Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Indahnya Shalat Malam, Tuntunan Qiyamullail dan Solat Tarawih

Indahnya Shalat Malam, Tuntunan Qiyamullail dan Solat Tarawih
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.5 x 12.1 x 0.8

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM10.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Indahnya Shalat Malam, Tuntunan Qiyamullail dan Solat Tarawih Penulis: Syaikh Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah | Penerbit: Pustaka as-Sunnah | Berat: 190g | Muka Surat: 146m/s.


Dalam Syari'at Islam, terdapat pelbagai tuntunan dan aturan yang merupakan jalan kebaikan dan pintu ketaatan yang beragam bagi kaum Muslimin guna meraih kebahagiaan dan ketenangan kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Selain itu, tuntunan dan aturan tersebut adalah pembersih jiwa terhadap noda kejelekan dan kesempitan, penerang jalan, serta terdapat pelbagai kenikmatan yang sukar dilukiskan dengan kata-kata.
 
Di antara pintu dan jalan kebaikan itu adalah pensyari'atan untuk menghidupkan malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunnah yang disebut dengan nama solatullail (iaitu solat di malam hari) atau turut dikenali dengan nama solat tahajjud, solat witr, qiyamullail, dan juga solat tarawih di malam-malam bulan Ramadhan. Ia termasuk ibadah yang sinonim dengan para hamba yang soleh. Ibadah yang penuh kelazatan yang selalu membuat para salaf terbuai dengannya dan seakan tidak sudi berpisah dengannya walu sesaat.
 
Kata Tsabit bin Aslam al-Bunany rahimahullah:
 
Tidak ada perkara yang lazat yang aku temukan dalam hatiku melebihi lazatnya qiyamullail.”
 
Sufyan Ats-Tsauri berkata:
 
Apabila malam hari tiba, maka aku gembira. Tetapi bila tiba siang hari, aku pun merasa sedih.”
 
Abu Sulaiman Ad-Daaraani rahimahullah pula berkata:
 
Ahli ketaatan merasa lazat dengan malam hari mereka berbanding orang-orang yang lalai dengan kelalaiannya. Andaikata bukan kerana malam hari, nescaya aku tidak suka untuk tetap hidup di dunia.”
 
Solat malam memiliki keutamaan yang sangat besar, ia merupakan salah satu sebab utama bagi seseorang dimasukkan ke Syurga. Ia merupakan penutup kesalahan dan penghapus dosa. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sangat menitik-beratkan dan menyarankan supaya sentiasa bersolat malam.
 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
 
“...Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.” (Shahih Muslim)
 
Buku yang sedang anda tatap mukanya ini bukanlah bertujuan merinci hal tersebut melainkan untuk menjelaskan tuntunan yang benar dalam perlaksanaan solat al-Lail dan solat tarawih. Kerana ibadah qiyamullail akan bernilai di sisi Allah dan bermakna buat seorang hamba apabila ia dilaksanakan sesuai dengan petunjuk al-Qur'an dan as-Sunnah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net