Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tata Cara Wudhu' & Shalat Nabi Muhammad

Tata Cara Wudhu' & Shalat Nabi Muhammad
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.5 x 18.1 x 0.5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tata Cara Wudhu' & Shalat Nabi Muhammad | Penulis: Team Pustaka Imam Asy-Syafi'i  | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 200g | Muka Surat: 82m/s.


Wahai anakku, ketahuilah bahawa solatmu akan diterima oleh Allah apabila wudhu’mu benar.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ

“Tidak akan diterima solat (seseorang) tanpa bersuci.” (Shahih Muslim)

Alhamdulillah, Allah telah banyak memberikan kemudahan kepada kita, di antaranya tatacara wudhu’ yang praktis untuk kita semua, mudah, jelas, menyenangkan, dan mengikuti sunnah contoh teladan kita, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Begitu pula dengan solat. Solat adalah ritual ibadah yang paling sering dilaksanakan oleh ummat Islam. Tidak kurang dari lima kali sehari ummat Islam menunaikan ibadah itu setiap hari. Sebagai fungsi kawalan, tentu ibadah ini sangatlah efektif mengendalikan perilaku ummat Islam sehingga tidak salah arah dan langkah.

Kerana dengan solat, seorang Muslim berdialog langsung dengan Rabbnya dan meminta agar selalu dibimbing ke jalan yang lurus. Allah  menjelaskan kepada kita fungsi solat ini melalui firman-Nya:

إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.” (Surah Al-‘Ankabut, 29: 45)

Dengan solat ini seseorang muslim dapat memperbaiki diri sehingga dapat meningkatkan dan mengoptimalkan fungsinya sebagai khalifah di muka bumi.

Di sisi lain solat juga berfungsi membersihkan diri dari noda dan dosa. Dengan berwudhu’, seorang muslim membersihkan anggota tubuhnya dari noda-noda kotoran sehingga tubuhnya kembali bersih dan segar. Dengan mengerjakan solat, seorang muslim membersihkan jiwanya dari dosa-dosa yang telah diperbuatnya sehingga jiwanya kembali suci, bersih dan bercahaya.

Dalam sebuah hadis dikemukakan: “Apa pendapatmu seandainya di bawah pintu rumahmu ada sungai yang mengalir lalu kamu mandi di dalamnya sebanyak lima kali dalam sehari, masih adakah kotoran yang melekat di tubuhmu? Tentu tidak. Demikian pula solat, dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa.” Begitulah Rasulullah  bersabda. (Shahih Al-Bukhari)

Adakah solat kita sudah mampu berfungsi sebagaimana di atas? Jika belum cubalah baca risalah ini semoga Anda mendapatkan manfaatnya. Di dalamnya turut disertakan sama ilustrasi atau gambar-gambar sebagai panduan dan bimbingan. Amat sesuai sebagai buku pembelajaran untuk anak-anak.

Selamat membaca!

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net