Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Himpunan Doa & Dzikir Rasulullah karya Imam Ath-Thabrani

Himpunan Doa & Dzikir Rasulullah karya Imam Ath-Thabrani
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 15.9 x 4.6

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM110.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Himpunan Doa & Dzikir Rasulullah karya Imam Ath-Thabrani | Judul Asal (‘Arab): Ad-Du’a | Tahqiq: Sami Anwar Jahin | Penulis: Imam Ath-Thabrani rahimahullah (Wafat: 360H) | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.6g | Muka Surat: 906 m/s.


Imam Ath-Thabrani rahimahullah adalah seorang imam dan ulama hadis yang cukup terkenal, seorang penghafal hadis yang banyak, seorang pengembara mencari hadis, memiliki banyak karya tulis, teliti dalam permasalahan hadis, seorang yang memiliki usia yang panjang, dan merupakan orang yang jujur dan amanah.

Nama lengkap beliau adalah Abu Qasim Sulaiman B. Ahmad B. Ayyub B. Mathir Al-Lakhmi Ath-Thabrani. Beliau lahir di Kota Akka pada tahun 260 Hijrah, dan wafat di Ashbahan pada tahun 360 Hijrah dengan usia 100 tahun 10 bulan.

Imam ath-Thabrani mula mempelajari hadis seawal usia 10 tahun dan mula melakukan rehlah mencari hadis ketika usia 14 tahun di pelbagai wilayah seperti Mesir, Jabalah, Madain Syam, Yaman, Iraq, Ashbahan, dan Parsi. Guru beliau mencapai sehingga seribu orang atau lebih.

Beliau memiliki banyak karya tulis yang sarat dengan ilmu-ilmu bermanfaat. Di antara yang terkenal dan banyak disebut-sebut adalah seperti Al-Mu’jam ash-Shaghir, Al-Mu’jam al-Awsath, dan Al-Mu’jam al-Kabir. Manakala kitab-kitab lain yang tidak kurang pentingnya di sisi ahli ilmu adalah seperti Tafsir Al-Qur’an, Musnad asy-Syamiyyin, Dalailun Nubuwwah, Kitab as-Sunnah, Ad-Du’a, Ar-Radd ‘alal Jahmiyyah, Ar-Radd ‘alal Muktazilah, Makarimul Akhlak, Ash-Sholah Ar-Rasul, dan banyak lagi lainnya.

Kitab ad-Du’a karya Imam Ath-Thabrani

Adapun kitab ad-Du’a ini, ia termasuk salah satu karya beliau yang menjadi rujukan ramai ulama terkemudian. Takhrij hadis-hadis yang bersumber dari kitab-kitab ath-Thabrani tersebar luas dalam banyak kitab-kitab klasik para ulama setelah generasi beliau.

Dalam kitab ad-Du’a ini, imam Ath-Thabrani mengemukakan banyak sekali riwayat-riwayat hadis tentang doa-doa di dalam sunnah dan doa-doa yang diamalkan oleh para salaf dari kalangan sahabat-sahabat Nabi. Cuma di dalamnya bercampur antara riwayat sahih, hasan, mahupun yang dha’if (lemah). Dan insyaAllah bagi edisi ini, para pembaca akan dibantuk dengan catatan takhrij dan tahqiq pada nota kaki berkaitan status hadis oleh pentahqiq.

Selain contoh-contoh lafaz doa dalam pelbagai keadaan yang diriwayatkan dari Nabi dan para sahabat, insyaAllah melalui kitab ini juga kita akan melihat banyaknya amalan para salaf sekitar adab-adab dalam berdoa dan berdzikir, sunnah-sunnah dalam berdoa dan berdzikir, sikap mereka terhadap doa dan dzikir, keadaan mereka ketika berdoa dan berdzikir, nasihat-nasihat salaf agar doa diterima, dan beberapa lagi lainnya.

Imam Ath-Thabrani rahimahullah dalam mukaddimahnya menjelaskan:

“Kitab yang saya susun ini mencakupi doa-doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Yang mendorong saya menulis kitab ini adalah kerana saya melihat banyaknya orang mengamalkan doa-doa dengan kalimat yang bersajak dan doa-doa yang dikarang-karang (seperti membuat lirik lagu), bukan doa-doa yang diriwayatkan daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, atau para sahabat beliau, atau para Tabi’in. Sedangkan diriwayatkan daripada Rasulullah bahawa doa dengan kalimat-kalimat bersajak (atau berpuisi) itu hukumnya adalah makruh (dibenci). Kerana itulah saya pun menghimpunkan ke dalam kitab ini dengan sanad-sanad yang bersumber dari Rauslullah.

Saya memulakan bahasannya dengan keutamaan-keutamaan doa dan adab-adabnya. Kemudian saya menyusun bab-babnya sesuai dengan keadaan saat Rasulullah berdoa. Saya menempatkan setiap doa pada tempatnya supaya orang yang menyemaknya atau orang yang menerima riwayat kitab ini dapat mengamalkannya bersesuaian urutan-urutan yang kami buat, insyaAllah.” (Mukaddimah kitab ad-Dua) [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net