Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kumpulan Tulisan Ibnu Rejab Al-Hanbali

Kumpulan Tulisan Ibnu Rejab Al-Hanbali
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 15.9 x 3.5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM94.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kumpulan Tulisan Ibnu Rejab Al-Hanbali | Judul Asal (Arab): Majmu’ Ar-Rasaa’il Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) | Tahqiq: Abu Mushab Thalat B. Fuad Al-Hulwani | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.4kg | Muka Surat: 706m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah, beliau adalah ulama ahlus sunnah beraqidah salaf di abad ke-7 hijrah, wafat pada 795H. Beliau adalah tokoh ulama yang tekenal handal dalam pelbagai disiplin ilmu sama ada aqidah, fiqh, hadis, mahupun akhlak. Karya-karya beliau cukup terkenal, antaranya adalah seperti Syarah ‘Ilal at-Tirmidzi, Jami’ Al-‘Ulum wa al-Hikam, Al-Qowa’idul Fiqhiyah, Fadhlu ilmi as-Salaf ‘ala al-Kholaf, Latho’iful Ma’aarif, dan selainnya.

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):

“Ibnu Rejab banyak mendengarkan dan menyibukkan diri dengan ilmu sehingga menjadi seorang yang mahir dan beliau banyak memiliki guru hingga lahir pula darinya ramai sekali para ulama.” (Ad-Durar al-Kaminah, 2/322)

Ibnu Fadh rahimahullah berkata:

“Ibnu Rejab adalah seorang imam, hafiz (pakar hadis), hujjah, dan ahli fiqh yang dijadikan sandaran rujukan. Beliau seorang ulama yang zuhud dan imam yang ahli ibadah. Banyak memberikan faedah kepada para ahli hadis dan penasihat kaum muslimin.”

Kata Ibnu Hajj:

“Ibnu Rejab telah manpan (kukuh) dalam ilmu hadis dan menjadi orang yang paling mengetahui di zamannya tentang cacat-cacat hadis dan jalan-jalan periwayatannya.”

Ibnu ‘Abdil Hadi mengatakan:

“Ibnu Rejab memiliki tahqiq terhadap pelbagai permasalahan pada nash-nash imam Ahmad dan perkataan murid-muridnya. Beliau juga memiliki banyak perkara yang unggul, dan banyak perkara yang sangat bagus yang tidak mampu dihitung. Ramai sekali ulama besar yang belajar dari beliau...”

Sebahagian dari karya-karya beliau yang cukup bermanfaat telah pun diterjemahkan antaranya seperti Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam yang mensyarahkan hadis-hadis dalam kitab Al-Arba’in an-Nawawiyah dan menambah menjadi 50 hadis semuanya dengan syarah dan huraian yang cukup mantap dan menakjubkan sehingga menjadi sebutan dan rujukan para ulama setelah beliau sehingga ke hari ini.

Selain Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, kitab beliau yang telah diterjemahkan dan sampai kepada kita di Nusantara ini adalah seperti Latho’iful Ma’aarif yang membahaskan amalan-amalan sunnah sepanjang tahun mengikuti bulan-bulan hijriyah. Di samping itu karya ini turut menjabarkan informasi sebenar dan memberi kritikan terhadap salah faham kepada sebahagian bentuk amalan-amalan bid’ah yang disangka sunnah dalam bulan-bulan hijriyah.

Kemudian, kitab atau risalah beliau dengan judul Fadhlu ilmi as-Salaf ‘ala al-Kholaf juga telah diterjemahkan yang mana di dalamnya mengandungi pelbagai faedah dan manfaat buat para penuntut dan pengemban ilmu-ilmu yang syar’i. Di dalamnya penuh nasihat melembutkan jiwa dan membimbing kita agar menjadikan ilmu-ilmu syar’i yang dipelajari adalah semata-mata kerana mencari redha Allah.

