Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tafsir Ibnu Abbas

Tafsir Ibnu Abbas
Tafsir Ibnu Abbas
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16 x 4.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tafsir Ibnu Abbas | Judul Asal ('Arab): Tafsir Ibnu Abbas (Al-Musamma Shahifah Ali B. Abi Thalhah an Ibni Abbas fii Tafsiir Al-Quran Al-Kariim) | Penulis: Rasyid Abdul Munin Ar-Rajal | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 840 m/s.


Sebuah khazanah tafsir milik seorang pakar tafsir dari kalangan sahabat Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam. Ibnu ‘Abbas, beliau adalah seorang sahabat Rasulullah yang pernah didoakan supaya diberi kefaqihan oleh Allah khusus dalam ilmu Tafsir. Beliau adalah salah seorang di antara dua orang sahabat Rasulullah yang paling pakar dalam ilmu tafsir. Seorang lagi adalah Ibnu Mas’oud.

Imam Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan:

“Hendaklah kamu mencari tafsir (kefahaman) terhadap suatu ayat al-Qur’an dengan melihat kepada ayat al-Qur’an yang lainnya. Sekiranya tidak ditemui, maka hendaklah menafsirkannya dengan as-Sunnah. Apabila kita tidak menemui tafsirnya dalam al-Qur’an atau as-Sunnah, maka hendaklah kita merujuk kepada ucapan para sahabat, kerana mereka lebih mengetahui berkenaan hal tersebut. Mereka menyaksikan secara langsung petunjuk-petunjuk dan keadaannya secara khusus. Mereka memiliki kefahaman yang sempurna, ilmu yang sahih, dan amal yang soleh, lebih-lebih lagi di kalangan mereka ada ramai ulama seperti tokoh-tokoh mereka dari kalangan empat orang Khulafa’ur Rasyidin dan para imam yang mendapat petunjuk, di antaranya adalah ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhum.

Imam Abu Ja’far B. Jarir ath-Thabari meriwayatkan daripada ‘Abdullah, iaitu ‘Abdullah B. Mas’oud, beliau berkata, “Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar melainkan Dia. Tidaklah turun satu ayat pun dari Kitabullah, melainkan aku mengetahui berkaitan dengan apa ayat tersebut diturunkan dan di mana ayat tersebut diturunkan. Sekiranya ada seseorang yang lebih mengetahui tentang Kitabullah dariku yang berada di tempat yang mampu dijangkau kenderaan, nescaya aku akan mendatanginya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)

Dan di antara mereka adalah Al-Habrul Bahr (samudera ilmu), ‘Abdullah B. ‘Abbas, anak kepada pak cik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan turjumanul Qur’an (pakar tafsir al-Qur’an) dengan berkah doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Ya Allah, berilah kepada beliau (Ibnu ‘Abbas) kefaqihan dalam agama dan ajarkanlah kepadanya ta’wil (ilmu tafsir).”

Ibnu Jarir meriwayatkan daripada ‘Abdullah B. ‘Mas’oud, “Sebaik-baik turjumanul Qur’an adalah Ibnu ‘Abbas.” Sanad hadis ini sahih.

Ibnu Mas’oud wafat pada tahun 32 Hijrah berdasarkan riwayat yang sahih. Dan ‘Abdullah B. ‘Abbas dipanjangkan umurnya sehingga 36 tahun setelahnya. Lalu bagaimana pula dengan ilmu yang diperolehinya setelah pemergian ‘Abdullah B. Mas’oud?

Al-A’masy meriwayatkan daripada Abu Wa’il, beliau berkata, “‘Ali menunjuk (mengisyaratkan) Ibnu ‘Abbas sebagai amir (pemimpin) bagi satu musim haji. Maka beliau berkhutbah di hadapan orang ramai yang kemudiannya beliau membaca surah al-Baqarah (dalam riwayat yang lain, surah an-Nuur) lalu menjelaskan tafsirannya dengan sebuah penafsiran yang sekiranya penduduk Romawi, Turki, dan Dailam mendengarnya, nescaya mereka akan masuk Islam.”

Oleh sebab itulah Ismai’il B. ‘Abdirrahman as-Suddi al-Kabir dalam tafsirnya banyak meriwayatkan daripada dua sahabat ini, iaitu Ibnu Mas’oud dan Ibnu ‘Abbas.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir, 1/7-8)

Tafsir-tafsir dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu ini dikumpulkan dan dihimpunkan dari kitab-kitab tafsir yang muktabar seumpama Tafsir Ath-Thabari, dan juga kitab-kitab hadis besar seumpama Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, kitab-kitab Sunan dan Musnad lainnya. Lalu kemudian ia dibukukan dalam satu buku khas, dan ini adalah hasilnya, lengkap diterjemahkan. Dengan judul bagi edisi terjemahannya, Tafsir Ibnu Abbas, iaitu dari edisi asal berbahasa Arab berjudul, Tafsir Ibnu Abbas (Al-Musamma Shahifah Ali B. Abi Thalhah an Ibni Abbas fii Tafsiir Al-Quran Al-Kariim.

Dari itu, tela’ahlah hasil khazanah tinggalan para sahabat Rasulullah ini. Beliau telah selamat meninggalkan kita. Jalannya jelas. Bahkan di antara manusia yang telah dijanjikan Syurga. Maka, tiada alasan lagi untuk kita untuk tidak berpedoman kepada mutiara tinggalannya. Semoga kita mampu mengikuti jejak langkah mereka yang sejahtera. Agar kita terhindar dari kefahaman-kefahaman al-Qur’an yang menyimpang yang banyak berlegar di sekeliling kita pada hari ini!

Perhatian:

Terdapat buku yang lain yang diterjemahan atas nama Tafsir Ibn Abbas” juga sedang beredar di pasaran yang mana judul aslinya adalah Tanwir Al-Miqbas. Untuk makluman, tafsir dengan judul asli tersebut bukanlah benar-benar daripada Ibn Abbas radhiyallahu anhuma dan telah datang banyak kritikan atas para perawi kitab tersebut (yakni kitab perawi bagi kitab Tanwir Al-Miqbas).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net