Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Penyembuhan Dengan Al-Qur'an

Penyembuhan Dengan Al-Qur'an
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21.1 x 13.7 x 7.5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Penyembuhan Dengan Al-Qur’an | Judul Asal (Arab): Al-Istisyfaa’ bil Qur’aanil Kariim | Penulis: Syaikh Dr. Ali bin Ghazy At-Tuwaijiry | Penerbit: Pustaka As-Sunnah (Makassar) | Berat: 300g | Muka Surat: 164m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Di antara rahmat Allah kepada para hamba-Nya yang beriman adalah dengan menurunkan kitab-Nya yang agung kepada mereka, yang Allah turunkan ke dalam hati penutup para Nabi dan yang paling utama di antara mereka seluruhnya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Allah menjadikan kitab tersebut berada di tengah-tengah mereka dari kalangan orang-orang beriman. Mereka membaca dan kembali kepada (kitab) tersebut pada bila-bila sahaja mereka memerlukannya, dalam seluruh urusan mereka, bersamaan dengan adanya jaminan dari Allah Jalla wa ‘Ala dalam bentuk penjagaan dan tidak akan sampainya tangan-tangan yang ingin mengubah dan mengganti kitab tersebut berdasarkan firman-Nya:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

“Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’aan) dan sesungguhnya Kami-lah yang menjaganya.” (Surah Al-Hijr, 15: 9)

Allah menjadikan Al-Qur’aan sebagai petunjuk dan cahaya, sebagai penawar, serta sebagai hukum yang adil, yang kebathilan tidak akan mampu mendatanginya, sama ada dari arah depan mahupun belakang.

Sesungguhnya di antara perkara-perkara yang sepatutnya diperhatikan oleh seorang muslim adalah perubatan dengan Al-Qur’an yang agung ini dari seluruh penyakit hissiyah (yang dapat dirasa oleh tubuh) dan penyakit-penyakit maknawi, iaitu penyakit-penyakit hati dan penyakit badan (fizikal). Dan hal ini merupakan sebahagian dari kesempurnaan keimanan dan pengamalan terhadap Al-Qur’aan.

Betapa kita sangat memerlukan hal tersebut, terlebih lagi pada zaman sekarang ini yang banyak mengandungi keburukan dan orang-orang yang melakukan keburukan, serta banyaknya penyakit-penyakit yang tidak diketahui punca dan penawarnya oleh ilmu perubatan berasaskan Sains.

Dan ini adalah sekelumit perbahasan yang mendukung hal tersebut. Iaitu sebuah buku yang menyeru orang-orang yang beriman agar kembali melihat, mempelajari, memahami, dan mengamalkan perubatan dan penyembuhan dengan Al-Qur’aan Al-Kariim. Salah satu sisi ilmu Al-Qur’aan yang berupa rahmat dari Allah yang kian semakin terabaikan.

Sedangkan Allah Ta’ala telah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang pelajaran dari Rabb kalian untuk kalian, dan penawar (yang menyembuhkan) bagi segala sesuatu  yang berada di dalam dada, serta petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus, 10: 57)

Adapun yang dimaksudkan di dalam dada adalah Al-Qalb (jantung/hati), sebagaimana firman Allah Ta’ala di ayat yang lain:

وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

“Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah Al-Quluub (jantung-jantung) yang di dalam dada.” (Surah Al-Hajj, 22: 46)

Kemudian di dalam sebuah hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

“Ingatlah bahawa di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh seluruhnya. Dan apabila buruk (fasad), maka buruklah tubuh keseluruhannya. Ketahuilah, dan ia adalah Al-Qalb (hati/jantung).” (Shahih Al-Bukhari, no. 52. Muslim, no. 1599)

Kemudian dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

“Dan Kami-lah yang menurunkan dari Al-Qur’aan segala sesuatu yang menjadi penawar (yang menyembuhkan) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidak-lah (Al-Qur’aan) itu menambah (sesuatu) kepada orang-orang zalim melainkan kerugian.” (Surah Al-Israa’, 17: 82)

Di ayat ini menunjukkan bahawa Al-Qur’aan seluruhnya adalah penawar (yang menyembuhkan), iaitu bagi orang-orang yang beriman.

Di antara intipati buku ini adalah:

1, Menyeru umat Islam agar kembali mendalami dan memerhatikan Al-Qur’aan dengan ilmu yang benar termasuk di dalamnya adalah ilmu-ilmu perubatan dan methode penyembuhan berdasarkan Al-Qur’aan.

2, Mengingatkan kaum muslimin agar berubat dengan Al-Qur’aan.

3, Perbahasan tentang begitu banyaknya penyakit-penyakit yang muncul akhir-akhir ini namun gagal diketahui ilmu dan penawarnya di sisi  methode perubatan modern. Sedangkan penawarnya ada di dalam Al-Qur’aan sebagaimana akan dijabarkan melalui buku ini.

4, Kewujudan methode perubatan menurut Al-Qur’aan dan As-Sunnah dengan kaedah-kaedahnya yang benar.

5, Kaedah dan contoh-contoh perubatan yang ditunjukkan oleh Nabi dan para sahabat berdasarkan hadis-hadis yang sahih. Contohnya seperti tata cara berubat bila terkena sengatan haiwan berbisa, perubatan dengan ayat-ayat Al-Qur’aan, perubatan dengan Al-Fatihah, perubatan dengan Al-Muawwidzat, perubatan dengan menggunakan garam, perubatan dengan air liur, dan seumpamanya.

6, Perbahasan tentang doa-doa dan ruqyah dalam melawan musuh-musuh dari kalangan syaitan, jin, dan manusia.

7, Penjelasan tentang tata cara penyembuhan dengan Al-Qur’an, sifat-sifat peruqyah, dan orang yang diruqyah serta perkara-perkara terlarang yang wajib dijauhi. Turut disertakan bersama adalah fatwa-fatwa para ulama sekitar isu-isu perubatan yang disangka sebagai rawatan Islam kontemporari, namun hakikatnya tidak-lah demikian. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net