Judul: Panduan Praktis Hukum Waris Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah Yang Shahih | Judul Asal: Tas-hiilul Faraa’idh | Penulis: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 700g | Muka Surat: 262 m/s. (Hard Cover) | Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com.
Seringkali harta warisan menjadi punca utama terjadinya pertengkaran, perpecahan, dan terputusnya tali kekeluargaan, malah sampai pertumpahan darah juga ada berlaku. Perkara seperti ini antaranya adalah kerana kezaliman dan ketidak-adilan dalam pembahagian warisan.
Terkadang seseorang berwasiat bahawa sepeninggalannya seluruh hartanya diwariskan kepada salah satu anaknya sahaja, atau seluruh anaknya, namun ditentukan dengan jumlah sekehendaknya sahaja. Atau harta warisan dikuasai secara paksa oleh sebahagian ahli keluarga sehingga sebahagian keluarga yang berhak mendapat waris tidak mendapat hak bahagiannya. Oleh sebab itu-lah, kenapa perkara berhubung warisan ini menjadi salah satu syari’at yang diajarkan dalam Islam.
Secara asas kebiasaannya, Al-Qur’an menjelaskan syari’at Islam secara umum kemudian asas-asas yang bersifat umum tersebut dirinci dan dijabarkan pula oleh Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Namun dalam urusan warisan, hampir seluruhnya dijelaskan secara terperinci bahagian per bahagian di dalam Al-Qur’an dari bermula dari kategori waris, bahagian warisan, syarat-syarat ahli waris, sehingga-lah penghalang warisan.
Siapapun tidak berhak menentukan pembahagian harta peninggalannya semahunya sendiri, sehingga hanya mengikut kecenderungan hawa nafsunya tanpa melihat kepada aspek dasar Islam.
Allah ‘Azza wa Jalla telah mewajibkan tata cara pembahagian warisan berdasarkan hikmah dan ilmu-Nya. Menetapkan bahagian-bahagian tertentu untuk ahli waris dengan pembahagian yang terbaik dan teradil menurut hikmah-Nya yang sangat dalam, rahmat-Nya yang meliputi segala sesuatu dan ilmu-Nya yang maha Luas. Lalu Dia menjelaskan perkara warisan dengan penjelasan yang sangat sempurna. Perkara ini tercantum dalam ayat-ayat dan hadis-hadis tentang warisan yang mencakupi semua hal yang mungkin terjadi disaat warisan tersebut dibahagikan. Hanya cuma ada ayat-ayat dan hadis-hadis yang jelas dan dapat difahami oleh semua orang, dan ada juga yang memerlukan penelitian dan perkiraan.
Dahulu, kaum Jahiliyyah tidak memberikan harta warisan kepada kaum wanita dan anak lelaki yang masih kecil. Mereka mengatakan, “Bagi yang belum pernah berperang atau mendapatkan harta rampasan perang, maka mereka tidak berhak mendapat warisan.”
Maka Allah membatalkan hukum yang dibuat atas dasar kebodohan dan kezaliman tersebut serta menetapkan bahagian tertentu untuk kaum wanita bersesuaian dengan keperluan mereka. Dia menetapkan bahagian mereka setengah dan bahagian lelaki yang sejajar dengan mereka. Allah tidak menghalangi mereka mendapatkan harta warisan seperti yang dilakukan oleh kaum Jahiliyyah, tidak juga menyamakan bahagian mereka dengan bahagian lelaki sebagai-mana yang dilakukan oleh sebahagian orang-orang yang menyimpang dari akal dan fitrah yang lurus.
Kemudian Allah Ta’ala berfirman:
آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
“Orang tuamu dan anak-anakmu, engkau tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4: 11)
Dalam ayat seterusnya Allah Ta’ala berfirman:
وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ (12) تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (13) وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ
“... (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari’at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. (Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah kemenangan yang besar. Dan sesiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.” (Surah An-Nisaa’, 4: 12-14)
Pada ayat seterusnya yang lain, Allah berfirman:
يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ أَنْ تَضِلُّوا وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“... Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah An-Nisaa’, 4: 176)
Allah telah menjelaskan bahawa Dia telah mewajibkan cara pembahagian warisan berdasarkan ilmu dan hikmah-Nya. Dan itu merupakan kewajiban yang tidak boleh ditambah-tambah atau dikurang-kurangi. Bagi sesiapa saja yang mentaati peraturan ini dan melaksanakannya bersesuaian dengan batasan-batasan yang telah ditetapkan, maka Allah telah menjanjikan untuknya Syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan ia kekal di dalamnya selama-lamanya bersama orang-orang yang telah Allah beri nikmat dari kalangan para Nabi, kaum shiddqin, para syuhada’ dan orang-orang soleh.
Allah juga mengancam orang yang menyelisihi dan melanggar peraturan tersebut akan dimasukkan ke dalam Neraka selamanya dan akan ditimpakan kepadanya siksaan yang sangat hina. Allah ‘Azza wa Jalla juga telah menganugerahkan kepada kita penjelasan yang sempurna, sehingga kita tidak tersesat yang pada akhirnya akan membuat binasa.
Secara ringkas, berikut disertakan antara judul-judul dan skop utama perbahasan buku ini:
ILMU FARAA’IDH
A, Definisi
B, Pokok Bahasan
C, Tujuan
D, Hukum:
Hak-Hak yang Berkaitan dengan at-Tirkah
WARISAN
A, Rukun Waris
B, Syarat Menerima Warisan
C, Sebab Menerima Warisan:
1, Pernikahan
2, Keturunan
3, Wala’:
Beberapa Cabang yang Berkaitan dengan Sebab menerima Warisan.
D, Hal-hal yang Dapat Menghalangi Seseorang untuk Medapatkan Warisan.
E, Beberapa cabang masalah yang berkaitan dengan penerimaan warisan.
F, Jenis Bagian Harta Warisan:
1. bahagian Fardh
2. Bagian ‘ashabah:
Ash-haabul furudh (ahli waris yang mendapatkan bahagian yang sudah ditentukan).
Contoh-contoh keadaan ibu:
Keadaan datuk bersama saudara ada dua keadaan:
‘Ashobah.
Pembahagian ‘Ashobah.
Jalur dan Tingkatan Ahli Waris yang Mendapat ‘Ashobah.
AL-HAJB
A, Hajb hi Washfin
B, Hajb hi Syakhsin
DZAWIL ARHAAM
A, Beberapa Keadaan Dzawil Arhaam
B, Beberapa Jalur Dzawil Arhaam
TA’-SHIIL DAN TASH-HIIH
A, Ta’-shiil
Praktik masalah radd
B, At-Tash-hiih
MUNAASARHAAT
A, Keadaan-keadaan dan contoh-contohnya
PROSES PENGIRAAN Dengan RADD (Jadual)
QISMATUT TARIKAAT (PROSES PEMBAHAGIAN HARTA WARISAN)
A, Pembahagian Harta Warisan Jika terdapat Wasiat:
1, Wasiat Binnashiib
2, Wasiat Biljuz’i
3, Wasiat Binnashiih dan Biljuz-i.
WARISAN JANIN
A, Syarat Warisan Janin
B, Proses Penghitungan Masalah Janin
WARISAN UNTUK MAFQUUD (ORANG HILANG)
A, Proses Penghitungan Warisan Orang Hilang
BANCI (pondan/khunsa) MUSYKIL
A, Hukum Banci (Pondan/Khunsa) Musykil
ORANG YANG MATI TENGGELAM ATAU TERTIMPA RERUNTUHAN
A, Proses Penghitungan Warisan Orang Tenggelam