Judul: Fiqih Doa & Dzikir | Judul Asal (‘Arab): Fiqh al-Ad’iyah wa al-Adzkar | Penulis: Syaikh 'Abdurrazzaq bin 'Abdul Muhsin Al-Badr | Penerbit: Media Hidayah | Berat: 2.4kg | Muka Surat: 2 Jilid lengkap. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Tidak dapat dinafikan berdoa dan berdzikir termasuk salah satu unsur ibadah yang paling utama. Namun, amat jarang bagi orang yang berdzikir pada hari ini memahami dan mengetahui fiqh serta rahsia-rahsia di balik dzikir-dzikir yang mereka amalkan. Amat jarang orang-orang yang berdoa dan berdzikir pada hari ini mengambil berat tentang maksud di sebalik lafaz-lafaz dzikir/doa yang mereka dzikirkan.
Oleh itu, Asy-Syaikh ‘Abdurrazzaq bin 'Abdil Muhsin Al-'Abbad hafizhahullah (yang merupakan salah seorang ulama hadis terkenal dari kota Madinah) pun berusaha menyusun sebuah buku khusus berkaitan ini. Buku ini tidak hanya sekadar menekankan kewajiban atau kepentingan berdzikir dengan zikir-zikir atau doa-doa yang sahih dari anjuran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Tetapi buku ini turut juga membahaskan intipati dan hakikat di sebalik dzikir itu sendiri sama ada dari aspek aqidah (tauhid), fiqh, makna, fadhilat (ganjaran keutamaan), adab, tatacara, akhlak, dan beberapa aspek lainnya. Supaya setiap dari kita yang melaksanakan amalan dzikir ini, akan benar-benar mampu menghayati dan merasai kelazatan setiap dari bait-bait dzikir tersebut.
Buku ini mensyarahkan dan menghuraikan banyak sekali dalil-dalil terkait tuntunan dan bimbingan dalam berdzikir dan berdoa, keutamaan dan anjuran berdzikir secara benar, penjelasan terkait salah faham dalam adab dan tatacara dzikir, tips dalam memahami dzikir-dzikir dan doa-doa anjuran Nabi, syarah kepada pelbagai dzikir-dzikir dan doa-doa seharian, dan banyak lagi faedah-faedah, hikmah dan rahsia-rahsia dzikir yang sahih tetapi jarang diketahui oleh kebanyakan orang diungkapkan melalui dua jilid buku.
Buku ini turut mendapat semakkan dan rekomendasi dari Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz rahimahullah.