Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ringkasan Tafsir As-Sa’di

Ringkasan Tafsir As-Sa’di
Ringkasan Tafsir As-Sa’di
Terbitan: Pustaka Sumayyah
Product Code: Pustaka Sumayyah (5(5))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.6 x 3.5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM78.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ringkasan Tafsir As-Sadi | Judul Asal (Arab): Taisiir Al-Lathiif Al-Mannaan fii Khulashah Tafsiir Al-Quraan | Penulis: Syaikh Abdurrahman B. Nashir As-Sadi rahimahullah | Penerbit: Pustaka Sumayyah | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 562m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Penulis atau penyusun kitab ini asalnya telah menyiapkan sebuah tafsir yang sangat baik dari sudut manhaj, methodologi, kaedah yang padat, ayat-ayat yang mudah difahami, ringkas, tuntas, dan terang penjelasannya. Namun, ia tetap masih kelihatan sangat besar dan tebal untuk ditelaah golongan awam. Maka dicadangkan kepada Syaikh (penulis) agar menulis sebuah tafsir yang lebih ringkas dengan mencakupi pelbagai perkara untuk memudahkan para pembaca dari kalangan awam.
 
Maka, Syaikh Abdurrahman B. Nashir as-Sadi pun menyusunnya, dan siaplah sebuah lagi kitab tafsir yang cukup padat, ringkas, dan jelas penyampaian maksudnya.
 
Tafsir yang disusun oleh Syaikh as-Sadi ini amat sistematik dari sudut susunan berdasarkan bab-bab yang beliau letakkan. Ia adalah bentuk susunan atau kaedah penyampaian tafsir yang jarang dilakukan oleh mana-mana penyusun. Tafsir ini dimulakan dengan bab Tauhid dan aqidah. Maka Syaikh pun membawakan pelbagai ayat-ayat al-Quran yang berkaitan yang mencakupi fokus utama perbahasan sekitar isu tauhid dan aqidah, dan beliau menafsirkannya dengan kaedah tafsir ahlus sunnah wal-jamaah. Kemudian diikuti dengan bab seterusnya pun begitu juga, iaitu pada bab Iman kepada Rasulullah. Beliau membawakan ayat-ayat berkaitan dengan bab tersebut dan menjelaskan tafsiran-tafsirannya yang benar. Demkianlah seterusnya pada bab-bab yang lain.
 
Antara bab-bab yang lain adalah seperti bab beriman kepada hari kiamat, kepada para malaikat, anjuran memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia, hukum-hakam solat, kewajiban zakat, bersuci dengan air dan tayammum, seterusnya sehingga ke perbahasan bab-bab lain seperti jihad, sumpah, kisah-kisah para Nabi, dan lian-lain... Seolah-olah seperti penyusunan bab-bab dalam kitab-kitab hadis.
 
Maka, ambillah manfaat berupa kefahaman terhadap al-Quran ini... Tidak patut ada alasan lagi buat kita untuk tidak menelaah maksud-maksud al-Quran. Setelah adanya tafsir yang amat mudah, ringkas, padat, gaya bahasa dan penyampaian yang baik, dan susunan bab yang menarik lagi memudahkan ini... Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Syaikh Abdurrahman B. Nashir as-Sadi rahimahullah (Wafat: 1376H).

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net