin bukanlah suatu yang asing. Mungkin di antara punca dan faktornya adalah berasal dari saf-saf solat jama’ah yang kian mereka pandang enteng.

Hal tersebut boleh dilihat di hampir kebanyakan atau majoriti masjid-masjid yang ada di tanah air kita, ketika solat jama’ah dikerjakan di dalamnya, maka terlihatlah saf-saf solat yang lompang, tidak lurus, dan tidak merapat.

Ini tidak syak lagi adalah termasuk musibah dan bencana. Kaum muslimin benar-benar telah jauh dari sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang satu ini dan sangat penting. Yang akhirnya sampai mengakibatkan ibadah solat mereka pun kurang sempurna kerana jauhnya dari tuntunan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Sungguh jauh berbeza sekali dengan apa yang berlangsung ketika zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan era sahabat ridhwanullahu ‘alaihim ajma’ain. Imam at-Timidzi rahimahullah (Wafat: 279H) berkata:

وَرُوِيَ عَنْ عُمَرَ: أَنَّهُ كَانَ يُوَكِّلُ رِجَالًا بِإِقَامَةِ الصُّفُوفِ، وَلَا يُكَبِّرُ حَتَّى يُخْبَرَ أَنَّ الصُّفُوفَ قَدِ اسْتَوَتْ. وَرُوِيَ عَنْ عَلِيٍّ، وَعُثْمَانَ، أَنَّهُمَا كَانَا يَتَعَاهَدَانِ ذَلِكَ، وَيَقُولَانِ: «اسْتَوُوا»، وَكَانَ عَلِيٌّ يَقُولُ: تَقَدَّمْ يَا فُلَانُ، تَأَخَّرْ يَا فُلَانُ

“Diriwayatkan daripada ‘Umar bahawa beliau mewakilkan beberapa orang lelaki untuk merapikan saf-saf solat, dan beliau tidak akan memulakan takbir sehinggalah telah benar-benar diberitahu bahawa saf-saf solat telah lurus rapi. Diriwayatkan juga daripada ‘Ali dan ‘Utsman, bahawa mereka berdua sentiasa menekankan perkara tersebut. Mereka berdua mengatakan:

Istawuu (rapikanlah saf).” ‘Ali pula sering berkata:

“Ke depan sedikit ya Fulan, mundur sedikit ya Fulan. (dalam rangka memerintahkan supaya saf dirapikan)” (Sunan at-Tirmidzi, no. 227)

Nu’man B. Basyir radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَقْبَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى النَّاسِ بِوَجْهِهِ، فَقَالَ: «أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ» ثَلَاثًا، «وَاللَّهِ لَتُقِيمُنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ» قَالَ: فَرَأَيْتُ الرَّجُلَ يَلْزَقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَرُكْبَتَهُ بِرُكْبَةِ صَاحِبِهِ وَكَعْبَهُ بِكَعْبِهِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa menghadap kepada para jama’ah dengan wajahnya, lalu beliau pun bersabda, “Rapikanlah saf-saf kamu semua! (beliau ucapkan sebanyak tiga kali). Demi Allah, hendaklah kamu semua benar-benar merapikan saf-saf kamu, atau Allah benar-benar akan menjadikan hati-hati kamu saling berselisih.”

Kata Nu’man lagi, “Maka aku pun melihat orang-orang menempelkan (merapatkan) bahunya dengan bahu sahabat yang di sebelahnya, demikian juga lututnya dengan lutut di sebelahnya, dan mata kakinya dengan mata kaki sahabat yang di sebelahnya.” (Sunan Abu Daud, no. 662. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

اعتبر الاتصال بتواصل المناكب

“Dianggap sebagai bersambungnya suatu saf itu adalah dengan bersambungnya (bersentuhan) bahu dengan bahu.” (al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 4/306)

Maka, buku yang ada di hadapan kita ini adalah sebuah buku kecil yang tidak boleh dipandang enteng dan remeh. Penulis mengupas tentang peri-pentingnya menjaga dan merapatkan saf-saf solat di setiap kali solat berjama’ah.

Melalui buku ini, penulis (Syaikh Husain Al-Awayisyah) menyeru agar kaum muslimin kembali mengambil tahu tentang sunnah-sunnah merapatkan saf ketika solat, kemudian penulis jelaskan tatacara merapatkan saf yang betul, anjuran merapatkan saf, ancaman dan bahaya jika tidak merapatkan saf dengan betul, penulis gambarkan keadaan saf-saf solat di zaman Rasulullah, merapatkan saf termasuk kewajiban yang menyempurnakan solat, peranan syaitan terhadap mereka yang tidak merapatkan saf, peranan imam dalam memastikan saf solat telah rapat sebelum solat dimulakan, dan beberapa nasihat-nasihat penting lainnya sekitar sunnah-sunnah merapatkan solat ketika solat.

Semoga bermanfaat. Sebarkan dan sampaikanlah sunnah yang mulia dan penting ini kepada seluruh kaum muslimin yang berjama’ah di masjid-masjid dan surau-surah di mana pun mereka berada. Semoga mereka beroleh keberkatan dan hati-hati pun kembali bertaut. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net