Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Birrul Walidain, Berbakti Kepada Kedua Orang Tua

Birrul Walidain, Berbakti Kepada Kedua Orang Tua
Terbitan: Pustaka At Taqwa
Product Code: Pustaka At-Taqwa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.8 x 14.9 x 0.6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Birrul Walidain, Berbakti Kepada Kedua Orang Tua | Penulis: Yazid Abdul Qadir Jawas | Penerbit: Pustaka At-Taqwa | Berat: 180g | Muka Surat: 121m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat ihsan (berbuat sebaik-baiknya) kepada kedua ibu-bapa.” (Surah an-Nisaa’, 4: 36)

Ayat ini bersama beberapa lagi ayat-ayat yang lain yang seumpama menjelaskan gandingan perintah berbuat baik kepada ibu-bapa dengan perintah mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dalam susunan kata yang lain, setelah diperintahkan kepada kita untuk mentauhidkan-Nya, iaitu dengan mengesakan-Nya dalam peribadahan, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibu-bapa. Ini menjadi ukuran pertama tentang betapa besar kedudukan ibu-bapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Seandainya kedudukan dan tuntutan ini adalah “biasa-biasa” sahaja, nescaya Allah tidak akan meletakkannya di tangga kedua setelah perintah mentauhidkan-Nya.

Selain itu, hendaklah kita tahu bahawa keredhaan Allah itu terletak di atas keredhaan ibu dan bapa. Ini sebagaimana Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu-bapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu-bapa.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 1899)

Terdapat sebuah kisah dikhabarkan di dalam hadis. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda (sebagaimana terdapat dalam Shahih Muslim):

“Pernah terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

Sejak saat itu, kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata: “Jika kalian kehendaki, aku akan menggodanya untuk kalian.”

Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya. Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa:

“Ini adalah anak Juraij.”

Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya.

Juraij bertanya: “Kenapa kalian melakukan semua ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!”

Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?”

Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.”

Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya: “Wahai bayi, siapakah ayah kamu?” Bayi itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”

Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata: “Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.”

Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.” (Shahih Muslim, no. 2550)

Hadis di atas menunjukkan betapa besar kedudukan ibubapa ke atas seorang anak dan betapa pentingnya bagi seorang anak untuk berbuat baik kepada ibu-bapanya. Bayangkan, jika seorang anak yang sedang bersolat dianggap melakukan kesalahan kerana tidak mengendahkan hajat ibunya, bagaimana pula dengan kita yang sering leka mengejar kehidupan dunia sehingga tidak mengendahkan hajat ibu-bapa kita?

Melalui buku ini, insyaAllah penulis akan memaparkan ayat-ayat al-Qur’an serta hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sahih berkenaan kedudukan ibubapa dan tuntutan berbuat baik kepada mereka. Bagaimanakah seharusnya kita melayani mereka, berbuat baik terhadap mereka, memuliakan mereka, bermu’amalah dengan mereka, menjaga hati mereka, dan mendapatkan redha mereka.

Semoga Allah memudahkan kita untuk mempraktikkan ayat-ayat-Nya serta hadis-hadis Rasul-Nya berkenaan kedudukan ibu-bapa dan tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net