Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedi Anjuran dan Larangan

Ensiklopedi Anjuran dan Larangan
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.1 x 15.9 x 3.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM80.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedi Anjuran dan Larangan | Judul Asal ('Arab): Mukhtashar at-Targhib wa at-Tarhib | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) | Tahqiq: Marwan Nuruddin Suwar | Penerbit: Pustaka as-Sunnah | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 517m/s. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Sesungguhnya semangat ibadah seorang muslim akan tumbuh bila janji pahala dan indahnya balasan bertabur di hatinya. Manakala rasa takut kepada Allah 'Azza wa Jalla akan semakin kuat jika dia mengetahui ancaman dan dosa melakukan suatu perbuatan yang dilarang oleh Allah 'Azza wa Jalla dan Rasul-Nya.
 
Kitab At-Targhib Wa At-Tarhib, merupakan kitab himpunan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang memuatkan kandungan hadis-hadis berbentuk:
 
1. At-Targhib iaitu anjuran, dorongan, motivasi untuk segera melakukan amal & janji-janji kebaikan, di mana dia akan memperolehi pahala dan Syurga seiring dengan baiknya amal-amal yang diusahakannya.
 
2. At-Tarhib pula bermaksud ancaman, peringatan, larangan, akibat atau balasan buruk dari melakukan hal-hal yang dilarang Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan disertai dengan balasan dosa dan neraka sebagai balasan-nya dalam pelbagai masalah Aqidah, Ibadah, Akhlaq, Mu'amalah.
 
Inilah fokus dari rangkaian hadis-hadis yang disajikan oleh Imam Al-Mundziri rahimahullah, seorang ulama besar Ahli Hadis dalam kitabnya At-Targhib Wa At-Tarhib. Beliau rahimahullah adalah al-Hafiz Zakiyyuddin Abu Muhammad 'Abdul Azhim B. 'Abdul Qawiy B. Abdullah al-Mundziri, menguasai ilmu hadis dan bahasa Arab, salah seorang yang banyak menghafal dan ahli sejarah.
 
Dilahirkan tahun 581H di Mesir, tumbuh di pangkuan ilmu, dia menghafal al-Qur'an, mendengar hadis dan pergi untuk mencari hadis, bertemu dengan ulama besar dan berguru pada mereka, serta menyerap banyak ilmu dari mereka.
 
Al-Mundziri rahimahullah adalah orang yang hafalannya terbanyak pada masanya, orang yang zuhud, wara', taqwa, juga penulis buku, menyusun beberapa kitab yang bagus. Yang paling terkenal adalah Targhib wa Tarhib, Mukhtashar Sunan Abu Dawud, Takmilah Liwafayatin Naqalah, Mukhtashar Shahih Muslim, Arba'un Haditsan filshthina'il Ma'ruf bainal Muslimin wa Qadha'i Hawaijihim.
 
Menduduki jawatan syaikh pada Darul Hadis Al-Kamiliyah di Kairo, dan menduduki jabatan itu selama dua puluh tahun, menulis buku, membuat takhrij dan memberi faedah, serta mengajarkan hadis-hadis. Beliau wafat pada tahun 656H di usia 75 tahun, dikebumikan di Safahil Maqtham.
 
Kemudian oleh Imam Ibnu hajar Al-'Asqalani rahimahullah kitab At-Targhib Wa At-Tarhib diringkas. Dan kemudian ditahqiq oleh Syaikh marwan Muhammad Suwar. Inilah edisi terejemah nya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net