Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Pesan-pesan Rasulullah Menjelang Wafat

Pesan-pesan Rasulullah Menjelang Wafat
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17 x 12 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM12.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Pesan-pesan Rasulullah Menjelang Wafat | Judul Asal (Arab): Wadaa’ Ar-Rasuul li Ummatihi; Duruus, Washaaya, wa Ibar, wa ‘Idzaat | Penulis: Syaikh Dr. Sa’id B. ‘Ali B. Wahf Al-Qahthani | Penerbit: Darul Haq | Berat: 250g | Muka Surat: 200m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Wahai sekalian manusia, dengarkan-lah baik-baik apa yang hendak aku katakan, kerana aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak lagi bertemu dengan kalian selepas tahun ini...”

Ini adalah sepenggal wasiat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang beliau sampaikan ketika haji Wadaa’, yang mengisyaratkan bahawa tidak lama lagi beliau akan dipanggil oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dan memang benar, beberapa bulan setelah itu, beliau pun meninggalkan dunia ini untuk bertemu dengan Rabbnya ‘Azza wa Jalla.

Namun sebelum wafatnya beliau, beliau telah menyampaikan pelbagai nasihat dan wasiat-wasiat penting untuk kita dari umatnya yang mengungkap dan menggambarkan samudera kecintaan beliau kepada kita yang beliau tinggalkan...

Kata penulis (Dr. Sa’id B. ‘Ali B. Wahf Al-Qahthani):

“Di dalam risalah ini, saya menjelaskan secara ringkas tentang ringkasan nasab Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kelahiran beliau, tugas beliau, kesungguhan dan ketekunan beliau, jihadnya, sebaik-baika amalnya, ungkapan perpisahan beliau kepada umatnya di ‘Arafah, Mina, dan Madinah, ungkapan perpisahan beliau kepada orang-orang yang masih hidup dan yang telah meninggal, wasiat-wasiat beliau pada kesempatan-kesempatan tersebut, detik permulaan sakit beliau, wasiat dan ungkapan perpisahan beliau kepada umatnya di saat menjelang wafatnya, keputusan beliau memilih Ar-Rafiqul A’la bahawa beliau wafat sebagai orang yang mati syahid, musibah-musibah kaum muslimin sepeninggalan beliau, warisan tinggalan beliau, dan hak-hak beliau terhadap umatnya.

Saya juga menyebutkan pelbagai pelajaran dan faedah yang disarikan pada setiap akhir perbahasan dari perbahasan-perbahasan di atas.

Hanya kepada Allah-lah saya memohon agar menjadikan tulisan ini sebagai amal yang diterima, bermanfaat untuk saya, dan untuk saudara-saudara saya kaum muslimin, kerana sesungguhnya Allah-lah yang menolong dan berkuasa atas semua itu...” (Mukaddimah buku, 21/3/1416H)

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net