Ada beberapa kitab beliau yang lainnya yang turut disebut-sebut sebagai antara kitab yang terbaik (dalam mensyarahkan kitab Sunan at-Tirmidzi) dan begitu bermanfaat sekali dalam bidang hadis seperti Syarah Sunan at-Tirmidzi, namun kitab ini lenyap terbakar dalam peristiwa fitnah (musibah) tentera Tartar menyerang kota Damaskus (atau Dimasyq), iaitu ibukota Syiria. Yang tinggal dan sampai kepada kita adalah sebahagian ceraian-ceraian kecilnya tidak lebih dari 10 lembar pada perbahasan bab Kitab Al-Libas (pakaian) serta bahagian akhir dari manuskripnya, iaitu yang dikenali dengan nama Syarah ‘Ilal at-Tirmidzi.

Dan Syarah ‘Ilal at-Tirmidzi ini adalah termasuk kitab yang menunjukkan betapa luasnya penguasaan dan keilmuan beliau dalam bidang ‘ilal hadis, pengetahuan beliau terhadap perkataan-perkataan salaf serta istilah-istilah para mutaqaddimin. Ia termasuk karya yang amat bermanfaat dan sangat diperlukan bagi para penuntut ilmu hadis yang mana di dalamnya al-hafiz menjebarkan banyak sekali hal-hal yang rumit serta sukar difahami dalam bidang hadis, cacat-cacat hadis, dan hal-hal tersembunyi. Yang tidak mungkin dapat dijelaskan melainkan oleh mereka yang manpan dalam bidang tersebut. Semoga Allah memberikan manfaat yang melimpah buat kita semua dari hasil usaha dan kerja-kerja ilmu beliau ini.

Beliau juga memiliki Syarah terhadap kitab Shahih Al-Bukhari (yang juga dengan nama Fathul Bari sebagaimana karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H)), namun hanya sempat siap beberapa bab yang awal lalu beliau meninggal dunia. Sebahagian ulama mengungkapkan tentang Syarah Shahih Al-Bukhari milik Ibnu Rejab ini seandainya lengkap nescaya ia termasuk sebahagian dari keajaiban (dalam dunia ilmu).

Manakala terjemahan kitab yang berada di hadapan kita ini sekarang adalah dari hasil karya dan himpunan tulisan-tulisan beliau berkaitan sejumlah hadis-hadis. Ia menghimpunkan syarah, perbahasan, atau huraian hadis-hadis dalam cabang-cabang agama seperti perbahasan hati, tazkiyatun nufus (penyucian jiwa), menuntut ilmu, hadis tentang tujuan diutusnya Nabi, hadis apabila manusia mula menyimpan emas dan perak, hadis berkaitan wali-wali Allah, perbahasan hadis al-ghurobaa’ (orang yang terasing kerana teguh di atas kebenaran), hadis permisalan tentang Islam, hadis mukmin itu umpama tanaman, hadis tercelanya hati yang keras, dan beberapa lagi yang lainnya.

Sebagaimana methodhologi yang sering beliau gunakan di kitab-kitab beliau yang lainnya dalam mensyarah hadis, demikian juga methode beliau yang dapat dilihat dalam himpunan risalah ini. Beliau bawakan hadis dan beliau jelaskan kedudukan hadisnya, lalu beliau kemukakan penjelasan per kalimat bagi hadis-hadis yang beliau syarahkan, setelah itu beliau hadirkan satu per satu perkataan-perkataan salaf (ulama generasi awal) yang menghuraikan atau yang menyangkut perbahasan hadis tersebut selain dalil-dalil al-Qur’an dan hadis-hadis yang lainnya. Ini adalah termasuk methode yang cukup kuat dalam mendukung hujah-hujah dan kefahaman terhadap maksud-maksud hadis tersebut. Dari sini juga terpapar manhaj beliau dalam membawa dan menyampaikan agama ini, iaitu manhaj beragama yang murni dengan mengikuti jejak para pendahulu beliau dari kalangan salaf atau imam-imam generasi awal.

Semoga hasil terjemahan risalah-risalah beliau atau yang dikenali dengan Majmu’ Ar-Rasaa’il Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali ini menjadi hadiah bermanfaat buat para pencinta ilmu di luar sana serta yang mencintai bidang syarah atau fiqh hadis-hadis di atas jalan dan methode ahlus sunnah wal-jama’ah atau manhaj para salaf.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net