Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ayo Belajar Shalat (Untuk Anak-anak)

Ayo Belajar Shalat (Untuk Anak-anak)
Ayo Belajar Shalat (Untuk Anak-anak) Ayo Belajar Shalat (Untuk Anak-anak) Ayo Belajar Shalat (Untuk Anak-anak) Ayo Belajar Shalat (Untuk Anak-anak)
Terbitan: Perisai Quran
Product Code: Perisai Quran
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21.1 x 15.8 x 0.3

ISBN: 9786029475005
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ayo Belajar Shalat | Penulis: Nizar Sa'ad Jabal | Penerbit: Qids Perisai Qur'an Kids | Berat: 180g | Muka Surat: 49m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
 
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
 
“(Luqman menasihati anaknya), Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)..(Surah Luqman, 31: 17)
 
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
 

مُرُوا أَبْنَاءَكُمْ بِالصَّلَاةِ لِسَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

“Perintahlah anak-anak kamu bersolat pada usia 7 tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka. (Musnad Ahmad, no. 6756. Dinilai hasan oleh an-Nawawi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth)
 
Maka, ayuh kita sama-sama didik anak-anak kecil kita mencintai solat, mengenal apa itu solat, seraya menggalakkan mereka mengerjakan solat seawal usianya. Agar kelak bila tiba usianya 7 atau 10 tahun, mereka pun telah dibiasakan dengan hal itu lalu menjadi mudah bagi mereka melaksanakannya.
 
Ingatlah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
 

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتَجُ البَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ، هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ

“Tidak ada bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah (Islam), lalu ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani (Kristian), atau Majusi, sebagaimana seekor haiwan ternakan melahirkan anaknya yang sempurna sifat, adakah kamu rasa akan ada yang mejadikannya cacat dengan sendirinya?!” (Shahih al-Bukhari, 1358. Muslim, no. 2658)
 
Benih yang baik apabila ditanam pada tanah yang subur tentunya mampu menghasilkan buah yang sangat memuaskan bagi semua orang. Demikianlah juga dengan anak-anak. Apabila anak yang suci bersih itu dididik dengan didikan yang soleh dan akhlak yang baik, insyaAllah ia akan membesar menjadi anak yang baik dan disukai. Terutama bagi kedua orang tuanya yang mana kelak semoga anak-anak yang soleh tersebut menjadi amal kebaikan yang pahalanya terus mengalir padanya.
 
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
 

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amal-amalnya melainkan tiga perkara, (iaitu) 1 – Sedekah jariyah yang pernah dilakukannya, 2 – Ilmunya yang dimanfaatkan, atau 3 – Anak yang soleh yang mendoakannya.” (Shahih Muslim, no. 1631)
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

“Dan bahawasanya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala) melainkan dari apa yang telah diusahakannya.” (Surah an-Najm, 53: 39)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ

“Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan oleh seseorang itu adalah makanan yang diperolehi dari usahanya sendiri. Sesungguhnya anak itu termasuk dari hasil usahanya.” (Musnad Ahmad, no. 25845)

Atas hal tersebut, marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita sejak seawal usianya lagi agar kelak menjadi manusia bertaqwa lagi bermanfaat untuk agama dan manusia.

Ini adalah di antara siri buku-buku pendidikan anak-anak dalam mencapai objektif tersebut. Buku ini adalah siri buku kanak-kanak belajar melaksanakan solat. Di dalamnya dimuatkan nasihat tujuan Allah menciptakan manusia, keutamaan dan hukum solat, persediaan solat, adab-adab solat, tata cara solat menurut sunnah yang sahih, bacaan-bacaan dalam solat, hal-hal yang membatalkan solat, dzikir-dzikir setelah solat, dan setiap helaian muka surat buku ini turut dipenuhi dengan gambar-gambar (ilustrasi berwarna) yang menarik sebagai bimbingan dan tarikan belajar anak-anak.

Semoga bermanfaat sebagai model dan bahan silibus pendidikan anak-anak kecil kita.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net