Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Asbabun Nuzul (Sebab Turunnya Ayat Al-Qur’an) karya Imam as-Suyuthi

Asbabun Nuzul (Sebab Turunnya Ayat Al-Qur’an) karya Imam as-Suyuthi
Terbitan: Gema Insani
Product Code: Gema Insani (5(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.5 x 16.1 x 3.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM89.00 RM74.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Asbabun Nuzul (Sebab Turunnya Ayat Al-Qur’an) karya Imam As-Suyuthi | Judul Asal ('Arab): Lubaabun Nuqul fii Asbaabin Nuzul | Penulis: Imam Jalaluddin as-Suyuthi | Penerbit: Gema Insani | Berat: 0.89kg | Muka Surat: 653m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Asbabun Nuzul Al-Qur’an, iaitu sebab-sebab, latar belakang, kisah-kisah, atau peristiwa-peristiwa di sebalik turunnya sesuatu ayat al-Qur’an adalah satu ilmu yang perlu dikuasai bagi seseorang yang hendak menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an. Kefahaman terhadap Asbabun Nuzul merupakan satu kemestian agar tidak berlaku kesalahan dalam memahami ayat-ayat Allah. Pemahaman dan penguasaan terhadapnya akan memberi input dan hasil penafsiran yang lebih sempurna.

Di antara kitab bermanfaat dan penting yang terlibat dalam menghimpun Asbaabul Nuzul ayat-ayat al-Qur’an dimaksudkan adalah karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi rahimahullah (Wafat: 911H). Kandungannya merangkumi himpunan hadis-hadis dan kitab-kitab rujukan utama lainnya yang berkaitan dengannya. Ia juga turut disertakan sama riwayat-riwayat daripada para ahli tafsir generasi awal dari kalangan sahabat-sahabat Nabi.

Imam al-Wahidi rahimahullah (Wafat: 468H) berkata, “Tidak mungkin dapat diketahui tafsir sesuatu ayat tanpa mengetahui kisah dan sebab turunnya ayat.”

Ibnu Daqiq al-‘Ied rahimahullah (Wafat: 702H) berkata, “Penjelasan tentang sebab turunnya ayat merupakan cara yang ampuh dalam memahami makna-makna al-Qur’an.”

Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) turut menegaskan, “Pengetahuan tentang sebab turunnya ayat akan membantu dalam memahami kandungan ayat tersebut. Kerana dengan mengetahui sebab turunnya ayat, seseorang dapat mengetahui akibat yang merupakan buah dari sebab tersebut. Beberapa orang dari kalangan salaf tidak jarang mengalami kesukaran dalam memahami makna-makna ayat al-Qur’an. Namun ketika mereka mengetahui sebab turunnya ayat tersebut, sirnalah (lenyaplah) kesulitan yang menghalangi mereka dari memahaminya.”

Selanjutnya, Imam al-Wahidi berkata, “Tidak boleh berbicara tentang sebab turunnya ayat-ayat al-Qur’an melainkan degan periwayatan yang dinukil daripada mereka yang menyaksikan saat turunnya ayat tersebut, mengetahui sebab-sebab turunnya, dan meneliti ilmunya.”

Tokoh Tabi’in, Muhammad B. Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) berkata, “Aku bertanya kepada Abidah tentang suatu ayat al-Qur’an, lalu beliau pun berkata:

“Bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang benar. Saat ini sudah tidak ada lagi orang yang mengetahui pada permasalahan apa saja al-Qur’an diturunkan.”

Ada juga yang mengatakan bahawa sebab turunnya ayat-ayat diketahui oleh para sahabat Rasulullah dengan berdasarkan qarinah (indikasi atau petunjuk) tertentu terhadap pelbagai permasalahan yang mengisyaratkan pada sebab turunnya ayat tersebut. Dan terkadang sebahagian mereka tidak dengan tegas mengatakan bahawa suatu permasalahan merupakan sebab turun suatu ayat, tetapi sebaliknya isyarat-isyarat atau indikasi terntentu masih dapat diketahui darinya.

Kemudian, Imam al-Hakim rahimahullah (Wafat: 405H) turut mengatakan dalam kitabnya, ‘Uluumul Hadits, “Jika seorang sahabat Nabi yang menyaksikan detik saat turunnya ayat lalu beliau mengkhabarkan bahawa ayat al-Qur’an tersebut turun sempena peristiwa tertentu, maka itu adalah sebuah hadis yang musnad (bersambung sanadnya).”

Maka, ambillah masa, ambillah ilmu tentang Asbaabul Nuzul ini. Iaitu diambil dari riwayat-riwayat yang musnad dan sahih daripada mereka yang menyaksikannya, iaitu dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah yang telah terbuku di dalam kitab-kitab hadis dan antaranya yang telah dihimpunkan oleh Imam as-Suyuthi rahimahullah ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net